Wednesday, 9 April 2014

ANTARA UCAPAN ADUN KOTA ANGGERIK DALAM MEMBAHASKAN UCAPAN JUNJUNG KASIH TITAH TUANKU SULTAN SELANGOR DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR.



Kota Anggerik mengambil kesempatan untuk membahaskan ucapan Tuanku sebagai tanda sayangnya Kota Anggerik terhadap Kerajaan PR yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Kota Anggerik menyokong usaha Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya golongan petani dan masyarakat luarbandar dan pinggir Bandar, sekurang-kurangnya pendapatan isi keluarga RM3,000.00 hingga RM5,000.00 sebulan. Dengan kenaikan harga barang.

Pada keseluruhannya rakyat hidup susah lantaran kos harga barang terus naik sedangkan gaji tidak meningkat.

Saya dapati dengan makan gaji, gaji pekerja sukar untuk melepasi RM2,500.00 sebulan.

Pilihan terbaik untuk meningkatkan pendapatan rakyat ialah dengan menjadi usahawan kecil, atau petani moden.

Alhamdulillah setakat ini program SKIMSEL, MIMBAR, Perniagaan Kecil Dan Sederhana dan Industri Asas Tani menampakkan kejayaan, tetapi kita tidak boleh berpuashati setakat ini.

Dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya ke 13 yang lalu, Kerajaan Negeri berjanji (Bacakan terus manifesto). - Saya tidak nampak usaha-usaha ini telah dirancang.

Sehingga ini tiada bajet khusus dibentangkan dalam dewan ini untuk kedua-dua program tersebut. -

Saya meminta pihak PBT agar menyediakan tapak atau mengusahakan untuk membina kiosk dan gerai bagi peniaga kecil sebagai usaha mengalak dan mendidik pengusaha kecil persendirian. -

Saya meminta pihak PKNS dibawah program pembangunan usahawan, membina kompleks-kompleks peniagaan dan menyediakan lot-lot kecil untuk disewakan kepada peniaga kecil dengan harga yang rendah.

Kalau kita perhatikan di Kelantan ada Pasar Khadijah, di Terangganu ada Pasar Payang, di Kedah ada Pasar Rabu, di Selangor tidak ada Pusat Peniaga Kecil seumpama itu, kecuali Kompleks PKNS di Shah Alam atau Bangi.

Lot-lot kecil ini juga wujud di negara-negara luar, Pasar Baru di Bandung, Kompleks Mangga Dua di Jakarta, Pusat Pasar Besar di Kampuchea, Bazar di Istanbul begitu juga di Thailand.

Kesemua bazar-bazar lot kecil ini menjadi daya tarikan pelancong. Peniaga kecil juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara. Kelompok ini menyediakan sebahagian besar peluang perniagaan dan membayar sebahagian cukai.

Saya memohon agar dipercepatkan penubuhan Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor. Perkara seterusnya yang ingin saya bangkitkan ialah pembangunan ekonomi desa.

Saya melihat ada masalah struktur organisasi di peringkat EXCO. Kalau kita lihat Menteri Besar juga memegang jawatan stanco Luar Bandar dalam masa yang sama EXCO juga bertanggungjawab dalam stanco yang sama.

Saya telah bangkitkan perkara ini dalam Sidang Dewan yang lepas, tetapi tiada apa-apa tindakan diambil. Ketika membentangkan bajet dalam Sidang Dewan yang lalu, Y.A.B. Menteri Besar berjanji akan memperuntukan RM50 juta untuk program pembangunan ekonomi desa.

Ketika pertemuan di Mesyuarat Pre- Council yang lalu saya bertanyakan peruntukan tersebut, kenapa tidak dimasukan dalam bajet tambahan.

Jawapan Y.A.B. Menteri Besar tiada bajet tambahan kerana peruntukan sedia ada masih belum dibelanjakan, sepatutnya ketika mana pengumuman bajet dibuat, Pegawai Kerajaan hendaklah menyediakan program berkaitan.

Ketika bulan April ialah masa untuk melaksanakan. Pengumuman program Ekonomi Desa ini telah Y.A.B. Menteri Besar umumkan seawal Y.A.B. Menteri Besar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Rakyat pada hari ini bukan nak mendengar berapa banyak wang yang mampu dikumpulkan, apakah 2.5 billion atau 5 billion, tetapi apakah program yang benar benar dapat mereka rasai.

1 comment:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...