Monday 2 July 2012

PANAS MENDIDIH!!.. KETUA PENGARANG NSTP, AKHBAR MILIK UMNO, DATO' JALIL ABDUL HAMID TELAH MELAKUKAN SABOTAJ TERHADAP DATUK SERI NAJIB RAZAK KERANA TIDAK BERSETUJU PERLANTIKKAN DS ALI HAMSA SEBAGAI KSN YANG BARU DENGAN MENGENEPIKAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM TAN SRI ABU BAKAR ABDULLAH...DAN BAKAL DIPECAT!!!!




Ketua Pengarang Kumpulan NSTP/BH, Dato Jalil Abdul Hamid dipercayai telah melakukan sabotaj segala persediaan pilihanraya Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, sebagai tanda simpati kepada nasib yang menimpa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Tindakan beliau ini telah mengundang rasa marah dan naik minyak beberapa pencacai UMNO menerusi blog mereka,  supaya Najib Razak ambil tindakan segera dengan memecat Ketua Pengarang NSTP ini.

Sabotaj ini dilakukan dengan melaporkan kenyataan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Dato Seri Abu Bakar Abdullah yang merasakan diri beliau dianiaya dan terus  dipecat dari jawatan tanpa ada sebab musabab yang boleh diterima akal.

Rasa tidak puas hati beliau ini telah menimbulkan salah faham dan keresahan dikalangan kakitangan awam.


Jalil dilihat dengan berani bersekongkol untuk memalukan Najib Razak, dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan dan ketidak puas hatinya.

Akibat dari cerita itu dihebuhkan melalui akhbar NSTP/BH,  Najib Razak telah dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut telah  dianggap segala keluhan Abu Bakar berasas dan benar. .


Laporan Berita Harian, yang telah diluluskan penyiaran oleh Jalil, mendedahkan rungutan Abdullah yang sebelum ini hanya desas desus dikalangan sekumpulan kecil pegawai kerajaan. Kini ianya telah tersebar hingga ke portal pro-Pakatan Rakyat.

Cerita ini bermula apabila Najib Razak telah melantik seorang pegawai yang jauh lebih kiri dari Abu Bakar Abdullah, Datuk Seri Ali Hamsa yang hanya berjawatan sebagai Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru.

Soalan bernilai RM1juta....Mungkinkah selepas ini Tan Sri Abu Bakar akan menyertai pakatan Rakyat?

Apakah Ketua Pengarang NSTP/BH akan dipecat dalam masa terdekat ini?

SAMA-SAMA TUNGGU DAN LIHAT.



1 comment:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...