Thursday, 3 April 2014
KEJAYAAN MB SELANGOR YANG CUBA DIPADAMKAN DARI SEJARAH NEGARA DAN INGATAN RAKYAT.
Jangan disebabkan kini beralih wadah perjuangan maka apa jua sumbangan ditaburkan mau dilenyapkan dari pengetahuan rakyat.
Itulah apa yang kini diharungi oleh Dato/ Menteri Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden KEADILAN pada Pemilihan KEADILAN 2014.
Kejayaan beliau membawa balik syarikat konglomerat Guthrie yang ratusan tahun dikuasai British ke Tanah Air.
Lewat tengah hari, tanggal 7 September 1981 di Hotel Cambridge, Kota London.England
Apabila mendengar berita mengejutkan di corong radio, Mark Gent tergamam. Sukar mempercayainya. Kepala mula berdenyut, pandangannya pula berpinar-pinar.
Sekelip mata syarikat yang diterajuinya itu terlepas dari gengaman. Lelaki Inggeris itu sedar, semuanya sudah terlambat.
Lebih 160 tahun menguasai Malaysianized Guthrie, kini tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalang syarikat peladangan terbesar British itu kembali ke pangkuan rakyat Malaysia.
Tokoh korporat British terkemuka yang menguasai Guthrie itu ditewaskan dalam masa empat jam sahaja melalui satu serangan terancang sekumpulan anak tempatan Malaysia.
Ia diketuai seorang anak muda yang dahulunya hanya mengusahakan perusahaan kelapa salai milik neneknya pada usia remaja.
Serangan itu kemudiannya dititipkan dalam sejarah korporat antarabangsa sebagai ‘Dawn Raid’ atau Serangan Waktu Subuh.
Sejak itu, anak muda berkenan – Abdul Khalid Ibrahim yang berusia 35 tahun ketika operasi Dawn Raid ke atas Bursa Saham London dilancarkan, mula menjadi sebutan dunia.
Ketika Inggeris menganggap kejayaan operasi berkenaan sebagai perbuatan ‘nasionalis pintu belakang’ (lantaran dimalukan anak tempatan bekas tanah jajahannya), rakyat Malaysia mengangkat peristiwa itu sebagai kejayaan mengembalikan hak yang hilang.
Ia juga dianggap sebagai satu titik kejayaan bersejarah buat negara.
Hari ini, selepas 33 tahun operasi Dawn Raid makin dilupai ramai, anak muda sama yang kini menduduki jawatan Menteri Besar Selangor dan bergelar tan sri menjalankan satu lagi operasi berbeza tetapi masih dengan matlamat serupa – operasi ‘Selangor water rescue’ atau penyelamatan air Selangor.
Kalau Dawn Raid bagi mengembalikan hak rakyat ke atas peladangan terbesar, operasi kali ini jauh lebih penting – demi mengembalikan hak rakyat Selangor ke atas sumber terpenting kehidupan – air.
Ironinya, jika Dawn Raid bertujuan mengembalikan semula hak rakyat Malaysia dari tangan Inggeris tapi operasi menyelamatkan industri air Selangor dibuat bagi membebaskan belenggu ‘penjajahan korporat tempatan’.
Operasi kali ini bukan lagi serangan mengejut pada awal pagi seperti Dawn Raid tetapi pada siang hari dengan dilimpahi flash kamera media.
Ia suatu operasi panjang dan memenatkan. Tambah pula terpaksa berhadapan dengan serangan demi serangan dari ‘tokoh’ tertentu.
Meskipun dijalankan melalui rundingan dengan anak tempatan tetapi ketamakan menyukarkan operasi.
Rundingan demi rundingan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan pemegang konsesi industri air Selangor berlarutan lebih lima tahun tetapi menemui jalan buntu.
Ternyata, ia memerlukan satu strategi licik dengan pengetahuan dan pengalaman dunia korporat mendalam serta kemahiran rundingan yang tinggi.
Kebijaksaan Abdul Khalid memberi kelebihan apabila dengan bijak menjadikan Projek Langat 2 sebagai ‘senjata’ dalam rundingan itu.
Bagaimanapun selepas bergelut dengan pelbagai rintangan,
Akhirnya, pada 26 Febuari lalu operasi menyelamatkan industri air Selangor memasuki fasa baru dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan.
Walaupun ia tidak memuktamad operasi itu tetapi cukup melegakan banyak pihak. Mereka menganggap fasa baru ini umpama ‘cahaya di hujung terowong’
Sebenarnya, ketokohan Abdul Khalid bukan semata-mata kejayaan Dawn Raid dan projek penyelamatan industri air Selangor sahaja.
Jangan lupa, beliau jugalah yang bertanggungjawab di belakang kejayaan Kerajaan Selangor mengutip hutang Talam Corporation dan menamatkan apa yang disebutkan sebagai kecelakaan atas isu penamatan kontrak kutipan sampah Alam Flora di Selangor.
Semua operasi-operasi rumit korporat yang dijalankannya tidak lain dan tidak bukan demi mengembalikan hak rakyat.
Ia bukan sekadar kejayaan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar semata-mata, malah wajar dikongsikan bersama seluruh rakyat khususnya rakyat Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Saya bangga dengan Khalid walaupun saya bukan pro pr
ReplyDeleteya Allah panjangkanlah umur pemimpin ini. dan berkatilah usahanya.
DeleteKenapa Omakkau tak tulis masa tu khalid ahli umno. Mengungkit kejayaan khalid dizaman umno nya samalah maksud memuji umno.
ReplyDeleteKerana masa tu dia umno lah tak sepatutnya jasa besar dia tak di sebut langsung.
DeleteKalau MB Khalid masih dlm UMNO dia tak akan dapat jd MB sbb dlm UMNO kaki ampu sana ampu sini je yg layak jd MB .
Kalau umno memilih individu spt Khalid utk memegang jwtan penting dlm krjn, sudah tentu Msia kita terus cemerlang, gemilang & gemilang. Tapi sudah takdir. Kita pun sudah mcuba & terus mencuba.
DeleteTtp kamu tidak berbangga dng Menteri Kewangan BN skg walau pun kamu pro BN.
ReplyDeleteIlmu politik mb masih kurang. Perlu masa lagi. Tiada ehsan yg srmpurna. Jgn sombong. Perlu dengar masalah follower. Why from ijok to port klang
ReplyDeleteIngat Daim . Bukan Daim rupanya.
ReplyDeleteSiapa Menteri Kewangan ketika itu ?
Syabas Tan sri,
ReplyDeleteWalaupun kdg2 nampak mb ni mcm dah 'pro umno' tp setiap tindakan dia jauh lebih bijak dari jit tuya.
ReplyDeletehidup selangor..
kikiki
Jit mjadi pemimpin selama ini bukanya berdasarkan ketokohannya tapi dgn cara back door, semua ahli umno tahu. Tengoklah tindak tandok dia selama ni, semuanya utk kepentingan diri & kaumnya saja. ahli umno sendiri pun pening.
Deletebila masa pula perdana menteri bacul ni dipilih kerana kredebeliti dia ?? kah! kah! kah!...bukan ke disebabkan tradisi tak bertamadun umno ?
ReplyDeleteaku setuju dgn omakkau,dia cuba nak ketengahkan Tan Sri Khalid sebagai seorang individu yg berjaya dan berkebolehan...bukannya nak tampilkan dia dgn parti yang diwakilinya...
ReplyDeleteKejayaan Khalid tidak boleh dipadam dlm sejarah negara. Begitu juga kejayaan Khalid sebagai MB selangor tidak boleh dipadam oleh Azmin melalui pelbagai cara, kajang move, menjatuhkan karier politik dll strategi.
ReplyDeleteMalah Khalid lebih kuat! Ingat!
Jika ada usaha memedamkan kejayaan Khalid sbg MB selangor, maka itu datangnya dari Pemimpin PKR yang pekat darah, dna nya dari UMNO iaitu Anuwar/Azmin/Saifuddin muka lopak!
Lg elok khalid dr anuar...atau kroni2 sampah pkr dap yg lain....
ReplyDeleteKah kah kah kah macai.kesian.tetiba jer skong khalid.dulu kemain hentam smpai gagap pon jadi modal.skrg tgok sape yg gagap.kah kah kah kah.macai macai.memang otak kamu semua gagap.kah kah kah.
ReplyDeleteIKpd ahli pkr, anda sekelian kena faham bhw tidak semua pkr suka cara azmin. kita dlm pkr memang diajar memaki umno dgn apa sahaja gelaran spt macai dsbnya. Kepada penyokong reformasi tulen dlm pkr..org seperti azmin harus dihentikan. kalau tidak akan sama parti kita pkr mcm parti melayu tu!
DeleteKhalid harus memimpin PKR bersama Azizah!
Guthrie aka sime Darby. .. ibarat tarik dari mulut buaya bagi kat singa.. sikit2 tanah negara jadi milik orang bila property jadi sebahagian perniagaan..buat rumah yang kebanyakkan bumiputra tak mampu beli, yang mampu beli kebanyakkan orang asing..
ReplyDeleteTKSI tidak diuji dgn politik fitnah yg dahsyat. Tup..tup...naik jadi MB. Ramai lagi golongan reformasi yg tdk bernasib baik macam TSKI. Sebab itu janganlah memuji TSKI. Sumbagannya masih kecil banding mereka yg bergolok bergadai sampai beli susu untuk anakpun takde. TSKI tak merasa begitu..
ReplyDeleteSoalnya perjuangan ini demi keadilan rakyat. TSKI membawa suara rakyat dan kepentingan rakyat terbanyak. Benar beliau tak teruji dengan fitnah politik tetapi menjadi pemimpin rakyat adalah matlamat perjuangan. Elakkan pemimpin yg bermuka-muka dan lebih mementingkan kroni dan sahabat handai dalam parti. Mereka hanya pandai mengambil kesempatan kononnya atas hak rakyat sedangkan sama dengan pemimpin umno. Mereka adalah dari kilang yang sama.
ReplyDelete