Tuesday 31 July 2012

KES EKSEKUTIF TV9 YANG DIJUMPAI MATI DENGAN KESAN JERUTAN DILEHER....AHLI KELUARGA RAPAT SIMATI YANG KENA TAHAN ADALAH SUAMINYA...DISAHKAN OLEH KETUA POLIS SELANGOR.



P
olis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.

Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

1 comment:

  1. bykkan berzikir la supaya hati tk dikuasai bisikan iblis.

    bila tgh marah atau kecewa... minum air sejuk. then buka komputer dan baca blog Omakkau.... then lepaskan marah kat artikel yg memaparkan penyelewengan umno dan bn.

    tak pun masa marah, dua2 pergi mandi bersama... sejuk dan nyaman.. jgn biarkan diri dikuasai iblis marah. susah2 sgt... ana kawin 3.

    memang senang gua berckp, tp tk ckp tkde idea penyelesaian la.. sama2 kita cuba.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...