Monday, 13 October 2014

BERITA YANG MENGGEMBIRAKAN PARA PENDOKONG UMNO ... LEBIH 900 BARANG DIKENAKAN GST AKAN DIWARTAKAN HARI INI.



Senarai produk yang berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan diwartakan oleh kerajaan hari ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata senarai itu mengandungi lebih daripada 900 barang yang berada dalam "basket of goods" (kumpulan barang).

"Lebih 900 produk yang berada dalam 'basket of goods' akan diwartakan esok.

"Kita perlu mewartakannya lebih awal supaya langkah itu membolehkan peniaga menstrukturkan semula sistem perniagaan masing-masing apabila GST mula dilaksanakan tahun depan," katanya kepada pemberita di Ipoh, semalam.

Beliau berkata kementerian berkenaan juga bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi mewujudkan jalinan dengan sektor pengguna supaya dapat memastikan kenaikan harga tidak berlaku sewenang-wenangnya.

Ahmad Husni juga berkata satu badan pemantau secara kerjasama dengan persatuan pengguna di peringkat negeri dan nasional turut akan dibentuk.

"Setakat ini kita mempunyai tujuh persatuan pengguna, kita akan memberi bajet kepada mereka atas kerjasama dengan kerajaan untuk membantu orang ramai memastikan tidak berlaku kenaikan harga sewenang-wenangnya oleh penjual," katanya.

Di bawah GST, terdapat produk yang tidak dikenakan cukai di semua peringkat iaitu pengilang, pemborong, peruncit dan pembeli, katanya.

"Satu lagi adalah pengecualian GST atau 'exempt supply' iaitu cukai pada peringkat 'output' tidak perlu dibayar, maknanya rantaian daripada peruncit hingga pembeli tidak perlu bayar, tetapi di peringkat 'input', ia perlu dibayar," katanya.

Mengenai Bajet 2015, Ahmad Husni berkata ia adalah bajet kesinambungan sehingga tahun 2020 dan seterusnya yang memberi penekanan kepada ekonomi keperluan rakyat.

Sebagai contoh katanya, peruntukan untuk pembangunan infrastruktur di Sarawak seperti Lebuh Raya Pan Borneo adalah ekonomi modal fizikal tetapi memberi kesan kepada ekonomi keperluan rakyat, katanya.

"Ia (projek tersebut) membuka kawasan yang tiada hubungan infrastruktur, membuka hubungan rakyat, hubungan kawasan luar bandar-bandar. Untuk capai itu ia mesti datang daripada 'ekonomi modal fizikal'," katanya.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

27 comments:

  1. 47% sokong jerrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Satu lagi adalah pengecualian GST atau 'exempt supply' iaitu cukai pada peringkat 'output' tidak perlu dibayar, maknanya rantaian daripada peruncit hingga pembeli tidak perlu bayar, tetapi di peringkat 'input', ia perlu dibayar,"

      CAKAP BAHASA BERBELIT2 MACAM BABI TENGAH MELENGKOR
      MANALAH MAK CIK FELDA TAK HANGUK2 KEPALA....

      Delete
  2. Sia2 Berjuang Bila Pemimpin DAP dan PKR Pertahan Oktoberfest tapi tak peduli kepada rakyat marhaen

    Tulang Ikan rasa sia2 perjuangan Tulang Ikan dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila ramai pemimpin2 PKR perjuangkan Oktoberfest dari ambil tahu hal rakyat marhaen

    Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Ikan selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Ikan yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu..

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 pemimpin2 PKR sendiri pegi buat kerja tolong benda keji tapai tak nak ambil tahu pasal rakyat miskin

    Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus tak nak ambil tahu hal rakyat marhaen umpamanya kes kematian 2 petugas keamanan dan harga barang naik. Balik2 dia hanya pandai penaya TSKI sajerrr

    Jadilah kita orang yang saling kasih mengasihani dan bukan gang2 tamak kuasa

    TULANG IKAN
    Reformist Jalanan 1998

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang meroyan pasai pa.tau2 dok dalam kain bini.orang yang berusaha gigih tidak akan mendabik dada kecewa.hang plak nak jadi jurucakap san miguel.

      Delete
    2. Hahaha berjuang pun nak menunjuk.... panggil lah tv3 atau utusan meloya

      Delete
    3. Kek melako nak tarik pelanconggg guno air koncing setan... pehhhhh

      Delete
    4. Tak layak panggil pejuang la kalau mcm ni...

      Delete
  3. Kalau umno itu najis, pkr adalah kentotnya. Sama sama busok. Cuma beza kentot datang dalam bentok angin dan taik dalam bentok fisikal.
    Tentunya , perangai UMNo tetap berada juga dalam PKR.
    Umno memuja Mca, Pkr memuja DAP. Umno memusohi pas keran nak jaga china mca dan gerakan. PKR menghina Pas kerana sayangkan china Dap.
    Kalau umno fasik.menolak hukum allah maka PKR munafik kerana tudaj bersetuju dengan hudud keeana DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lagu tuh pas pon kira janda umngok la.

      Delete
  4. Lu tengok rakyat susah yang bising Mahfuz, Tian Chua, Mujahid, Nik Aziz, Che Gu Bard dan ada sikit2 lagi Yang lain membisu. Mana Anwar, Mana Saifuddin. Reformasi konon. Yang aku nampak komited gn rakyat YB2 PR yang tak bising.

    Bila rakyat tak mampu beli rumah yg bising Che Gu Bard, Mujahid, Mahfudz dan Tian Chua. Yg lain buat apa? Elaun bukan untuk beli cendol Anwar woiii

    Rafizi lagi larrr, anggot polis meninggal waktu bertugas ka, Orang Miskin ka, anak yatim ka peduli apa dia, janji strategi untuk Boss dan Bini Boss.

    Refomasi mesti bermula dlm Parti

    Yang Benar
    Boy Ulu Yam
    Reformist Grassroot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reformis dalam kain bini.lu kecoh bukan kuar tibi 3 suku pon

      Delete
  5. Gang Kongkang Move penipu.

    ReplyDelete
  6. LGE dan Anwar ada cakap pasal rakyat tak boleh beli rumah?

    ReplyDelete
  7. Yahoo! Yahoo! Melompat lompat penyokong UMNO/BN mcm beruk mat yeh bila mendengar berita kenaikan harga barang

    ReplyDelete
  8. Gst..gst..hasil berbilion2...apalagi bajet tambahanlah pok jib.jgn tangguh tuai utk kak mah.

    ReplyDelete
  9. Umno/bn dh terdesak nk bernafas sbb hutang negara dh melebihi siling, sekarang ni desak rakyat pulak utk bayar tp najib suami isteri dan pemimpin umno/bn tetap jugak joli katak. Memang celaka lh hidup puak2 ni..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat disuruh makan kankong, dia makan sedap2 semua free, cilaka lahanat punya najib, rosmah dn pimimpin umno/bn... makan lh duit haram tu sebanyak banyaknye sebelum kau org mampooos...

      Delete
    2. Salam,
      Senang cerita kroni2 vvip makan isi daging rakyat makan sisa tulang lepas tu tak cukup lagi tulang sekali mrk nak rampas. Macammana rakyat nak hidup kalau begini cara pemerintahan utamakan rakyat bela rakyat.

      Delete
  10. Ikut nasihat menteri cap ayam, kalau nampak 900 barang kena gst, kita beli pula barang 1000 serba satu tidak tersenarai.kang kong kan ader..

    ReplyDelete
  11. Beli sayur kang kong, cari ayam harga seringit, kalau nak ikat perut cam menteri dumno boleh juga.yang penting rajin bersukan tapi jangan menari pocok2 atau zumba, kita perbudayakan pula lenggang kangkuuunngg.

    ReplyDelete
  12. Jemput artis luar gang nam kang kong style akan datang kene gst ker.Takqn menteri cap ayam takda pikiaq pasai ni

    ReplyDelete
  13. Najib menzalimi rakyat secara berpura pura dgn sopan santun, bahasa baek, memberi kata2 semangat membela melayu sampai menyembur air liur, buat semua ahli2 umno karat tangkap lentok dn lupa diri...dlm diam2 kantung najib penuh melimpah limpah dgn wang ringgit dn hidup dgn serba kemewahan... memang celaka lh hidup kau yg semata mata meraih keuntungan dr keringat rakyat....

    ReplyDelete
  14. Ikan bilis murah lagi. Dalam sekilo ada berapa ekor ? Harga pon tak sampai RM10/kg. Yeaayy !! Dpt BR1M thun dpn nk guna wat beli ikan bilis byk2..smpan wat stok

    ReplyDelete
  15. Umno yakin akan terus menang dlm pru sampai hari kiamat, tu lh pasal dia berani buat sesuka hati, dengan stok melayu bodoh + bangla + indon + nepal + mynmar + vietnam + negro sudah lebih mencukupi kuat utk menang. Umno akan balun secukupnye khazanah negara sehingga kering kontang ....

    ReplyDelete
  16. orang orang umno sama saja di mana mana - perut besar , badan besar , muka bahalol , dan otak singkat....

    rata rata muka melayu saja.

    ReplyDelete
  17. SELAMATKAN MALAYSIA

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...