Thursday, 27 September 2012
AKHIRNYA LELAKI YANG MENGHINA ISLAM DI FACEBOOK KENA CEKUP DENGAN POLIS!!!!!
Lelaki ditahan bantu siasatan dakwaan hina Islam di Facebook
Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan
memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.
"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini.
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut.
Sebelum ini admin sudah siarkan bagaimana rumahnya kena serang ditengah malamnya.
KITA SERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS UNTUK MENJALANKAN SIASATAN TERPERINCI TANPA ADA GANGGUAN DAN PENGARUH DARI PIHAK LUAR BERSESUAIAN DENGAN SLOGAN, TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH, SERTA KEBIJAKSANAAN PEGUAM NEGARA UNTUK MENENTUKAN BENTUK PERTUDUHAN JIKA ADA KESALAHAN JENAYAH TERUNGKAI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
yang gi save password kt tmpt2 slain dari rumah tu knape... adui~ tp sape yg tulis tu mmg x de hati dn prasaan laa.. suke2 je tulis bende2 gitu.. aku rase, hacker2 yg pro pon ada rase hormat kt agama org laen... hmmmm
ReplyDeletehindu ckp keling da..mcm2 alasan.
ReplyDelete