Malaysia sekali lagi mendapat markah corot dalam ujian penilaian pencapaian pelajar dunia, berada di tempat kumpulan terakhir di kalangan 44 negara – satu keputusan yang mengukuhkan kebimbangan ramai mengenai sistem pendidikan negara yang semakin merosot.
Malaysia berada di tangga ke-39 dengan min skor 422 dalam penilaian pertama mengenai penyelesaian masalah kreatif bagi pelajar 15 tahun yang menduduki ujian Programme for International Student Assessment (PISA), sementara negara jiran Singapura mengatasi Malaysia dengan min skor 562.
Keseluruhan min skor untuk semua negara ialah 500.
Keputusan markah yang diterima Malaysia menunjukkan pelajar yang diuji kekurangan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja moden.
Sebaliknya, Singapura hanya mendapat 8% pecahan pencapai rendah. Itu bermakna 21.4%.
Malaysia pula hanya mendapat 0.9% pecahan pencapai tinggi berbanding 29.3% diperoleh Singapura.
Pecahan Malaysia di bawah peratusan purata iaitu 11.4%.
Ini menunjukkan hanya seorang daripada 10 pelajar Malaysia, berusia 15 tahun, yang mampu menyelesaikan masalah paling kompleks, dibandingkan dengan seorang daripada lima pelajar di Singapura, Korea dan Jepun.
Negara Asia seperti Korea, Jepun, Macau-China, Hong Kong China, Shanghai-China dan Chinese Taipei menjadi antara yang tertinggi dalam senarai itu.
Pelajar dari Kanada, Australia, Finland, England, Estonia, Perancis, Belanda, Itali, Republik Czech, Jerman, Amerika Syarikat dan Belgium semuanya memperoleh markah melebihi purata.
“Sebanyak 85,000 pelajar dari 44 negara dan ekonomi mengambil ujian menggunakan komputer itu, membabitkan senario kehidupan sebenar untuk mengukur kemahiran yang akan golongan muda guna apabila berdepan dengan masalah harian, contohnya ialah memasang thermostat atau mencari jalan paling cepat untuk tiba di sesuatu destinasi,” kata Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, yang menjalankan ujian itu.
Ujian itu dilaksanakan pada 2012 dan keputusannya dikeluarkan semalam.
Malaysia memperolehi 29.1 dalam kadar penyelesaian bagi tugasan mengukur pemerolehan pengetahuan dan 29.3 untuk tugasan penggunaan pengetahuan sementara Singapura mendapat markah 62 dan 55.4 masing-masing bagi tugasan berkenaan, jauh lebih tinggi daripada markah purata semua negara iaitu 45.5 dan 46.4.
“Remaja berusia 15 tahun pada hari ini dengan kemahiran penyelesaian masalah yang lemah akan menjadi golongan dewasa yang bergelut untuk mencari atau kekal dalam pekerjaan yang baik,” kata pemangku Pengarah Pendidikan dan Kemahiran di OECD, Andreas Schleicher.
“Pembuat polisi dan pendidik perlu membentuk semula sistem sekolah dan kurikulum untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran penyelesaian masalah mereka yang semakin diperlukan dalam ekonomi hari ini,” katanya.
Malaysia juga mendapat keputusan yang teruk dalam penilaian PISA sebelum ini yang mengukur bagaimana pencapaian pelajar di 65 negara dalam mata pelajaran matematik, sains dan membaca.
Menurut keputusan PISA pada 2012, pelajar Malaysia hanya mendapat markah di bawah purata atau berada di tangga 52 daripada 65 negara. Malah, pelajar Vietnam berada di tangga ke-17 daripada 65 negara itu.
Hanya seminggu lalu, pakar ekonomi Bank Dunia bercakap mengenai kualiti rendah sistem pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada paras hutang isi rumah rakyat negara ini.
Dr Frederico Gil Sander, pakar ekonomi untuk Malaysia berkata, rakyat Malaysia perlu disedarkan mengenai pencapaian anak di sekolah lebih teruk daripada pelajar di Vietnam, iaitu negara yang jauh lebih miskin daripada Malaysia.
Pencapaian Malaysia dalam penilaian antarabangsa yang terus menyedihkan menonjolkan lagi kelemahan sistem persekolahan negara, walaupun fakta menyatakan sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar setiap tahun daripada bajet negara.
Pengkritik berkata keputusan PISA bercanggah dengan Putrajaya yang berkeras menyatakan Malaysia mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia.
Mereka juga mempersoalkan nilai sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melahirkan ramai pelajar memperolehi A, tetapi tidak mampu bersaing dengan rakan sebaya mereka dari Singapura, China dan Taiwan.
Ahli politik pembangkang tanpa belas kasihan terus menyerang Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keputusan Malaysia yang buruk dalam ujian penilaian antarabangsa.
Muhyiddin kemudian mengumumkan kementerian akan menubuhkan jawatankuasa kerja khas untuk meningkatkan penilaian pelajar dalam ujian berkenaan.
Macai umngok paham ke baca data ni...aku dok pikir sambil korek idung.
ReplyDeleteMacai Umngok banding antara faedah Brim dengan risiko GST pun tak reti
ReplyDeleteBila rakyat ramai yg bodoh itu 1 keuntungan yg besar bg puak umno apco.
ReplyDeletekuikuikui
kira baik sbb ujian tersbt dibuat ke atas remaja berumur 15 tahun
ReplyDeletekalau ujian yg sama di buat ke atas Macai Kedudukan Msia pasti akan berubah ke tangga 44.
Mcm tu lah tahap menteri selesaikan masalah krisis mh370 .
aku x trpernjat dgn angka trcorot ni sb tiga lps aku dh komen tentg pncapaian kputsn examdgn lambakan keputusan A. apa yg aku komen trbukti mjdi kyataan.
ReplyDeletekeranamu guru,
ReplyDeleteaku d lahir tulis buku tapi hanya mampu tulis abc,
aku d lahirkan masuk oxford tapi hanya mampu masuk kustem cabok,
aku d lahirkan jadi engineer tapi hanya mampu jadi juruteknik,
semuanya kerana jasa guruku, dia sendiri setakat 1A spm upsr 4B dia p jadi guru, sbb nk hidup sng dia menyusahkan aku,
sendiri x pndai gimana nk ajar org? Terima kasih cekgu. Tggu d akhirat nnt.
Bidang pendidikan Malaysia dirangka berdasarkan kepandaian tenaga pengajarannya. Oleh kerana tenaga pengajar di Malaysia hanya berdasarkan kredit maka silibus juga disusun bersesuaian dengan kepandaian taraf kredit. Sebab itulah PPSMI dan mata pelajaran lebih mencabar tidak dapat dilaksanakan. Justeru jangan terkejut jika kita tidak dapat bersaing dengan negara-negara yang mengeluarkan usahawan seperti Singapura, Jepun dan Korea berbanding kita yang hanya menghasilkan penjawat awam. Dan jangan terkejut BN menang di Balingan dan kalah di Kajang.
ReplyDeleteKEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan
hwah hwah hwah.., jadi diorang tak rasa apa-apa bila orang panggil pencacai umngok bodoh, bangang, bahlol, tengin dan segala macam panggilan sebab alasan mereka adalah kerana sistem pendidikan negara kita memang antara yang terburuk ... hwah hwah hwah.., jadi semakin jelas bahawa kerajaan memang nak semua rakyat malaysia (umumnya) dan orang melayu (khasnya) menjadi bodong, biul, tengin bangang dan segala kebodohan tak terbendung supaya mudah ditipu dan akan menyokong walaupun apa yang mereka buat untuk mengenyang dan mengkayakan kroni dengan memberi projek (konon) tapi belum pakai lagi dah mula rosak contoh terdekat adalah KLIA yang belum pun boleh digunakan dah rosak.. projek kroni ke ? kalau tanya pencacai umngok apa agaknya jawapan diorang ?
ReplyDeleteAnon 1225
ReplyDeleteCikgu gak yg salah ke? Dah ko tu jenis bangang otak lemau.. Cg marah ko saman, cg tegur ko nak tumbuk muka cg, cg rotan ko report polis ko bodo nak
Salahkan cg ke? Mmg patut la ko bodo aku rasa ko ni mmg keturunan bodoh sbb kturunan ko jenis jilat pelir org umno la..
Kalau ye pun jgnla berpelir-pelir, kan tak elok kalau omak kau baca eeee
DeleteBetul. Skrg cgu tak boleh nak bt APA klu budak tak buat keje seklh. Nasib x baik, kena saman
ReplyDeletesistem pendidikan yg ada sebenarnya bukan utk maju ke depan, sebalikyna makin mundur kebelakang.. terima lah nasib
ReplyDeleteAsyik salahkan murid, asyik nak debik, nak denda. Kenapa? Kerana cikgu sendiri tak tahu camna cara nak belajar, tak pernah rasa naik pentas ambil hadiah di hari ucapan dan penyampaian hadiah. Tak percaya? Cuba minta cikgu-cikgu pamer result upsr dan spm depa tengok.
ReplyDeleteCai.....ko memang bagui sb cgu ko dah brjsya mngajor ko jd pengkritik yg hebat. Hasil cgu ko lah ko blh kenal tulis dn baca. Ilmu dn kejsyaan pd ko tu anugerah tuhsn ko dn cgu ko. Jangsn ko hina cgu ko walo pun depa x prnah ajaq hang tulih baca
DeleteFitnah jika sudah datang maka akan datang bersamaan dengannya kerosakkan sampai hari kiamat. Allah Ta'ala telah memperingatkan adanya fitnah, cuba perhatikan firman-Nya:
ReplyDelete{وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ} [الأنفال: 25]
Ertinya: "Dan peliharalah dirimu dari pada fitnah yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya"