Thursday 27 September 2012

AKHIRNYA RAMALAN RAKYAT MENJADI KENYATAAN...SYARIKAT YANG NAJIB RAZAK ANUGERAHKAN PROJEK E-MEL 1M'SIA, TRICUBES, DIGUGURKAN DARIPADA SENARAI RASMI BURSA SECURITIES MULAI 1HB OKTOBER 2012!!!!..SYARIKAT YANG NAJIB RAZAK JAMIN MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN!!!!



Januari lepas, anak syarikat yang 70 peratus dimiliki Tricubes Bhd - Tricubes NCR JV Sdn Bhd - telah dianugerahkan projek bernilai RM6 juta oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menyelenggara perkakasan dan perisian pasukan polis serta server sistem pengurusan mudah alih yang dipertingkatkan (EMMS).

Syarikat tersebut telah dianugerahkan projek kontroversi e-mel 1Malaysia pada April tahun lepas sebagai saluran digital yang ditetapkan untuk badan-badan kerajaan, berkomunikasi dengan orang ramai.

Projek itu mencetuskan kritikan awam sengit kerana semua badan kerajaan dikehendaki membayar bagi setiap e-mel yang dihantar menggunakan akaun e-mel 1Malaysia.

Mereka juga mempersoalkan sama ada pelan tersebut bertujuan untuk "menyelamatkan" Tricubes.
  
Tricubes berkata sekuritinya, yang ketika ini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, akan kekal didepositkan walaupun sekuriti digugurkan daripada senarai rasmi Bursa Securities.

Secara alternatifnya, pemegang sahamnya yang berhasrat untuk memegang sekuriti mereka dalam bentuk sijil fizikal, boleh mengeluarkan sekuriti ini daripada akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) pada bila-bila masa selepas sekuriti itu digugurkan daripada senarai rasmi Bursa Securities.

Selepas pengguguran penyenaraian, Tricubes akan terus beroperasi tetapi sebagai entiti tidak tersenarai.
  
Ia masih boleh meneruskan operasinya dan juga penyusunan semula korporat manakala pemegang saham masih boleh menerima ganjaran daripada prestasi syarikat.
  
Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga dan diniagakan di Bursa Securities


AKHIRNYA RAMALAN RAKYAT TELAH MENJADI KENYATAAN....INILAH APABILA SYARIKAT KRONI YANG ADA HUBUNG KAIT DENGAN ADEK NAJIB DIBERIKAN PROJEK YANG TIDAK MASUK AKAL..

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...