Wednesday 11 July 2012

SUDAH KANTOI!!!!.....PENGAKUAN TERBUKA BAGAIMANA UMNO MENDIDIK PARA SOLDADU MAYA (CYBERTROOPERS) NYA SUPAYA MENJALANKAN KERJA-KERJA MEMFITNAH PARA PEJUANG PAKATAN RAKYAT...





Dulu dia pernah menyatakan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa terpilih dan paling mulia sekali dalam dunia. Hancurnya Melayu maka hancurlah Islam.

Begitu sekali taksubnya kepada Melayu.

Inilah yang diajar dan diterap kepada semua penganut UMNO.

Supaya ada sifat sayangkan bangsa sehingga melihat bangsa lain sebagai bangsa kelas kedua.

Kini dia telah cuba mendidik dan mengasuh para soldadu maya ( cybertroopers ) UMNO cara mana dan bagaimana mau menghadapi tentangan dan serangan dari pejuang Pakatan Rakyat.

Dia tidak asuh untuk berhujah secara fakta dan berilmiah tetapi lebih kepada fitnah, putar isu dan serangan peribadi.

Kalau menyerang guna pakai fakta dan bukti sudah pasti juak-juak UMNO tidak mampu dan reti.

Jadi janganlah kita ambil hati jika juak-juak UMNO bila bertempur dengan para pejuang Pakatan rakyat mengemukan hujah yang langsung tidak berkualiti.

7 comments:

  1. Penyakit Nak Hidup NIK A. AZMI – Ulasan buku.

    “ALAH, NAK HIDUP BANG”, jawab korporal polis yang menerima wang RM50.00 dari saya, setelah mengarah saya memberhentikan kereta saya supaya saya dapat elak daripada dikenakan saman setelah dikatakan olehnya yang saya telah melakukan satu kesalahan kecil terafik semasa memandu. Ini adalah satu contoh kemelut ‘Penyakit Nak Hidup’ yang sudah pun menjadi satu kebudayaan orang-orang Melayu di negara ini yang saya percaya telah mula berkembang sejak pemerintahan Dr Mahathir Mohammad (sekarang Tun), Perdana Menteri Keempat negara ini lagi. Kemelut ini melibatkan orang-orang Melayu di semua peringkat, lelaki mahupun wanita, muda dan tua, di seluruh negara, di Timur dan di Barat Malaysia dari kada RM1 hingga ke berbilion-bilion Ringgit Malaysia. Malah banyak yang sanggup makan rasuah termasuk pemimpin-pemimpin besar dan sesetengah orang-orang Melayu yang memakai kopiah, sarban dan jubah dan berulang-alek ke Mekah hampir setiap tahun tidak termasuk Umrah nya! Ini juga telah mengakibatkan ekonomi negara terjejas teruk sehingga baru-baru ini FDI pun sudah hampir tidak ada direkodkan di negara ini. Dasyat sungguh akibatnya!

    Melayu rata-ratanya sedang mengidap satu penyakit yang tenat, ‘Penyakit Nak Hidup’ seperti penyakit kanser terminal ataupun kanser yang sudah sampai keperingkat keempat di mana ubat yang paling mujjarrab adalah dengan mencantasnya. Jika bahagian-bahagian yang terkena kanser itu adalah di kaki, tangan, badan, telinga, hidung, mata malah hatinya pun, ianya semua boleh dicantas, tetapi kalau di kepala, bagaimana, bolehkah kepalanya dicantas atau tukarkan sahaja kepalanya?

    Orang Melayu sudah mengidap satu penyakit yang tenat kerana mengamalkan gejala rasuah, secara literal dan juga mental, macam sudah kena penyakit ‘terminal cancer’, iaitu kanser peringkat keempat, dimana ubatnya adalah dengan mencantas bahagian-bahagian badan yang sakit. Jikalau bahagian itu adalah di kaki, tangan, badan, mata dan mahupun hati, memang boleh dicantas, tetapi kalau bahagiannya adalah kepalanya, bagaimana, bolehkah di cantas kepalanya, atau diganti kepalanya?

    Sila baca di sini:http://hak55.blogspot.com/2010/09/penyakit-nak-hidup.html

    ReplyDelete
  2. Saya setuju pendapat hak55.melayu nih memang boleh dibeli dengan wang ringgit.dia tolak tepi dosa pahala semua.walaupon dia tau itu salah.jadi tak hairanlah cybertroppers ciptaan umno ni banyak berkeliaran di dalam wall pro pakatan.mereka tak pernah menjawap persoalan yang dikemukakan..melainkan mereka memberi jawapan yg tah apa2 dan tak kena mengena dgn persoalan.walhal jawapan yg diberi tu bulat2 dicedok dari media pengampu.bagi saya wujud cybertroppers nih tak membantu utk memulihkan imej umno sebaliknya akan menjadikan rakyat lebih membenci mereka.

    ReplyDelete
  3. Kalo nak diletak bangsa yang paling mulia di dunia sudah tentu bangsa arab Quraisy lah yang paling mulia sebab bangsa ini telah dipilih melahirkan seorang Rasul yang bernama MUHAMMAD Ibnu ABDULLAH..

    ReplyDelete
  4. Aku pun martabatkan bangsaku.. asal usulku. Tapi takda la sampai nak belakangkan Islam. Agamalah yg disoal di hari kemudian kelak.. bangsa hilang tah mana. Jgn sampai caci maki bangsa sendiri..

    ReplyDelete
  5. walaupun aku melayu...tp aku tak berbangga dgn melayu...melayu dah lama hancur..tp islam dlm diri ku tetap segar...semua bangsa dicipta Allah..bukan mereka yg nak jd bangsa mereka...tp sama ada setuju @ tidak dlm banyak2 bangsa dlm dunia BANGSA MELAYU LAH YANG PALING LEMAH...utk mengiakan,cek dlm diri sendiri...takut hantu..takut air..takut nak bersuara..takut anak kempunan...dan banyak lagi takut yg ada dlm Bangsa yg bernama MELAYU !

    ReplyDelete
  6. sama ada kita setuju atau tidak BANGSA ISRAEL lah yg paling tinggi drp sekalian bangsa..sebab ramai nabi lahir dari bangsa ini..yg kata bangsa arab quraisy boleh dikatakan silap...cuba cek berapa org nabi drp arab...jadi jgn hairan jika israel mengagungkan bangsanya krn MEMANG PATUT MEREKA BERBANGGA...SEMUA KEPANDAIAN DUNIA TERLETAK DI TANGAN MEREKA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada bangsa yang lebih tinggi dari satu bangsa yang lain. Bangsa Yahudi diutuskan oleh Allah banyak Rasul dan Nabi kerana ianya bangsa yang paling DEGIL dan paling MEMUTAR BELIT dalam menerima agama samawi. Sesungguhnya Allah itu maha pemurah dan maha penyayang.

      Jadi adakah kerana kedegilan mereka itu menjadikan mereka bangsa yang paling tinggi martabatnya? Sudah tentu tidak. Kalau tidak masakan Allah sesatkan mereka selama 40 tahun di Semenanjung Sinai kerana menderhaka kepada Allah.

      Tinggi atau rendah maqam seseorang itu adalah berdasarkan keimanan dan ketaatan mereka kepada Allah. Bukan kerana bangsa!!.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...