Thursday, 3 April 2014
PEROGOL MEMINTA MAAF KEPADA MANGSA YANG MENGANDUNG 7 BULAN SETELAH MEROGOLNYA SECARA BERGILIR-GILIR!!!!
Bachok: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan dirogol lima lelaki bergilir-gilir di sebuah sawah padi di Kampung Kuau, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan ke rumah rakan perempuannya di Kampung Tangok, sebelum keluar membonceng motosikal bersama adik perempuan rakannya bagi membeli makanan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun, mengandung anak kedua manakala suaminya bekerja di Kuala Lumpur.
Bonceng motosikal
Katanya, mangsa mendakwa dia dan adik rakannya sedang membonceng motosikal sebelum didatangi kekasih adik rakannya bersama dua lelaki.
“Adik rakan mangsa dipaksa membonceng motosikal bersama teman lelakinya, manakala mangsa dipaksa mengikuti dua lelaki itu ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi Kampung Kuau,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok, di sini.
Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan bersama dua lelaki itu dan cuba mahu menelefon seseorang untuk mengambilnya.
Abdul Hamid berkata, berang dengan tindakan mangsa, seorang daripada lelaki itu menelefon tiga lagi rakannya dan mereka merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Suspek mohon maaf
“Mangsa kemudian dihantar ke rumah rakannya di Tangok oleh seorang suspek jam 4.30 pagi, malah suspek dikatakan sempat meminta maaf kepada mangsa,” katanya.
Abdul Hamid berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Tawang.
Katanya, polis kini sedang mengesan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Nasib baik ppuan tu tak kena c4.
ReplyDeleteComent bangang.....x prihatin langsung...akai letak kt kpla lutut...
ReplyDelete239 penumpang mh370 kena bunuh kamu perihatin ke tak.
ReplyDeleteAkibat perogol makan kopi panggong lah tu. Perogol2 kalau ditangkap mahu di jatuhkan hukuman yg maxina 20th penjara dan 20 sebatanl lepas itu bagi karan punainya biar tidak berfungsi sepanjang hayat. Ini lah akibatnya bila hukuman Allah dipermainkan. Laksanakan sehaja hukum Hudud
ReplyDeleteKelantan oh Kelantan... ajaran tok guru.. PUNAH!!!
ReplyDeletejgn salahkan tok guru
Deletesuspek ahli umno lah tuu
Yakinlah... ahli UMNO la tu
Deletebila nafsu menguasai diri, ni la jadinya.
ReplyDeletenajib ckap say no to hudud.
ReplyDeletekikiki
Memang patut kena. Sapa suruh keluaq ja. 11mlm. Kan baik Jaga anak. Suami tak der dia merayau
ReplyDeleteKelantan. . Hiv tinggi.. rogol ganas2.. bunuh pelik2.. pil kuda mknan ruji... tukar lah rakyat Kelantan oi ingat akhirat same..
ReplyDeleteBetul lah rakyat kelantan kena tukar yg bn tu ke pas.
ReplyDeletesalam, hanya Allah yg lebih mengetahui. dpd cerita di atas mungkin mangsa bukan keluarga atau ada ape ikatan dengan kita. kalau ia terjadi pada keluarga sendiri mungkin lain komen yg berbunyi. seharusnya kita perlukan suatu ketetapan untuk menghukum pelakunya. seperti sya katakan Allah lebih mengetahui dan diberi panduan bekal kita didunia maka jalankan sahaja ape yg telah Dia bekalkan. bukan pilihan kita utk x jalankan hak Allah. maka hudud itu hak(milik) Allah. maka jalankan dengan amanah tanpa mengira latar belakang dan ikhlas kerana Allah.
ReplyDeleteInilah akibat tiada hudud...
ReplyDeleteHudud penyelesaian segala masalah.. LAKSANAKAN HUKUM ALLAH.. ALLAH HANCUR LEBURKANLAH KESEMUA PEROGOL PENYAMUN PEMBUNUH DAN SEUMPAMANYA...
ReplyDeleteAq x tahu la suami ko ada hidup lg atau x...
ReplyDeleteNasihat saya kepada isteri2.... jgn fikir, mentang2 kamu dah berkahwin, x de sapa nk rogol kamu, kamu x tahu tau! Bukan apa, kalo susah sangat nk jge diri tu untuk diri sendiri tu, jagalah dirimu untuk suami tu.... mana ada suami yg nk isteri die dicabul dan dirogol oleh orang lain.... harap wanita mengerti... fahamilah suamimu....