Monday, 13 October 2014

5 FOTO ... DUA ANGGOTA SEDANG BERTUGAS MAUT DITEMPAT KEJADIAN APABILA PONDOK POLIS RANAP KENA HEMPAP.



Dua anggota polis maut dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap kontena pondok polis akibat hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara malam tadi.
  
Dua anggota polis yang maut dalam kejadian kira-kira jam 7 malam di Jalan Bellfield, Kampung Attap di ibunegara itu dikenali sebagai Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, dan Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48.
  
Mohd Sharil Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala Dzulkhairi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah, kedua-dua mangsa bertugas dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dan ditugaskan di lokasi berkenaan yang menjadi pejabat setor menyimpan barang kes.
  
Bercakap kepada pemberita di Zon Kritikal HKL, beliau berkata hujan lebat petang tadi menyebabkan sebatang pokok tumbang lalu menghempap pondok polis itu.

Zainol berkata Allahyarham Mohd Sharil Hisham berasal dari Sabah manakala Allahyarham Dzulkhairi berasal dari Kerinchi, Kuala Lumpur.
  
"Anggota keluarga kedua-dua mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu," katanya sambil menambah bedah siasat akan dilakukan hari ini.
  
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan operasi mengeluarkan mangsa melibatkan 28 anggota dari balai Sungai Besi dan Hang Tuah.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un .... Al-fatihah

23 comments:

  1. Mana Rafizi!!!!! Rakyat Marhaen memerlukan kamu. Jangan lagi bising dengan Kongkang move sajerrr mulalah berbicara pasal rakyat Marhaen

    Mana Nurul Izzah !!! Mana Anwar !!!! Mana Wan Azizah !!!!. Ada isu macam ni mereka tak peduli, mereka hanya fikir pasal Dinasti keluarga.

    Mana DAP!!!!, mana cool DAP nak tolong orang dalam kesusahan, baik tolong Okotberfest !!!!

    Gang2 saya sebut diatas tu semua hipokrit. Tak Payah dengarlah torak mereka lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana hassan malek??..mana amat maslan?..mana sabri cik.?..mana najib..mana muidin...mana hisamudin?...ni semua mamat yg perintah masia...mana???...

      Delete
    2. Ye.. mana pemimpin yg perintah Malaysia? Bukan ke kejadian tu dalam WILAYAH PERSEKUTUAN??

      Delete
    3. Aloooo Mosabit 9:03 yang mereng, Cuba kao check tempat kejadian tu dekat dgn Parlimen Batu dan Parlimen Pantai. Bukan PKR menang kerr. Parlimen Bukit Bintang pun DAP menang. Caiss jangan bohong brader

      Cuba kaooo tanya sikit kat Anuar tu, Adakah dia contoh pejuang marhaen yang tulin, rakyat biasa cuma mampu naik bas, Anwar mampu pi oversea selalu2 . Rakyat biasa cuma mampu membina rumah-rumah setinggan di lembah Bukit Segambut, tetapi Anwar berjaya membina mahligai di atas Bukit Segambut.

      Aku tau kau nak kata pemimpin BN pun sama, Kalau sama maksudnya tak da beza la DAP, PKR dan BN. Kalau tak sama, reformasi tu kerja hipokrit la.

      Cibai punya Mosabit

      Delete
    4. WILAYAH PERSEKUTUAN bukan ke dalam Malaysiot? Mana rosmah mansor perdana menteri malaysiot? Mana menteri kebajikan umno kening lukis?

      Delete
    5. rafizi anwar nurul izzah ada.. kenapa?

      apa masalahnya. sebb umngok ni akan salahkan anwar dlm apa saja bencana. bencana kenaikan minyak dan barangan tk terkawal salah anwar juga. begitulah berjayanya pemimpin umngok menyumbat najis lembu dlm otak umngok.

      lain kali jgnla komen yg nampak bebal sgt lah. mcm otak zaman 60an lagi.

      nk jawab pun malu, tp ada masa ni jawab juga la.

      bukan melayu mudah lupa, tapi melayu umno mudah bodoh.

      Delete
    6. Anon 10:09 :-

      "Mana menteri kebajikan umno kening lukis?"

      hahahahaha lawak sungguhla

      Delete
    7. Tunggulah menteri cap ayam dulu, yang kening lukieh tu lawaq sembab hahaha..

      Delete
  2. Ramai ahli Politik suka benda glamer dari ambil tau rakyat yang susah. Mahkan petugas menjaga keamanan terkorban pun tidak diendahkan mereka, terutama dari PKR dan DAP.

    Kali ini, pusat membeli-belah One Utama menjadi penganjur kemuncak Oktoberfest pada 10 Oktober di Petaling Jaya, diikuti seterusnya di Jonker Walk pada 18 Oktober ini di Melaka.

    Tindakan segerombolan pemimpin kanan DAP dan PKR termasuk YB Lim Kit Siang dan YB Sivarasa Rasiah yang hadir ke majlis tersebut dengan alasan “mempertahankan hak orang yang minum alkohol” merupakan suatu perkara tidak wajar. Walaupun berada di pihak oposisi, mereka tetap mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat jonker walk melaker pun nak buat gak...johor pun nak buat gak...umno mana nii????..tak bunyi pun..mentang2 melaker dengan johor tu pkr yg perintah.....

      Delete
    2. Habis orang lain makan ayam tak sembelih, Mosabit pun nak ikut sama. Woii jadilah reformist sejati bukan reformist hipokrit style kajang move

      Delete
  3. Anwar pun senyap membisu. Yelahhhh tolong orang susah bukan dapat jadikan bini jadi MB.

    Betultak Admin????

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib pun sonyap yokk..tak nampak punnn..

      Delete
    2. Bodoh punya mosabit 9:04, Kalau Anwar la ni bukan PM pun dia tak peduli, Jadi PM lagi la. Woiii Reformasi 1998 sebab nak ambil pemimpin berjiwa rakyat dan patriot rakyat marhaen, bukan nak jadi pencacai hanjing mancam kamu

      Delete
  4. Hello Rafzi, pi melawat la keluarga mangsa. Rakyat bukannya senang macam gang2 Kongkang Move

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello zahid komidi...pi la lawat orang kamu tuuu...

      Delete
    2. Rafzi tu pembangkang Mosabit cibai woiii. Tak jadi menteri lagi dia tak peduli rakyat Marhaen. Woiii Reformasi 1998 sebab nak ambil pemimpin berjiwa rakyat dan patriot rakyat marhaen, bukan nak jadi pencacai hanjing mancam kamu

      Delete
  5. Sia2 Berjuang Bila Pemimpin DAP dan PKR Pertahan Oktoberfest tapi tak peduli kepada rakyat marhaen

    Tulang Ikan rasa sia2 perjuangan Tulang Ikan dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila ramai pemimpin2 PKR perjuangkan Oktoberfest dari ambil tahu hal rakyat marhaen

    Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Ikan selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Ikan yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu..

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 pemimpin2 PKR sendiri pegi buat kerja tolong benda keji tapai tak nak ambil tahu pasal rakyat miskin

    Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus tak nak ambil tahu hal rakyat marhaen umpamanya kes kematian 2 petugas keamanan.

    Jadilah kita orang yang saling kasih mengasihani dan bukan gang2 tamak kuasa

    TULANG IKAN
    Reformist Jalanan 1998

    ReplyDelete
  6. Ckp sini kuat bebenor. Time pru yg pro umno byk tak pg undi. Ckp je buat APA yop.

    ReplyDelete
  7. Org UMNO/BN semuanya bangsat dan celaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam biasa dengar je ungkapan ini kat tempat aku!!

      Delete
  8. Takziah kepada keluarga yang kehilangan insan yang dikasihi. Namun perkara ini adalah perkara lumrah dalam mana-mana jabatan kerajaan. Yang penting ibu pejabat, pejabat bos-bos besar lebih-lebih lagi kalau bos itu kerabat yang mulia atau dari keluarga elit. itu mesti dijaga, oleh itu tak hairanlah kalau ada pejabat atau unit kecil jabatan yang terabai hingga boleh ditimpa pokok atau digigit ular atau dilanda banjir. Ada jabatan bila bos besar nak datang, batu tepi pintu masuk pun dicat!! Itu belum lagi sapu cat pada tayar kereta!!. Oleh itu adalah perkara biasa kalau terjumpa jabatan yang guna mesin taip manual atau pun sampul surat besar dijadikan kulit fail atau pun rumah quarters dijadikan stor atau pejabat. Itu pun ada hajat nak jadi negara maju! Pirahhhhh!!!!!!Tindakan lepas ni mesti ada kontrak baru untuk membekal pondok-pondok polis yang dibuat dari besi tebal atau pun kereta Perisai V100 yang tersadai dijadikan pondok tapi kena ada aircond lah brade!!!

    ReplyDelete
  9. Tidak pernah ada pokok itu selama ini di situ, kenapa pada masa kejadian dgn tidak semena-mena saja tiba-tiba pokok itu muncul? Zahid Komedi Jawa sila jawab.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...