Saturday, 4 October 2014
5 FOTO ... KEMALANGAN MAUT MERAGUT DUA NYAWA MELIBATKAN EMPAT KERETA DAN SEBUAH TRELER BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA.
Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Terowong Menora di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala kesemua mangsa terbabit adalah seramai 15 orang.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.
Katanya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki Tol Ipoh dan keluar ke Tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Hati-hati di jalan raya....semoga allah pemudah kn smua urusan...amin
ReplyDeleteLori trailer dan bas adalah pembunuh....kalau memandu macam setan...yang menghairankan macam dia setan2 ni boleh dapat lessen. majority mereka tidak tahu menulis atau membaca Melayu dan English ....bagaimana mereka dengan senang dapat lessen memandu trailer.....SPRM kenan siasat bagaiman pemandu lori atau bas boleh lulus lessen memandu lori dan bas...
DeleteKalau Di England, sekolah memandu dan pegawai JPJ yang meluluskan lesen pemandu trailer ini boleh dipenjara sebab meluluskan lesen memandu kepada yang tidak layak...Come on Menteri, selamat kami yang dari setan2 yang berraja di highway...Hukum pegawai JPJ dan sekolah memandu yang mengeluarkan
sedih lah , bila raya saja mesti ada mati accident keta....
ReplyDeletetak balik kampong agak2boleh mati ke ?
?? Ko ni
Deleteingatlah mati boleh berlaku di mana saja samada di daratan di lautan atau di udara...
Deletebila tiba masanya ia akan kembali menemui tuhannya...
manusia hanya perlu berusaha mengelakkan bahaya......
jangan menempah maut..tetapi maut tetap akan mengenai kita...
INNALILLAH...
ReplyDeletePENDAPATAN SAMPINGAN BUAT RAKYAT MARHAEN..
MOGA2 BERMANFAAT..IN SYAA ALLAH..
www.needjiadi.blogspot.com
Tidak adakah upacara berkabung mcm MH17? Patut diberi penghormatan negara pd mangsa yg terkorban.
ReplyDelete