Friday 21 September 2012

HIMPUNAN GAMBAR DEMO BANTAH FILEM 'INNOCENCE OF MUSLIM" ANJURAN DEWAN PEMUDA PAS DIDEPAN BANGUNAN TABUNG HAJI DAN KEDUTAAN BESAR AMERIKA SYARIKAT!!



Demo Bantah Filem "Innocence of Muslims"..TAKBIR!!!

Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.

 Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

2 comments:

  1. solat di tabung haji tadi..memang ramaiiii

    ReplyDelete
  2. Tidak lengkap iman seseorang itu selagi mana dia tidak meletakkan syg dn cinta terhadap Nabi SAW melebihi segalany waima emak, bapa, isteri, anak etc..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...