MISI DAN VISI KHALID IBRAHIM
Slogan: Menuju Reformasi Tulen
Mukadimah
Sebagai sebuah parti politik
yang bersandarkan islah atau perubahan dan penambahbaikan berterusan, para
pemimpin Parti Keadilan Rakyat bukan sahaja perlu mendakap dan mencerminkan
prinsip-prinsip asas reformasi dan politik berteraskan nilai, malah perlu mempunyai
keupayaan melahirkan, membentuk dan memperkasakan lebih ramai lagi pendokong
dan pejuang reformasi tulen yang tidak goyah atau gentar dengan tekanan,
paksaan dan godaan.
Inilah roh dan maksud reformasi atau pembaharuan yang sebenar yang menjadi paksi atau tonggak Parti Keadilan Rakyat. Ideologi dan budaya perubahan sebeginilah yang ingin diterapkan oleh Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat dalam segala aspek kenegaraan dan kemasyarakatan terutama dari segi ekonomi, struktural, institusi, politik, sosial dan perundangan.
Sebagai calon Timbalan Presiden yang memberi penekanan kepada unsur-unsur berkaitan “substance” berbanding “form”, saya ingin tawarkan dan akan terus perjuangkan enam (6) perkara berikut demi kemaslahatan anggota dan masa depan parti:

1) Menjadi tokoh terbaik untuk menterjemah dan memperkasa
hasrat dan intipati sebenar reformasi serta wawasan Ketua Umum di samping
bertindak sebagai jambatan permuafakatan dan perpaduan yang:
a. menolak prasangka perkauman, agama dan segala bentuk prejudis lain
b. meraikan kepelbagaian dalam apa jua bentuk dan sifat
c. merapatkan sebarang jurang atau perbezaan
2) Menginstitusikan dalam parti kecemerlangan urustadbir negeri Selangor berlandaskan prinsip kompetensi, kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti supaya:
a. keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian yang mudah, cepat, bersih dan bebas birokrasi dapat dicapai setelah segala proses dan prosedur disemak semula dan dikemaskinikan
b. mekanisme pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sejajar dengan niat, tindakan dan imej parti-parti komponen Pakatan Rakyat
3.
3) Memperteguh kedudukan kewangan parti demi pemberdayaan operasi dan aktiviti parti dari peringkat pusat ke akar umbi termasuk:
3) Memperteguh kedudukan kewangan parti demi pemberdayaan operasi dan aktiviti parti dari peringkat pusat ke akar umbi termasuk:
a. mewujudkan kompleks atau pejabat parti di setiap negeri dan cabang
b. memastikan dana cukup bagi semua aspek operasi dan kegiatan pusat, cabang dan ranting sama ada gerakerja politik dan pilihanraya umum/kecil, aktiviti kemasyarakatan untuk memenangi hati dan minda rakyat secara umum, dan sebagainya
4.
4) Memperkemaskan proses pendemokrasian, jentera pilihanraya dan sistem gerakerja parti secara keseluruhan supaya:
4) Memperkemaskan proses pendemokrasian, jentera pilihanraya dan sistem gerakerja parti secara keseluruhan supaya:
a. obor dan semangat reformasi tulen sentiasa marak dan menjadi darah daging semua anggota parti
b. perjuangan demi kebebasan dan kemakmuran bersama serta perjuangan menentang penindasan, penyelewengan, pembohongan dan penyalahgunaan kuasa sentiasa mekar subur
5.
5) Memperkasa kebanggaan, keyakinan dan kesetiaan anggota terhadap parti dengan dasar kepedulian dan keprihatinan mengenai kesejahteraan dan kebajikan akar umbi menerusi:
5) Memperkasa kebanggaan, keyakinan dan kesetiaan anggota terhadap parti dengan dasar kepedulian dan keprihatinan mengenai kesejahteraan dan kebajikan akar umbi menerusi:
a. penubuhan sebuah koperasi (sumbangan peribadi TSKI sebagai seed capital) khusus untuk anggota parti di bawah nama Koperasi Keadilan dengan pelbagai faedah sebagai ahli koperasi terutamanya untuk memberi manfaat kepada ahli akar umbi parti yang kurang bernasib baik dalam pelbagai segi termasuk pekerjaan/punca pendapatan, tahap pendidikan, keupayaan fizikal atau/dan mental, dan sebagainya
b. peluang pembelajaran berterusan terutamanya berkaitan hak asasi, undang-undang, politik, pentadbiran dan keusahawanan
6.
6) Menegakkan kebenaran dan keadilan serta memerangi kronisme dalam segala aspek dan bentuk dengan iltizam politik yang jitu tanpa sebarang rasa takut atau memihak supaya:
6) Menegakkan kebenaran dan keadilan serta memerangi kronisme dalam segala aspek dan bentuk dengan iltizam politik yang jitu tanpa sebarang rasa takut atau memihak supaya:
a. tiada amalan berpuak-puak atau monopoli kumpulan tertentu dalam parti
b. tiada pilih kasih dalam perlantikan, pemilihan sebagai calon, tindakan disiplin atau tata-tertib dan sebagainya.
kita tendang azmin sampai jatuh
ReplyDeleteSabo beb...itu budaya umno
Deletehanisya, aku akan bersama ko utk mempromosi khalid. azmin mesti diketepikan. pemimpin yg derhaka pada ibu dan mempergunakan rupa utk menambat hati dsai mesti ditolak
ReplyDeletekeza
Azmin sepatutnya terus menerajui PKR dgn Timbalan Presiden.
ReplyDeleteKes gambar dia dan aweknya mengulum kote belum dibuktikan lagi. Azmin bersih.