Tuesday 18 September 2012

POLITIK BUDAYA SAMSENG SUDAH MENDARAT DI KAWASAN PARLIMEN PRESIDEN UMNO, NAJIB RAZAK DI PEKAN!!!!



Selepas berlegar-legar diseluruh negara, politik ganas budaya samseng yang dibawa oleh UMNO/PERKASA/PEKIDA/PERSILAT/PESAKA/GAPS dan beberapa NGO berdarah pekat UMNO kini sudah mendarat dan berlabuh di Pekan, Pahang, kawasan Parlimen Najib Razak sejak tahun 1975, selaku Presiden UMNO.

Ini dibuktikan dengan kejadian khianat keatas kereta kepunyaan Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat malam tadi.

Kereta beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah.

Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya.


Kejadian khianat ini berlaku pada 17/09/2012 sekitar 1.30 pagi.

Ia dilakukan oleh seorang dewasa menunggang motosikal jenis Honda EX5, masuk ke kawasan rumah YDP dan melontarkan 2 biji batu..1 mengenai cermin belakang dan 1 biji lagi mengenai bumbung dan bahagian depan kereta.

Laporan Polis telah dibuat.

1 comment:

  1. UMNO/PERKASA/PEKIDA/PERSILAT/PESAKA/GAPS semuanya melayu malule nak jadi ahli

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...