Tuesday 17 July 2012

BERITA YANG MENYAYAT HATI!!!!....PENGANJUR SUKMA XV ( SUKAN MALAYSIA KE 15 ) TIPU PARA PELAJAR YANG TERLIBAT ACARA PERSEMBAHAN PEMBUKAAN DAN PENUTUP DENGAN MEMOTONG ELAUN SEBANYAK 50%...CEKIK DARAH DAN TIDAK BERHATI PERUT PUNYA PENGANJUR ( KERAJAAN UMNO PAHANG )!!!!...



Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang 2012 berakhir dengan jayanya di Stadium Darul Makmur malam tadi. Kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menutup acara sukan terbesar di Malaysia itu dianggap satu penghormatan terbaik kepada negeri Pahang selaku tuan rumah.

Dengan tawaran hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan seperti kereta Perodua Myvi, motosikal Modenas dan sebagainya telah menarik ramai penonton ke stadium malam tadi. Walau pun kejayaan penganjuran SUKMA kali ini dianggat berjaya dan yang terbaik, namun di sebaliknya pula memang terlalu banyak kepincangan yang telah terpalit.

Bermula dengan isu kelewatan menyiapkan vanue sukan sehinggalah soal bayaran kepada petugas-petugas seperti yang dijanjikan.

Terbaru, ramai ibubapa mengeluh kerana syarikat yang dilantik menguruskan acara perasmian dan pembukaan sukan tersebut telah menipu anak-anak mereka. Difahamkan, syarikat yang berjaya mendapat kontrak tersebut ialah Siti Nurhaliza Production (SNP) milik Datuk Siti Nurhaliza.

Syarikat terbabit telah menggunakan ribuan pelajar (2,000) untuk menjayakan acara persembahan sempena pembukaan dan penutup sukan itu malam tadi.

Pelajar yang terlibat dipilih daripada beberapa buah sekolah menengan sekitar bandar Kuantan. Antara kemusykilan ibubapa terbabit ialah tindakan memotong separuh daripada peruntukan elaun untuk pelajar terbabit.

Difahamkan, peruntukan bagi setiap pelajar ialah RM300, namun telah dipotong oleh sebanyak RM150 atas alasan bayaran untuk makan minum pelajar berkenaan selama tempoh latihan.

Menurut seorang bapa yang tidak mahu dikenali berkata, dia hairan kenapa pihak terbabit memotong sebahagian peruntukan itu sedangkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP) difahamkan telah menyediakan bajet untuk makan minum kepada para pelajar berkenaan, sepanjang latihan itu.

Kenapa pihak terbabit potong separuh dan hanya mahu membayar pelajar berkenaan sebanyak RM150. Mana hilangnya lagi RM150?.


Bayangkan jika jumlah itu didarabkan dengan bilangan pelajar (2,000) yang mengambil bahagian.. bermakna mereka mengambil hak pelajar berkenaan sebanyak RM300,000 ... Sudahlah makanan yang disediakan tidak memuaskan hingga kami terpaksa pula keluarkan bajet lain untuk belanja makan mereka selepas tamat latihan", katanya

Difahamkan juga, para pelajar terbabit hanya diberikan makan sosej dan sedikit makanan tambahan lain pada waktu petang dan tiada lagi makanan pada waktu malam selepas tamat latihan.

Ada ketikanya latihan tamat sekitar jam 11.00 malam... para pelajar terpaksa  berlapar dan merungut kerana pihak terbabit tidak menyediakan makanan yang berkualiti dan secukupnya untuk mereka.

Tenaga mereka dikerah sehabis-habisnya, tiba-tiba elaun yang diperuntukkan pula dipotong.

Tindakan memotong elaun para pelajar yang terlibat dengan acara persembahan SUKMA XV ini amatlah tidak wajar sama sekali.


Kudrat mereka telah digunakan semaksima yang mungkin oleh pihak berkenaan. Bayangkan dalam tempoh hampir dua minggu mereka terpaksa berlatih siang malam untuk menjayakan acara persembahan majlis perasmian dan penutup sukan tersebut, tiba-tiba isu ini berlaku.

Isu ini sungguh memalukan, malah amat jelas ada pihak yang telah khianat kepada amanah yang diberikan.

Sepanjang latihan para pelajar terbabit hanya diberikan minuman 100 plus dan sekeping dua biskut atau sosej.

Ramai yang mengadu lapar kebulur sebenarnya. Merompak duit yang sepatutnya diberikan kepada para pelajar berkenaan amatlah tidak wajar sama sekali. Malah, ia juga melibatkan para guru pengiring yang terpaksa menjaga pelajar dari sekolah masing-masing.


UMNO MEROMPAK TAK KIRA MASA DAN MANGSA!!!!

8 comments:

  1. Cara penyangak cara makan..ade peluang KEBAS

    ReplyDelete
  2. Kalaulah kerajaan dibawah pemimpin HARAM JADAH,Perangai HARAM JADAH terbawalah peranggai ini kepada yang menguruskannya.Duit HARAM dah awal2 lagi ambil, bila bayar kepada budak2 sekolah hanya 50%.Pengajoh yang paling HARAM JADAH

    ReplyDelete
  3. abis tu kalau PR menang ko leh janji benda mcm ni tak jadi ker...tah2 lagi teruk...Sebelum mengeluarkan pendapat biar ler pihak yg lagi satu menjalankan siasatan...kita tak tahu hujung pangkal mcm mana benda ni berlaku...so buat report..supaya siasatan dpt di lakukan...mana yg salah kita betulkan.
    Kalau dah betul hak budak2 tu..kita suruh dia org bagi..pada mereka yg berhak. Ini tidak main serbu jer...kalau salah SNP..salah lah company tu..apahal plak kene mengena dgn kerajaan...ini semua otak letak kat lutut..ckp ikut emosi...bukan ckp gunakan otak..

    ReplyDelete
  4. ntah betul ke tak dakwaan takde sumber ni
    padahal saja nak perangat sebab haritu ct buat konsert kat kelantan.

    setakat tulis blog buat ayat macam sampah takde sumber bukti sahih dokumen ke apa ke tetiba banyak plak pencacai anjing pr kutip buat percaya.tapi apa nak heran,video anuwar berahi yang kantoi pun dia tak caya.

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum. Mmg btul la ct nurhaliza production yg manage sukma kali ni. Sy ni slh seorg pljr yg trlibt utk prsmbhn hri tu.mmg btul la masa ltihn mmg smua pljr d kerah tgh pns. D tgking. Mknn xde kualiti.pnh sekali kami dpt nasi basi. Elaun rm 300 mmg kira boleh la mengubt keletihn kami semua. Tp kalau nk kne potong.mmg ada pihk yg x amnh.kami kurg rehat. Terpaksa gnti kuliah masa bln puasa. Klu stkt gnti kuliah xpe la. Nmanye pun menuntut ilmu.tp kami gnti kuliah d sbbkn lthn prsembhn sukma tu la. Kami hrpkn usaha kami brlari tgh pdg buat formasi dgn pki pyung kt kpala tu brbaloila. Brltih main gndg smpi tgn nk trcbut. At last. Masa persmbhn prgrkn lain yg d buat. Sdihnye la. Tp xpela. Tuhan kn ade.

    ReplyDelete
  6. Dah kena dah kan? Bengang? Tak puas hati? Simpan semua itu dulu....nanti PRU13 jangan lupa suruhlah mak bapak dan saudara mara kau orang undi BN lagi.... cerah masa depan untuk dighap lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pikir semasak masak nya jangan kita jadi org melayu singapura,hendak dengar laungan azan pun payah,jangan sampai anak cucu kita kencing dikubur kita kerana menyalahkan kita tidak tahu menjaga bangsa dan agama!

      Delete
  7. apa masalah takde azan pulak ni? ckp tu biarlah berasas.... tk yah tunggu pr pegang malaysia, ms
    pemerintahan skrg pun dah ramai melayu tk suka azan... dan org umno jugak la yg menjual tanah kubuq org islam... moga Allah bg kau nampak kebenaran

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...