Friday 24 October 2014

AZMIN BERJANJI HANYA 20% SAHAJA MASANYA BERADA DI PEJABAT ... 80% TURUN PADANG ... TIRU GAYA PRESIDEN JOKOWI.



Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata beliau akan terus mengamalkan gaya pentadbiran Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dengan menumpukan program turun padang untuk bertemu warga negeri itu.

Laporan Astro Awani menyebut, beliau akan menurut amalan Jokowi yang hanya meluangkan sedikit masa di pejabat.

"Saya kenal Bapak Jokowi dan pernah mengunjunginya tahun lalu, Jokowi kata kepada saya... 'Azmin, masa saya hanya 20 peratus di pejabat, selebihnya di lapangan bersama rakyat'.

"Ya, saya mahu tiru cara dia, kerana itu, saya komited untuk sentiasa bersama rakyat dan mendengar keluhan hati mereka," katanya seperti dipetik dalam laporan laman itu.

Beliau mengulas mengenai program lawatan untuk meninjau masalah di sekitar negeri itu sebaik selepas mengangkat sumpah jawatan, akhir bulan lalu.

Program tinjauan itu dipopularkan dengan istilah 'terjah' – seperti istilah pop yang merujuk kepada temubual mengejut oleh wartawan hiburan ke atas golongan artis.

Jokowi pula dikenali ramai dengan gaya 'blusukan' (istilah Indonesia untuk turun padang) sejak beliau berkempen untuk jawatan gabenor Jakarta lagi sebelum menang pemilihan presiden Indonesia.

Azmin memulakan program itu dengan meninjau pusat pembuangan sampah haram dan penempatan setinggan pendatang asing di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves.

Ia diteruskan dengan tinjauan ke Pulau Ketam yang dibelenggu masalah sampah dan untuk mendengar keluhan penduduk di penempatan di atas tanah dengan lesen menduduki sementara itu.

Ia diteruskan hari ini dengan kunjungan ke kawasan tanaman padi di Sekinchan.


KERBAU DI PEGANG KAPADA TALINYA  .. PEMIMPIN PADA JANJI-JANJINYA.

10 comments:

  1. Umno dan BN, bukanlah Malaysia, dan tindakan buruk mereka tidak melambangkan rakyat atau negara Malaysia, apatah lagi bila mana Umno dan BN adalah kerajaan minoriti yang hanya mendapat sokongan 47% pengundi

    ReplyDelete
  2. skg bole r dol..mklum r baru lntik. dh lme sok...

    ReplyDelete
  3. Ni Sumer Poyo...24 October 2014 at 18:17

    Haktuihhh

    ReplyDelete
  4. Biasa le tapi hayat politik assmin x lama....mb paling singkat di sgor....tggu...klu nk selamat buang dulu anwar ibrahim jijah nurul dan rafizi....cikgu bard ...baru selamat kedudukan assmin.....pru akan datang pkr cuma menang 4 kerusi di sgor......tungguuuuu......november move nk datang dahhh.....silap ari bulan bye bye assmin

    ReplyDelete
  5. Ni Sumer Poyo...24 October 2014 at 18:28

    Haktuihhh

    ReplyDelete
  6. Kena tengok keadaan. Tak semestinya 80% masa turun padang. Ia mungkin tindakan untuk popularity tapi tak semestinya boleh memajukan negara. Masa untuk perancangan strategik juga perlu. Jokowi mungkin popular, tapi beliau tidak nampak mempunyai perancangan strategik jangka panjang. Terlalu banyak turun padang boleh menunjukkan yg kita gagal mempastikan sesuatu pihak untuk melaksanakan tugas mereka.

    ReplyDelete
  7. Tak de indentiti sendiri ke?, nk tiru2 org pulak, mr. copy cat lh pulak....kikikik

    ReplyDelete
  8. wahhh hebat mb ni bnyak tabur duit tolong org susah duit masuk tak nak pikir
    ini mcam kasi bnkrap selangor le kalau asik nk terjah jeeeeewwww

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..LAWAN TETAP LAWAN.!!!

    ReplyDelete
  10. Turun padang ambil gambar.
    Turun padang ambil gambar.
    Itu tektik UMNO dah buat lama dah. Propoganda kampongan. Cuba declare harta sendiri dan anak bini. masa baru jadi MB ni. Compare lepas 2-3 tahun. Ada berani?
    Cuba declare "Aku nak dihukum Hudud Potong Tangan" jika terbukti makan duit rakyat dan rasuah". Ada berani?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...