Wednesday, 9 April 2014

EXCO-EXCO KANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMBERITAHU MB SELANGOR MENGAMALKAN PRINSIP BERTUKAR PANDANGAN BUKANNYA PEMUSATAN KUASA.



SHAH ALAM, 9 APRIL: Exco Kerajaan Selangor menganggap dakwaan pemusatan kuasa oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibarhim adalah tidak tepat kerana pimpinan negeri mempunyai pelbagai tugas selain menumpukan kepada potfolio masing-masing seperti yang diamanahkan.

Exco Kebajikan dan Wanita, Rodziah Ismail, berkata tidak melihat perkara itu berlaku dan Abdul Khalid sendiri banyak memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada mereka sepanjang dua penggal bekerja bersama beliau.


Beliau yang juga antara ‘Exco Senior’ dalam Kerajaan Negeri berkata, mereka selalunya mengemukakan pendapat balas bersama Abdul Khalid dan mengamalkan prinsip bertukar pandangan sebelum membuat keputusan.


“Pengalaman dua penggal kerja dengan beliau, banyak perkara Tan Sri (Abdul Khalid) bimbing bila lihat kita (Exco) kurang berkeyakinan untuk melaksanakannya. Dalam konteks saya sebagai Exco, tidak nampak benda itu berlaku.


“Pemusatan kuasa itu bukan Tan Sri buat keputusan seorang tetapi kami dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sendiri turut berbincang,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.


Katanya, pandangan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skinchan, Ng Suee Lim lebih menjurus kepada pandangan peribadi dan Kerajaan Negeri mengambil maklum perkara itu.


“Mungkin itu pandangan dia di luar yang tidak bersama dengan kami. Pandngan Menteri Besar kita ambil kira, tetapi bukan sampai semua kita turutkan kerana saling bertukar fikiran juga pandangan.


“Komunikasi dua hala sangat penting. Sebagai contoh dalam sesi dewan, kita ambil pandangan semua ADUN, melihat serta mencari perkara positif untuk kita perbaiki kepimpinan negeri,” katanya.


Bagi Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim, sejak dahulu lagi Menteri Besar memegang Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Tanah, bahkan perkara itu perlu dilihat secara holistik.


Beliau berkata, tugasan harian bukan diuruskan sepenuhnya oleh Menteri Besar sebaliknya turut dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Kewangan Negeri.


Beliau yang juga ADUN Sungai Pinang berkata, di peringkat Persekutuan sendiri Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan turut melantik Timbalan Menteri Kewangan bagi menjalankan tugas harian.


“Tugas harian dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Kewangan. Sementara itu urusan tanah dikendalikan Ketua Setiausaha Negeri dan dibantu oleh Pengarah tanah dan galian.


“Jika ada keputusan dasar maka ia dirujuk kepada Menteri Besar. Ini sama diperingkat persekutuan, yang mana Perdana Menteri juga lantik Menteri Kewangan II untuk menguruskan tugasan harian dan keputusan dasar juga dibuat beliau (Perdana Menteri),” katanya.

4 comments:

  1. Tan Sri khalid pemimpin rakyat.
    Isu perempuan simpanan nampaknya Azmin dan zuraida dah main kasar. Tolak AZMIN!!!!
    hidup pkr!

    ReplyDelete
  2. Kegagalan mengemudi Wanita Keadilan, membuatkan Zuraidah Kamaruddin berasa tidak selamat pada jawatan tersebut. Bagaimanapun, memandangkan untuk menjadi Naib Presiden PKR akan menjadikan Zuraidah Kamaruddin tidak ubah seperti Myanmar jual sayur di tepi Pasar Borong Selayang, dia cuba bertahan.

    Pada pemilihan lalu, Zuraidah Kamaruddin berhadapan dengan cabaran Dr. Suraya Sudin dan Animah Ferrar. Dia menang secara bergaya. Zuraidah mengambilalih jawatan Ketua Wanita PKR daripada Fuziah Salleh yang menjawat jawatan tersebut dari tahun 2000 sehingga 2007.

    Kali ini, cabaran untuk Zuraidah bagi jawatan tersebut datangnya daripada Timbalannya sendiri yang juga merupakan Exco Selangor, Rodziah Ismail. Berbanding sebelumnya, kali ini Zuraidah tidak berselindung lagi gementar dan amat takut kehilangan jawatan.

    Pada PRU-13 lalu, Zuraidah bernasib baik apabila UMNO Selangor meletakkan calon bermasalah untuk melawatnya. Zuraidah menang besar di Parlimen Ampang namun pada masa yang sama, dia berhadapan dengan masalah kritikan daripada ahli-ahli parti sendiri dan pengundi-pengundi Melayu khususnya memandangkan Zuraidah hanya menumpang kerja ADUN Lembah Jaya dari PAS dan dia sendiri tidak melakukan apa-apa, sebaliknya sibuk ke sana ke mari di seluruh Malaysia untuk berkempen bagi pihak Anwar Ibrahim.

    Sebagai Exco, Rodziah yang menjadi ADUN Batu Tiga mempunyai reputasi yang agak baik kerana sering melawat kawasan dan menyelesaikan banyak masalah. Pada masa yang sama, sepanjang menjawat jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah sebenarnya yang melakukan pelbagai kerja secara bersendirian, berbanding Zuraidah yang lebih gemar mengaku kerja Rodziah sebagai kerjanya.

    Wanita PKR sebenarnya bergantung kepada Rodziah Ismail. Zuraidah sekalipun telah dua penggal menjadi Ketua Wanita, tidak memberikan sebarang sumbangan bermakna. Sebaliknya Zuraidah sekadar mencari ruang untuk mencipta namanya sendiri. Apatah lagi, Zuraidah yang mempunyai perasaan rendah diri melampau lantaran dia hanyalah bekas penjual buah di tepi jalan dan merupakan bekas imigran yang diberikan kewarganegaraan negara ini menerusi perkahwinan serta pendedahan membuktikan yang dia cuba menipu latarbelakang akademik dengan mengupah orang menulis di Wikipedia, melihat Rodziah sebagai ancaman utama yang akan menguburkan kerjaya politiknya.

    Di Ampang, Zuraidah dikhabarkan tidak mendapat sokongan untuk pencalonannya kali ini. Walaupun Srikandi PKR Ampang diketuai oleh anak perempuannya, tetapi yang jelas, sudah ada desakan dan gerakan untuk mengembalikan Zuraidah ke jawatan asalnya iaitu penjual buah di tepi jalan. Ini adalah kerana berlaku pertembungan dan perebutan kontrak-kontrak serta tender-tender membabitkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dibolot kesemuanya oleh Zuraidah Kamaruddin yang kemudian dibahagi-bahagikan kepada konco-konconya.

    Disebabkan itulah, Zuraidah cuba mencipta persepsi jahat terhadap Rodziah Ismail. Zuraidah memberitahu media, kononnya dia mempunyai bukti penyelewengan dan salah guna kuasa Exco tertentu di Selangor. Exco yang dimaksudkan oleh Zuraidah adalah Rodziah Ismail!

    Rodziah baru-baru ini didedahkan sebagai Exco yang enggan membayar harga dua buah lukisan A.Samad Said yang dijadikan sebagai hadiah kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim. Kedua-dua lukisan tersebut berharga RM16,000. Malu kerana didedahkan, Rodziah Ismail kemudiannya menggunakan wang kerajaan negeri untuk membayar harga kedua-dua lukisan berkenaan walaupun kedua-dua lukisan tersebut bukan untuk kerajaan negeri sebaliknya untuk kegunaan parti PKR.

    ReplyDelete
  3. Kami tak nak pemimpin yang amanah. Kami nak pemimpin yang corrupt supaya kami boleh tumpang sekaki

    ReplyDelete
  4. Ini sumer poyo...... haktuihhhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...