Wednesday, 2 April 2014

LAGI DEKAT TARIKH PEMBUKAAN KLIA2, LAGI BANYAK KERETAKAN DIKESAN.



Keretakan baru ditemui di kawasan apron dan bangunan klia2 menimbulkan keraguan terhadap tahap keselamatan terminal lapangan terbang itu beberapa minggu sebelum operasi bermula di kala Malaysia menjadi tumpuan dunia selepas pesawat MH370 hilang, kata satu sumber industri penerbangan.

Sumber industri itu memberi 13 keping gambar diambil semalam kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan keretakan di kawasan apron dan dinding terminal dua tingkat pesawat tambang murah itu.

“Gambar tersebut menceritakan sendiri sama ada klia2 sudah bersedia atau tidak untuk digunakan,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Ini merupakan set kedua gambar diserahkan kepada The Malaysian Insider mengenai keadaan terminal baru yang mampu menampung 45 juta penumpang melalui 64 pintu pagar itu.

Keretakan turut ditemui di bahagian apron klia2.Difahamkan pengendali klia2, Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) memberi jaminan kepada kerajaan mereka akan menjalankan kerja-kerja pemulihan yang tidak akan memberi kesan kepada pembukaan terminal dan operasi pada 2 Mei. Tarikh pembukaan sudah ditangguhkan sekurang-kurangnya lima kali.

“Putrajaya harus melihat semula tarikh pembukaan klia2 pada ketika kerja pembaikan masih lagi dilakukan. Sektor penerbangan negara ini sedang diperhatikan secara rapat oleh masyarakat antarabangsa dan kerajaan perlu melakukan perkara yang betul,” kata satu lagi sumber industri penerbangan.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melawat klia2 dua minggu lalu untuk menyemak sama ada ia bersedia untuk dibuka dan memanggil wakil MAHB dan wakil Kementerian Pengangkutan semalam berikutan masalah kelewatan dan peningkatan kos dalam pembinaan lapangan terbang tersebut.

PAC berkata mungkin akan memanggil pihak lain berhubung kelewatan itu dan ini merupakan kepentingan awam walaupun klia2 didana oleh pihak swasta.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, berkata semalam klia2 akan dibuka pada 2 Mei dengan Cebu Pacific Air dan Malindo Air akan menjadi syarikat penerbangan tambang murah pertama menggunakan terminal itu.

Beliau berkata, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) akan ditutup pada 9 Mei, seminggu selepas klia2 dibuka menyebabkan syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia, AirAsia memberikan respon.

AirAsia berkata semalam semua operasi AirAsia dan AirAsia X akan terus kekal di LCCT walaupun selepas 9 Mei kerana terdapat beberapa isu penting yang perlu diatasi terlebih dahulu.

"Langkah untuk berpindah ke klia2 akan berlaku, tetapi ia hanya akan dijalankan selepas semua isu ditangani," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada keputusan kajian Ikram Premier Consultings (Ikram) mengenai kesediaan klia2 baru-baru ini menunjukkan wujudnya lekukan di landasan rayap/apron dan landasan yang memerlukan langkah pemulihan berkala dilakukan ke atas kawasan tertentu.

"AirAsia juga percaya kesediaan beroperasi dan tempoh perpindahan lapangan terbang (ORAT) untuk menyokong operasi AirAsia akan memerlukan lebih daripada dua bulan seperti diberikan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Aireen berkata, tempoh perpindahan yang ditetapkan MAHB itu tidak realistik dan terlebih optimis.

Katanya, ORAT untuk perpindahan dari terminal utama KLIA ke LCCT pada 2006 mengambil masa lebih daripada dua bulan ketika operasi AirAsia ketika itu jauh lebih kecil.

"Selain itu, terdapat perkara utama berkaitan komersial, operasi dan perkara terbuka dalam kontrak yang masih dibincangkan antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan sebelum perpindahan ke klia2," katanya.

AirAsia berkata, kerja pembaikan akan “mengganggu operasi hab penerbangan seperti Kumpulan AirAsia yang mempunyai pergerakan 400 pesawat sehari dan sekurang-kurangnya 70 pesawat dalam kumpulan pesawatnya di LCCT”.

“Tahun lalu sahaja Kumpulan AirAsia membawa 22 juta penumpang melalui LCCT,” katanya.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pada 17 Mac Ikram Premier Consulting (IPC) mendapati terminal klia2 selamat untuk digunakan.

Hishammuddin yang juga merupakan menteri pertahanan berkata, laporan tersebut menyatakan beberapa kawasan persekitaran klia2 mengalami mendapan dan perlu diperbaiki segera meskipun tidak mendatangkan kesan keselamatan kepada pengguna.

"Berdasarkan laporan awal tersebut, pihak perunding bebas berpendapat klia2 adalah selamat untuk digunakan dan akan dibuka seperti dijadualkan pada 2 Mei ini, namun keretakan pada turapan perlu diperbaiki mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA)," katanya.

Hishammuddin berkata, pada masa sama, menteri mengambil maklum bahawa fasa kedua penilaian pihak perunding bebas akan dijalankan pada 14 April iaitu tiga minggu sebelum pembukaan klia2 bagi memastikan aspek keselamatan di landasan, laluan teksi dan tempat letak kereta apron (bahagian hadapan) dipertingkatkan
.

24 comments:

  1. cerita ni boring lah omakkau. pemilihan pkr dah dkt ni, jomlah kita cerita pasal pemilihan pkr




    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun boring lah...cer cerita si Najis tutoh altantuya depan belakang kan lagi baik.

      Pejuang umno

      Delete
  2. cubalah ulas pasal drama sarkis pemilihan presiden pkr anwar vs azizah. korang tak kesah ke laki bini ni mengamalkan amalan kroni terlampau? takde org yg sanggup menegur amalan nepotisme mereka ke? ahli pkr kenapa membisu?



    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah ulas pasal mak semoh terlibat sama dlm kes bunuh altantuya kan bagus.

      Pejuang umno

      Delete
    2. Keza..apa ko tau psl strategi PKR? X abis2 bodoh piang puak umno haramjadah ni..kebodohan menteri2 msia ko x nampak? Kekayaan menteri peras duit rakyat ko x nampak? Patut x nampak..sbb umno sdiri BODOH

      Delete
    3. Oittt.nak ulas bab neh kao bkak la blog seniri.suka hati omakkau la nak tulis bincang aper.komen la ikut tajuk bodo.kat blog kau nanti suka hati kao la nak tulis aper.ajak la org kat sini berkomen kat blog kao.tu pun x reti ker.sengal la lu neh.

      Delete
  3. mcmana pulak dgn siri dendam peribadi antara azmin dan khalid? aku lbh menyokong khalid sbb misinya jelas dan khalid dilihat lbh mesra bn demi kebaikan rakyat selangor. ketika isu empangan langat 2, khalid sanggup melanggar arahan anwar utk bekerjasama dgn najib. so, khalid dilihat lbh berkepimpinan



    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana ada dendam peribadi antara si najis ngan moiden mat sembab. Sebab lani asyik2 hisaham je yg menonjol. Moiden ko bila lagi ...dedahkan kes si najis ngan altantuya.

      Delete
  4. semasa anwar hanya membilang hari sblm disumbat ke dlm penjara krn meliwat, aku merasakan tindakan anwar yg ingin menjadi presiden pkr adalah tindakan yg salah. azizah hanya lah presiden boneka. so, pkr patut memikirkan percaturan jangka panjang



    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok baca komen keza.... mengapalah ko suka sgt kat pkr dn nuar.... dio org upah ko ke niss

      Delete
    2. dia org upah...roti canai najib..saatuuuuu......hihihihihi

      Delete
  5. Kalau orang buat pembinaan rumah aku mcm ni, aku tak nak accept.

    Nak baiki keretakan pon tak menjamin keselamatan.

    So aku nk suruh buat rumah baru dengan spec dan nisbah bahan binaan yg btul.

    Sepatut awal2 lagi kna spesifikasi btul. Bukan nye dah rosak baru nak baiki.

    Substandard ke bahan2 yang digunakan?

    ReplyDelete
  6. itu bukan retak itu adalah seni kreatif.

    ReplyDelete
  7. HOT!!!!

    Nuruh Izzah tanya Mama Ajijah... Syok ke tak main belakang... Mama Ijah cakap Best.. Best Sangat sebab tu Papa sayang Mama... auuuuwww!

    Keluarga 69 nie Macai 69...Suka hati kau dan akulah Caiiiii

    ReplyDelete
  8. Uuuuh... Cai Cai nie Rupa Ropa nyer ado hati Nak Jadi Menantu Pasangan Liwat Meliwat yea

    Dah Book tiket ke belum... Jun Nie Cai Cai Berebut-rebut lah yea....

    Peliwat Kahwin dengan Peliwat Sajer... adoyaaaiiii

    Komen Kat Blog Pembangkang Nie tak payah Pakai Otak... Buang Masa.. Tenaga...

    Liwat Huuh Huuh Liwat Meliwat.. Hantam Belakang Parti Kemut Keliling woooooi

    ReplyDelete
  9. Ya Allah knapa lah komen2 kat sini teruknya. Bagi lah komen yg membina sikit utk kebaikan brsama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn dilayan jer Tentera Kacang Hantu UMNO/BN @lembu makan kangkung tuuu.......biar dia menyalak sendrian.....lepas tu konfirm angkat kaki dia sebelah...utk kencing.....macai UMNO/BN jer yg mudah dikencing demer......

      Delete
  10. Peruntukan byk masuk dlm poket kroni lps tu beli bahan binaan yg murah.blum pun digunakan dh retak sana sni.marilah kita bdoa lps ni ramai yg mati kne hempap dgn dinding yg runtuh.

    kuikuikui

    ReplyDelete
  11. Inilah trbukti lgi projek UMNO tpi jgn bimbng BN akn suntik lgi rm utk msuk poket kroni, yg menderita rkyat yg mbyr cukai.

    ReplyDelete
  12. Cerah Msia jadi mahsyur lagi sekali .. Kat udara selamat lagi nak ngelat. Kejap kat sana Kejap kat sini Kejap dah berakhir Kejap masih hilang. KLIA2 cuma mampu tutup kalau tak melibatkan pesawat .

    ReplyDelete
  13. Dah kali ke 5 pun masih ada masalah mcm ini.
    Mcm repair enjin kereta je . Usik sini, sana pulak meragam. Usik sana, situ pulak buat hal .
    KLIA 2 tidak akan berakhir di sini ... hehehe

    ReplyDelete
  14. yer la.....najib tu menteri kewangan...dier tahu la nk buat cam ner. x mcm amwar yg kata nak naikakan nilai duit seringgit dgn satu USD dolar.....org bodoh pon boleh pikir benda tu mustahil......kenapa x ckp pasal org pertama yang sabitkan anwar meliwat Ps ngn DAP....dan naper x ckp karpal singh menolak hukum hudud kat kelantan..


    bisu ke pembangkang......bawak sebelas lawyer tp x bleh lawan dua lawyer kerajaan.....jgn tahu cari walah kerajaan jer.....










    ReplyDelete
  15. Lah biasalah bangunan runtuh, bangunan retak, jambatan retak, sekolah roboh, hospital tak siap, kapal laut tak siap, kerja pembaikan tak siap. Itu semua tak penting. Yang penting bila dah buat MESTI bayar. Kalau rosak boleh repair dan bayar lagi. Cerita biasalah kassim ooi. Projek kilang ikan pekasam ni kata pejabat 100 juta kau taroklah 200 juta, !00 tu satu untuk kau dua untuk saleh tiga untuk aku empat untuk bini aku lima untuk sibedol dan begitu lah setrusnya. Kalau 100 tu tak cukup kau potang lah dari 100 harga asal. Tapi ingat jangan kau pakai buluh buat piling nanti roboh. Retak takpelah. Ini semua berlaku di negeri pasir dua butir dalam pemerintahan mentri pasola!!!

    ReplyDelete
  16. This is What Women Really Like !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...