Wednesday 9 April 2014

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH MEMERINTAHKAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH BERSAMA PASANGANNYA MEMBELA DIRI DALAM KES KHALWAT


Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan pasangannya yang menghadapi pertuduhan kesalahan khalwat hari ini telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah untuk mereka membela diri.

Hakim Zaim Mat Yudin memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Adam Tumiran, 47 dan Nurul Izani Md Isa, 37.

Hakim Zaim telah menetapkan pada 14-16 Mei untuk kedua mereka membela diri.

Pasangan itu diwakili Ahmad Munawir Abdul Aziz dan Wan Faridulhadi Md Yusof, manakala pendakwaan oleh Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz .

Kedua-dua Adam dan Nurul Izani kini dibebaskan dengan ikatan jamin RM1,000 setiap seorang.

Pada tahun 2012, kedua-dua mereka  telah dibebaskan oleh Mahkamah Syariah yang lebih rendah kerana melakukan kesalahan itu di sebuah kuarters kerajaan negeri di Jalan Masjid Negeri, Georgetown, Pulau Pinang pada jam 2 pagi 5 Disember, 2010.

Hakim Syariah Othman Ibrahim ketika itu memutuskan bahawa mahkamah berpuas hati dengan kesahihan kertas perkahwinan mereka.

Walau bagaimanapun, berikutan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan supaya kes ini dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Syariah
.

5 comments:

  1. Selalu Selangor penang pun dah ikut gak.. com'on la penang kekalkan rekod ceramah agama masjid terbanyak jgn jdi mcm selangor... x habis2 dgn maksiat, pusat judi urut konsert dan markas dakwah kristian.

    ReplyDelete
  2. Hakim Syariah Khalwat??? Mengikut Ajaran Kasim dan Mahadead, tak ada khalwat dalam quran. kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. tengok muka mmg x leh caya hakim tu...

    ReplyDelete
  4. Hakim manusia biasa juga..jangan mengata orang..

    ReplyDelete
  5. Ini sumer poyo...... haktuihhhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...