Saturday 17 November 2012

RATING TERBARU UMNO!!!....UMNO KINI SASAU,MEROYAN DAN NYANYUK!!!!



Umno kini 'sasau, meroyan, nyanyuk'

Ketua Pembangkang merangkap bakal PM ke-7 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini berada dalam keadaan "sasau, meroyan dan nyanyuk" sehingga sanggup memainkan pelbagai dakwaan termasuk hubungan dengan Yahudi dan Israel serta kenyataan anaknya, Nurul Izzah yang didakwa menyokong murtad.


"Umno kini sasau, meroyan dan meracau... Sebabnya (mereka) tidak ada benda yang he

ndak dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi (pentadbiran) kita.

"Yang ada (pada mereka) fitnah. Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita (kena) selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.


Apatah lagi, katanya, rakyat kini memberi sambutan pada janji Pakatan yang ditawarkan termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti kepada negeri yang berhak dan menurunkan harga kereta, sekiranya gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya.


Berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Mohamad ke-IV di Kota Bharu malam tadi, Anwar menempelak pemimpin BN yang mendakwa negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.


Ketua pembangkang itu menegaskan dakwaan tersebut tidak benar memandangkan terbukti sebelum ini hutang negeri Kelantan yang ditinggalkan oleh Umno sebelum ini, dibayar oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Malah, terkini berlakunya lebihan pendapatan kerajaan negeri Selangor sebanyak RM2.4 bilion dan Pulau Pinang sebanyak RM2 bilion kerana dipimpin oleh Pakatan Rakyat.


"Jadi MB tak pandai sebab lebihan pendapatan?" soal Anwar sambil menjelaskan hutang kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Tun Razak kini mencecah RM538bilion..MK

UMNO TUMBANG ISLAM DAN MELAYU GEMILANG....UMNO TERSUNGKUR NEGARA MAKMUR....UMNO TIADA ISLAM TIDAK LAGI DIHINA...UMNO BERKUBUR RAKYAT BERSYUKUR... UMNO KECUNDANG RAKYAT SENANG.

3 comments:

  1. Gambar kt stadium muhammad IV,cam gmbr edit je..super impose!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kta upi ipin betul3!
      superIIIIIIIIMMMMMMMMposible!
      macai2 Umat Melayu Naif Otak nya je yg dh kemandulan fikiran yg akn kata foto di edit kan kan kan Be Rnd?
      Dgn kaler warna warni tu mrupakn amaran tahap 2 yg mana berjaga2 lah wahai Umat Melayu Naif Otak nya koloni Be End! jka munculnya warna putih nanti... tu tanda kain kapan utk Umat Melayu Naif Otak nya mka mengucaplah & ucapkanlah sayonara Be End!

      Delete
  2. hahaha...kesian sungguh cara org umno @ Be End memujuk hati yang lara...satu amalan tradisi turun temurun...seperti seorang ayah yang tidak ada duit..tetapi memujuk anaknya yg mahu mainan...akan dijawab....kejap lagi..kita lalu kita beli r...last2 tak lalu pun depan kedai mainan tu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...