Friday 31 October 2014

BILA MENTERI COP AYAM BERBICARA .... KAWASAN PERINTAH BERKURUNG LEBIH SELAMAT DAN AMAN DARI KUALA LUMPUR.


Rakyat Sabah tidak perlu risau akan keselamatan di pantai timur negeri itu kerana ia lebih selamat daripada Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kepada Dewan Rakyat hari ini, jaminan itu diberikan berdasarkan lawatan turun padangnya di kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah (Esscom) untuk memastikan zon tersebut benar-benar selamat.

"Saya pergi ke kawasan yang paling bahaya pada malam tanpa adanya butiran keselamatan, saya ke sana untuk memastikan negara selamat.

"Dan perintah berkurung tidak menyebabkan kesusahan kepada penduduk di sana. Sebaliknya mereka gembira kerana kita dapat mengesan pergerakan luar biasa ketika kawalan bagi menjamin keselamatan," katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan mengenai isu keselamatan dan perintah berkurung di pantai timur Sabah itu.

Tambahnya memandangkan sidang Dewan Rakyat disiarkan secara langsung beliau mahu memberi jaminan kepada penduduk di Sabah kawasan itu selamat.

"Apa yang bagus di Zon Esscom, sementara kita menumpukan perhatian terhadap mana-mana ancaman luar pada masa dapat mencegah jenayah berlaku di kawasan itu, dengan erti kata lain Esscom lebih selamat dari Kuala Lumpur," katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Putatan (BN) Datuk Dr Marcus Mogijah mendakwa perintah berkurung itu menimbulkan kesusahan kepada penduduk kerana mereka dikelilingi dengan pengawal bersenjata namun keselamatan tidak juga bertambah baik.

"Saya ingin tahu pada jam berapa kalan Esscom, berapa yang ditahan, disiasat dan didakwa," kata Marcus


JENIS MENTERI AKAN BERCAKAP TANPA MENGGUNAKAN AKAL DAN FAKTA ASALKAN JANJI BERCAKAP ... TIDAK PEDULI SAMA ADA RAKYAT PERCAYA ATAU AKAN DIJADIKAN BAHAN KUTUK DAN KETAWA.

INILAH CONTOH MENTERI YANG CAKAP SEMBORONO YANG MERASAKAN RAKYAT INI BODOH-BODOH BELAKA.

13 comments:

  1. KESIAN ORANG SABAH KENA TIPU DENGAN ORANG PERLIS. SABAH DAH TAKDE ORANG YANG PANDAI KE UNTUK JAGA NEGERI SENDIRI?

    ReplyDelete
  2. JENIS MENTERI AKAN BERCAKAP TANPA MENGGUNAKAN AKAL DAN FAKTA ASALKAN JANJI BERCAKAP MACAM CAP AYAM ... TIDAK PEDULI SAMA ADA RAKYAT PERCAYA ATAU AKAN DIJADIKAN BAHAN KUTUK DAN KETAWA.

    INILAH CONTOH MENTERI YANG CAKAP SEMBORONO, KOSONG, YANG MERASAKAN RAKYAT INI BODOH-BODOH BELAKA.INI BUKAN ISU JENAYAH JALANAN, RAGUT, SAMUN ATAU ROMPAK YANG KERAP BELAKU DI KULOMPO ATAU PERLIS INI ISU KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA.

    ReplyDelete
  3. Kecerdikan umno = bontot sepol

    ReplyDelete
  4. Umno cuma pandai mcmana nk sapu duit rakyat....nasib ada bontot saiful...panjang lh sikit umur

    ReplyDelete
  5. Isu keselamatan Negara ni tak payah la nak main politik....Komen-komen liar baik dari ahli politik UMNO, PKR, PAS malahan lebih teruk lagi DAP hanya bersifat dangkal, penuh prejudis dan mempersenda rakyat yang terlibat dan juga anggota keselamatan yang tidak cukup rehat dan tidur, berkorban berjauhan dengan keluarga untuk menjaga dan mempertahankan perbatasan Negara dari anasir-anasir luar yang jahat, celaka, jahanam dan asshole...bayangkan anda ada ahli keluarga dan saudara mara terdekat di kawasan terlibat...bayangkan jika ayah, atau anak, atau abang, atau mana-mana ahli keluarga terdekat dikerah untuk bertugas di kawasan terlibat...apa perasaan anda jika mendengar kenyataan-kenyataan dari orang politik yang enak lena cukup tidur di rumah agam, menikmati elaun MP berbelas ribu sebulan, bebas melata dengan kereta mewah, bebas pau projek, yang tak pernah angkat senjata mempertahan Negara! Sedarlah...sedarlah...tolonglah.....tolonglah.....faham sikit perasaan anggota yang terlibat...merekalah harapan kita...merekalah pejuang kita! Go to hell politicians dan MP yang selalu ponteng sesi perbahasan, yang bila berbahas pun isu tadika PERMATA, yang hanya pandai kata orang lain salah dia sahaja yang betul, yang dulu jual buah kini dan jual minyak unta di Parlimen! PTUIHHH!!!!PTUIIIHHH!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh tau menteri xpernah nk hargai korang nye jasa..korg xyah lh pilih menteri cap aym tu. Ini tak..tiap kali PRU, diorg menang jgk. Korg jgk yg pilih. Terimalh seadanye yer abg2..

      Delete
  6. Omak kau memang PKR sejati. Harapkan Nik nadzmi. Rafizi Dan Nurul izzah memang sekupang tak guna. Siang malam cakap hal masalah papa segambut. Half Rakyat dilupakan

    ReplyDelete
  7. Syarat utama nak jadi menteri ialah mesti BODOH TUKIL.

    ReplyDelete
  8. Menteri hanya beri jaminan untuk bagi motivasi dan cabaran kpd anggota keselamatan kita..tahniah kpd selruh angota keselamatan kita,terima kasih yg tidak terhingga kerana bertarung nyawa mempertahankn keselmatan rakyat dan negara..saya orang semporna sabah memang sering terdetak dalam hati betapa ancaman keselamatan memang ada tapi dengan melihat angota2 keselamatan yg ramai dan berada di segenap tempat rasanya tak keterlaluan kenyataan menteri berkenaan...tapi apapun tahniah.juga kepada bloger omal kau!!! yg prhatin isu keselamatan negara semporna khususnya wlaupn ada macai2 yg ambil kesempatan tapi percyalah sabah tetap "SIMPANAN TATAP BN"..

    ReplyDelete
  9. "Saya pergi ke kawasan paling bahaya pada malam tanpa adanya butiran keselamatan, saya ke sana untuk memastikan negara selamat".....sama macam Samy pergi sentuh tiang hiway MMR 2 dulu....saya sudah periksa ianya didapati selamat....padahal hiway dah bergegar.....sama macam Hassan Malik pergi pasar...harga ayam/sayur tidak naik...ssya sudah periksa....wakaka..hanya di bolehland

    ReplyDelete
  10. Lagi contoh cakap menteri cop ayam :
    https://www.youtube.com/watch?v=FCn_d_DBOhA
    Peruntukan kepada rakyat lebih besar jika PAKATAN jadi k'jaan..............

    ReplyDelete
  11. Padan dgn muka korang...pilih lagi menteri cap ayam tuh...pru...dia menang lagi.....bodo dari pemenang lembu2 bodo sedunia...bak kata uai

    ReplyDelete
  12. Ada MP, nak kahwin artis, simpan gundik, dalam parlimen anggok saja, cuma baru ini ada serang yang bernai tegor syabas.Habis harta Sabah di punggah , pendatang di bagi ic dengan senang untuk menang pilihanraya la ni problem tak habis issue Sulu.Negara kita tak payah di serang pintu sempadan darat laut longgar, penguasa senang di rasuah jadi mereka cuma bekal senjata dah ok.Ingat kini ada lebih 3 juta pendatang asing sekira nya mereka nak rampas Malaysia bila bila boleh.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...