Tuesday 27 November 2012

PANAS!!!...DALANG YANG MEROBOHKAN BILLBOARD PKR HARGA MINYAK TURUN, IALAH PROPEL ATAS ARAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK DENGAN DIKAWAL OLEH PIHAK POLIS!!!!!


PETALING JAYA, 27 NOV: Tidak mampu berpolitik secara matang, Umno-BN sekali lagi bertindak ‘liar’ apabila bertindak merobohkan papan tanda iklan (billboard) PKR yang memaparkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu di Perak.

Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu.

Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu.

Billboard yang terletak di kilometer 383, lebuh raya Plus menghala ke arah utara itu dibina oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Tanjung Malim, Shahbudin Abdul Khatab di atas tanah milik beliau sendiri.

Demikian menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Madhi Hasan dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.

“Kawasan ini bukanlah di bawah kawasan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jadi memang tak perlu permit.

“Kalaupun perlu permit mengapa billboard yang papar iklan komersil lain di atas tanah yang sama tidak pula dirobohkan, sedangkan sama tiada permit,” ujar Madhi.

Madhi menambah, sekiranya kawasan tersebut terletak di dalam kawasan PBT sekalipun, PBT hendaklah mengikut prosedur dengan memberi notis terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan meroboh.

Sementara itu menurut Shahbudin, ketika beliau ke balai polis Tanjung Malim untuk membuat aduan, beliau diberitahu oleh Ketua Balai tersebut bahawa satu aduan dibuat oleh pihak SUK, Majlis Keselamatan Negara, dan Pegawai Daerah berhubung tindakan mereka meroboh billboard itu.

Pegawai polis itu turut memberitahu bahawa polis ketika itu juga diminta untuk mengiringi dan memantau keadaan ketika kerja meroboh billboard tertera ayat ‘Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat’ sedang dijalankan pihak terlibat.

Dalam isu sama, menurut kenyataan media Ketua Biro Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty menyeru agar Umno-BN menghentikan segala startegi kotor yang digunakan parti itu dengan mengubah kepada budaya politik waras dan beradab.- TVS


4 comments:

  1. Kalau ada undang2 yang boleh menyaman pihak berkaitan , saman ajelah sebab hidup mesti mendaulatkan undang2 serta melahirkan keluhuran pelembagaan sebagaimana tertaluk kepada Rukun Negara sebagaimana iklan2 yang dimainkan didalam media elektronik semasa. TAKBIR ...............

    ReplyDelete
  2. propel pn jangan ikut je. tak pasal2 nanti kene bala. Kesianla, nanti mungkin kawan sekerja yg kena(cth: accident).

    ReplyDelete
  3. Itulah mentaliti orang Umno Perak..kesian depa.Buat kerja tak ikut undang undang.....Perak pun bukannya maju sangat...

    ReplyDelete
  4. aku rasa pekerja2 yg merobohkan papan tanda turun harga minyak ni betul2 tak sedor diri...aku yg bergaji mahal pun sokong harga minyak turun..KENAPA ENGKAU SEMUA TERRRLALU BANGGANG..TAK SUKA HARGA MINYAK TURUN...JANGAN KERANA KITA PENYOKONG UMNO KITA SANGGUP MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI..BODOH PUNYA BANGSA

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...