Monday 19 November 2012

BENARKAH DATO' MANSOR OTHMAN TIDAK LAYAK SEBAGAI CALON PKR/PR DIPARLIMEN P47 NIBONG TEBAL PADA PRU NANTI????... JOM KITA TENGOK BIODATANYA.... AMALKAN BUDAYA POLITIK REALITI DAN BUKANNYA POLITIK EMOSI!!!!!


Admin bukan pengkagum dan pemuja Dato' Mansor Othman.  Dia tak kenal admin dan admin kenal beliau hanya melalui media dan kami tidak pernah berjumpa bersua muka serta bertukar-tukar pandangan, tapi admin percaya dan cukup yakin akan tindakkan DSAI meletakkan beliau sebagai calon PKR/PR di Parlimen P47 Nibong Tebal pada PRU 13 nanti suatu tindakan yang amat wajar lagi bijak.

Hanya pemimpin yang bervisi saja tahu misi macam mana nak tawan Putrajaya dari tangan UMNO menjadi realiti.

Jika dihalusi kelayakan serta pengalaman yang dimiliki Dato' Mansor Othman, amat jelas sekali memang selayaknya beliau diberi tempat dalam Parlimen bagi membantu Pakatan Rakyat mengurus tadbir Putrajaya selepas PRU 13 nanti.

HANYA JAUHARI SAJA YANG KENAL MANIKAM.


Biodata Peribadi


Dato' Mansor Bin Othman (DSPN)
B.Soc. Sc ; M.Soc. Sc.(USM) , M.A;M.Phil. (YALE,University)

Taraf Perkahwinan :   
Berkahwin dengan tiga orang anak lelaki

Nama Isteri :             
Datin Aishah Binti Zainul

Jawatan Dalam Parti (PKR)        

: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
2010 – sekarang        
: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau pinang
2010 - Sekarang          
: Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh
1998 - 2010               
: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, PKR.
2009                        
: Tim. Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang.
1996 - 2010               
: Ketua Bahagian Balik Pulau.
1998 - 2006               
: Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang.

Mansor menjadi Setiausaha Politik mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1996 atas kekuatannya menyumbang kepada pelbagai program untuk memperkasakan penduduk Pulau Pinang.

Mansor Othman berusia 59 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Beliau mempunyai kelayakan akademik yang lengkap, dengan ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Yale Amerika Syarikat yang diiktiraf sebagai antara Universiti terbaik di dunia. Beliau kembali ke tanah air untuk bertugas dengan USM. Antara jawatan yang dipegang ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar, selain menjadi pensyarah dan penyelidik serta pengerusi Unit Kutipan dan Kawalan Data USM.

Pada tahun 1996 sehingga Anwar dijatuhkan menerusi konspirasi politik dua tahun kemudian,Mansor menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Semasa bertugas dengan USM dan Anwar, Mansor banyak mencurahkan tenaga membantu menggubal pelbagai program rakyat.

Beliau menjadi AJK Pemadam Pulau Pinang dari tahun 1994-1996, AJK Pendidikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri (1993 - 1998), AJK Majlis Pembangunan Usahawan Pulau Pinang(1994-1998) dan Setiausaha Konvensyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang(1994 & 1996). Mansor juga pernah menjadi Penyelaras Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang dan AJKKonvensyen Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, beliau juga dilantiksebagai AJK Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1996.

Selama 16 tahun, mulai 1980, Mansor turut menjadi pensyarah mengenai politik Malaysia di Intan, Biro Tata Negara di samping mengendalikan kursus-kursus motivasi dan kepimpinan untuk pelbagai badan kerajaan. Sebagai penyelidik dan pensyarah, Mansor turut membantu agensi awam dalam kajian dan penyelidikan yang membabitkan program memperkasakan ekonomi golongan miskin.

Beliau bertindak sebagai ketua pasukan kajian untuk membangunkan projek TEKUN yang bertujuan meningkatkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit. Mansor juga terbabit dalam kajian keberkesanan program pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia, AIM serta membantu kerajaan Pulau Pinang untuk menambahbaik sistem pengurusan tanah di negeri itu.

Mansor adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang. Beliau bukan sahaja memiliki kelayakan akademik yang tinggi, tetapi juga pengalaman luas di bidang pendidikan, pengurusan, pentadbiran awam dan politik. Pembabitannya secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai program sosio-ekonomi untuk lebih 40 tahun menjadikan Masor calon terbaik untuk membantu kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang memperkasa usaha mengubah nasib


PENGALAMAN KERJA

2009 - Sekarang
: Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang
1996 - 98
: Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri  Anwar Ibrahim.
1993 - 96
: Profesor Madya dan Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar USM.
1989 – 92 (1980-82)
: Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar USM.
1988 - 89
: Pengerusi Unit Kutipan Dan Kawalan Data.
1979 - 89
: Fellow Penyelidik/Pensyarah USM.
1976 - 78
: Pengajar/Pembantu Penyelidik.

KERJA-KERJA PERUNDINGAN & PERKHIDMATAN PROFESIONAL

1993 - 96 : Ahli Lembaga Pengarah PERDA
1993 - 96 : Ahli Senat USM
1980 - 92 : Ahli Jemputan Senat USM
1994 - 96 : Ahli Jawatankuasa EXCO PEMADAM Negeri Pulau Pinang.
1993 - 98 : Ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
1993 - 98 : Ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan.
1994 - 98 : Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Usahawan Pulau Pinang.
1994 & 96 : Setiausaha Konvensyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
1995 :        Panel Brain Storming Session On The Future of FELDA, Ministry of Land and Cooperatives
1989 - 90 : Ahli Jawatankuasa Konvensyen Bumiputera Pulau Pinang.
1989 - 90 : Penyelaras Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang.
1996 :        Ahli Jawatankuasa Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional Kementerian Belia dan Sukan.
1980 - 96 : Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dalam kursus- kursus Malaysian Politics ; Public Administration dan Development Administration .Juga sebagai Pensyarah Jemputan kepada INTAN,Biro Tata Negara dan kursus-kursus motivasi dan kepimpinan kepada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan.

PENYELIDIKAN DASAR YANG TERLIBAT
Sebagai Penyelaras Projek (Ketua Pasukan Kajian)
1995 - 98 : Projek TEKUN – Suatu projek penyelidikan tindakan bertujuan membangunkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan perniagaan di kalangan peniaga-peniaga kecil dengan memberi pinjaman mikrokredit.Projek bernilai RM6 Juta anjuran CGC.
1991 - 96 : Issues Manangement And Public Opinion Survey
1989 - 90 : Penang Development Impact Studies.
1991 - 92 : A Study On Land Administration In Johor dibiayai oleh Kerajaan Negeri Johor.
1980 - 82 : The Study on The Modernization of Land Administration System in Penang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
1988 - 90 : BINA ILMU Project dibiayai oleh PERDA.
1995 - 96 : An Impact Evaluation Study of AIM’s Credit Programme. Sebagai Ahli Pasukan Kajian
1976 - 78 : Baling Status Survey.
1979 :        Social-economic survey of Kuala Lumpur Masterland.
1979 - 80 : The Seberang Perak Rehabilitation Project dibiayai oleh FELCRA.
1981 :        The Kemubu Agricultural Development Project dibiayai oleh KEMUBU.
1982 :        The Klang Valley Regional Planning Information System.
1986 :        The Organization Structure and Placement of Terengganu State Civil Service dibiayai oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
1987 :        Pilot Project BINA ILMU.
1981 - 94 : A study on Geosocial and Politics in Selangor dibiayai oleh Kerajaan Selangor.
1996 : A Study on The Foreign Workers in Penang.


MASIH LAGI MAU MEMPERTIKAIKAN KREDIBILITI DAN ABILITI YB DATO' MANSOR OTHMAN?

AMALKAN BUDAYA POLITIK REALITI DAN BUKANNYA POLITIK EMOSI.

1 comment:

  1. salam...sori la bukan nak kata apa..mmg betui xnafi drmansor layak ke parlimen..tp kenapa xletak di Byn baru..biaq lawan dgn zahrain katak?? apa perjanjian antara anwar dgn drmansor..ramai org dlm pkr penang tau tapi malas nak cakap..apa kurang chegu bard?

    cuba omakkau pi selidik di komtar..apa kisah sebenar psai drmansor dgn lge, kisah drmansor dgn anwar?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...