Sunday 23 September 2012

BERITA BAIK DAN GEMBIRA UNTUK PARA ATLIK NEGARA!!!... AKHIRNYA SHAHIDAN KASSIM TUMBANG DALAM PEMILIHAN PRESIDEN KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA ( KOM )!!!!


Impian yang lama terpendam dikalangan para atlik negara dan juga kesatuan sukan lain yang kepingin melihat Datuk Seri Shahidan Kassim dinyahkan dari Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ) sudah tercapai kini.

Mesyuarat KOM hari ini telah mengusir Shahidan Kassim sebagai Presidennya dalam satu pertempuran yang agak sengit.

Beliau dikalahkan oleh Presiden Kesatuan Olahraya Negeri Sembilan, Zainal Abdin Ahmad yang mendapat 23 undi manakala Shahidan Kassim 21 undi sahaja. Kemenangan dengan kelebihan 2 undi majoriti

Mesyuarat agung kesatuan itu berlangsung hari ini dalam keadaan dan suasana kontroversi serta songsang,  apabila penutup mesyuarat itu masih dilakukan oleh Shahidan.

Tindakan itu tidak disenangi oleh presiden KOM yang baru.

Kekalahan Shahidan itu memberi satu isyarat dan mesej yang amat jelas kepadanya. Apakah ia sebagai indikator kepada Shahidan juga akan berundur atau diundur dari arena politik?

Shahidan yang masih termimpi-mimpi jawatan MB Perlis masih berusaha untuk memegang semula jawatan berkenaan.

Dalam pilihan raya lalu beliau gagal angkat sumpah sebagai MB Perlis apabila pihak istana dikatakan tidak berkenan  kepadanya.

Mohamad Isa Sabu yang langsung tidak terlintas untuk jadi MB dilantik menjadi MB Perlis.

Ini menyebabkan UMNO negeri Perlis kini bergolak hebat sampai dikatakan berpuak-puak sampai 4 kumpulan.

Apakah petanda tumbangnya Shahidan sebagai penyumbang kecundangnya UMNO/BN Perlis pada PRU 13 nanti.

Insy'Allah itulah harapan dan hasrat rakyat Perlis kini.

Semoga harapan rakyat Perlis akan menjadi kenyataan.

2 comments:

  1. Amin.. Bg peluang org lain la pulak.. Pak dan dok rilek minum kopi kt putra palace kangaq dah la..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...