Wednesday 8 October 2014

INGATKAN DAH TUKAR MB BAHARU SUDAH TIADA LAGI GANGGUAN AIR ... GANGGUAN BEKALAN AIR MULAI ESOK DI EMPAT DAERAH SELANGOR.



Beberapa kawasan di 4 daerah Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada Khamis ini (9 Oktober) mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gangguan itu berikutan kerja pembaikan saluran paip oleh Konsortium Abass Sdn Bhd di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

Katanya, pada masa sama pihak Syabas turut melaksanakan kerja menaik taraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan.

Menurutnya, di Sepang, kawasan yang terjejas ialah Bandar Baru Salak Tinggi, IOI Sepang, Mardi, Suria Tropika, D'Alpinia, Jenderam Hilir, 16 Sierra dan Sungai Buah.

Di Petaling, kawasan terjejas ialah Bandar Bukit Puchong, Bandar Putra Permai, Bukit Puchong, Bukit Serdang, Kota Perdana, Lestari Perdana, Meranti Puchong, Lestari Puchong, Pinggiran Putra, Taman Universiti Indah, Taman Puncak Jalil, Pasar Borong Selangor, Hospital Serdang dan Astro Bukit Jalil.

Di Hulu Langat, kawasan terjejas ialah Bandar Sri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Kampung Rinching Hilir, Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Kampung Sungai Purun, Semenyih, Mines Resort dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Kawasan yang terjejas di Gombak ialah Air Panas Setapak, Hospital Columbia, Jalan Semarak, Taman Danau Kota, Kampung Bandar Dalam, Taman Prima Setapak, Jalan Genting Kelang, Jalan Langkawi, Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak.

Syabas menasihati pengguna supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip Puspel dan dihantar ke 39222 untuk pertanyaan lanjut.

Maklumat lanjut tentang gangguan bekalan air sementara ini juga boleh didapati di laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. – Bernama

JANGAN TERKEJUT JIKA ADA MACAI JUMUD YANG MEMBUAT TUDUHAN INI ADALAH KONSPIRASI TSKI UNTUK MEMBURUK-BURUKAN KERAJAAN SELANGOR YANG DIPIMPIN MENTERI BESAR BAHARU.

35 comments:

  1. janagn tuduh orng macai sekiranya ada yang mengatakan ini sabotaj dari Khalid IbrahimSOALNYA yang kau belum apa-apa lagi dah bagi amaran macai.nampak sangat kau ni masih lagi memberi lalauan kepada khalid,sudah lah omak kau bertugas untuk masyakat semua.yang lepas biarkan sahaja.kalau kau rasa termakan budi dengan Khalid padamkan gambar kau yang memakai baju Keadilan dan kau guna gmabar Khlaid,Sekarang ini Mb baru Selangor Azmin Ali,Kau masih mengigua ke

    ReplyDelete
  2. scara logik kne trima bhwa ctuan air ini adlh dsbkn pnmbhbaikn salurn paip. x pyhlh mbuat andian yg ngatve. bgtu jga bnjr kilt jgnlh cpt mnuding jri kpd parti yg dbenci. sb bnjr ni bukn sja blku dkwsn trtentu dtmpt yg x prnh kne bnjr pn bolh blku sprti dsabah hri ini. adakh patut.kta myalhkn.klemhn parti bn dlm hal ini. angplh cuaca skg x mnentu.

    ReplyDelete
  3. Awat omak kau berhujah sedemikian? Ianya bukan menunjukkan kepintaran tapi kebodohan. Selagi syarikat konsesi air tu milik UMNO, jangan dok harap perkara ni boleh selesai dengan pantas. Ini sama juga dengan kes sampah. Yang dok bagi kontrak ialah kerajaan pusat tapi yang kena padahnya ialah kerajaan negeri.
    Omak kau berbincang dengan waras walaupun kau tak suka MB baru ni. Nampak sangat kebencian yang meluap telah menjelmakan Omak Kau tidak waras, tidak logik dan tidak membina hujahnya.
    Bangkang dengan hujah yang bernas ... itulah kehendak dan tatacara Islam. Jangan pakai tuduh macam UMNO. Depa yang dok buat kerja nakal dan depa dok tuduh orang lain yang buat. Kita menentang kezaliman dan bukan individu.

    ReplyDelete
  4. budaya fitnah sudah menular di kalangan cybertrooper PR...gangguan air tu sebab nak repair paip air....bkn sebab bekalan air berkurangan......tolonglah jgn fitnah.....tau la OMAK KAU orang TSKI....terima MB baru dengan hari terbuka......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tumpang mandi rumah anuar tak? Kalu mintak air kat rumah azmin bole ker? Tumpang mandi rumah rafizi buleh?

      Delete
    2. Tumpang mandi umah bapak ko bole la..hehehe

      Delete
    3. 0902...rumah bapak aku pon tak ada air.
      tumpang mandi rumah rafizi buleh?

      Delete
  5. Dulu kemain macai2 azmin kutuk khalid tak pandai urus air..sekarang korang jilat balik ludah korang tu..

    Aku ingat bila azmin jd mb selesai masallah air rupa2 nya retorik jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh...ko nie...ko ingat projek air tu bawah azmin ker...kan dia bawah khalid....sedangkan perjanjian pun azmin tak tau......ko tanyalah khalid pasal kerosakan paip tu.....bodoh betul omakkau nie....dan geng2....ko ingat paip tu boleh rosak kut......kalu rosak kene repairlah....kalu rosak tak direpair...bolehlah korang bising....mangkuk ayun punyer....pecacai2 khalid nie.....khalid tak seberapa dia org yg lebih2....

      Delete
    2. Boleh tumpang mandi rumah anuar tak? Kalu mintak air kat rumah azmin bole ker? Tumpang mandi rumah rafizi buleh?

      Delete
  6. Maaf sekadar bertanya..layakkah saya nak jadi macai PR sebab saya tak pandai memfitnah, mengadu domba dan maki hamun hurmmm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe...asalkan ko mudah dan senang dijuboq,dibodohkan dn dikelentong.

      Delete
  7. Omak Kau....Patut tajuknya , Dah Buat Perjanjian Beli Konsesi Air kenapa ada Catuan lagi.Maknanya kena tipu dgn UMNO la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tumpang mandi rumah anuar tak? Kalu mintak air kat rumah azmin bole ker? Tumpang mandi rumah rafizi buleh?

      Delete
    2. Minta lah mandi kat Rumah TAuke Syabas yg dah untung Berbillion hasil jualan air.Siapa agak nya Tauke tu Ye....

      Delete
  8. Omak kau nak jadi pencacai tv3 suku dan sewaktu dengannya.macamlah negeri dan daerah lain tidak menghadapi masaalah air.

    ReplyDelete
  9. MB Azmin baru brape ari jd MB, mana mungkin boleh selesai masalah air ciptaan syabas... ganti pengurusan tertinggi syabas.. insyaallah segalanya selesai.. yg seronoknya macai2 berok ciptaan UMNO kembali beraksi dlm blog ni dgn pakej yg menarik...hehehe

    ReplyDelete
  10. Oh yer bila nak dedah dokument langat 2 tu..tak sabo2 aku nak tgk..jgn ckp pusat tak bg dedah sudah..

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni kat blog omakkau banyak betul macai ketum komen..azmin bayar kut..kah kah kah

    ReplyDelete
  12. sudah nampak kebusukan omak kau. sepatutnya ko berusaha utuk penambah baikan bukan pencacaian

    ReplyDelete
  13. Sepatutnya blog omak kau ni kena bebas dari sentimen team2 tertentu dalam parti. Dan blog ni hanya utk lawan UMNO bukan lawan sesama sendiri. Saya tau omak kau mmg tak puas hati dengan team azmin. tapi blog ni bukan tempat dia.

    ReplyDelete
  14. Azmin tu bukan suci pun....cuma berlagak suci aja.yg buruk semua peninggalan Khalid...yg rm3billion ketua ko tu lahap sangat ko tak sebut pun...

    ReplyDelete
  15. Oh ...Ada tempat tempat ye...team Azmin serang khalid tak Kira tempat.siap jelajah satu Selangor lagi..bukan saja serang Khalid..rakyat yang mengundi Khalid pun kena hukum...pukimak anon 09:40

    ReplyDelete
  16. Rasanyer bloger omak kau has to move forward dan berlapang dada...bersikap terbuka...budaya perli memerli budaya lama....jgn la nnt kita dikatakan ketingalan zaman...tolak -ve... ambil +ve...yg penting kita ikut suara majoriti....rakyat dpt manfaat....

    ReplyDelete
  17. ye la kita pun jgn la ikut jadi lembu macam diorg. Dua2 pihak yg bertelagah pun aku tak setuju

    ReplyDelete
  18. Adakah SYABAS masih berkuasa?
    Siapa sebenarnya menentukan kawalan air di Selangor?
    Apa kuasa kerajaan negeri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tumpang mandi rumah anuar tak? Kalu mintak air kat rumah azmin bole ker? Tumpang mandi rumah rafizi buleh?

      Delete
  19. Tahniah omak kau..kita terjah mb baru ni...jgn bg dia senang duk dlm ofis...ingat senang2 nak jd mb...hidup tski..hidup omakkau blog...

    ReplyDelete
  20. Mb baru akan tuai apa yang dia tanam...dia bukan maksum...dia akan buat kesilapan juga...2017 nanti kita ajar sama dia.

    ReplyDelete
  21. Anon 07:43 ko lagi samdul...setakat nak kritik mb pun sampai kena tanggal baju keadilan apa otak ko dah mereng ke????? Nabi pun kena caci dan kena baling batu. azmin siapa????

    ReplyDelete
  22. dahhh dahh jgn bergadoh, nanti najib bagi brim

    ReplyDelete
  23. hujah omakau mcm org yg kelemasan tgh laut di campak tin biskut pun omak kau berpaut

    nak bantai azmin pun biar lah bertempat (Logik dan berakal)

    tahu lah omak kau nak beralih angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tumpang mandi rumah anuar tak? Kalu mintak air kat rumah azmin bole ker? Tumpang mandi rumah rafizi buleh?

      Delete
  24. Ada peluang beralih elok teruskan je omaakau..apa ada lagi pd PKR ni..buang masa je berjuang last2 sama je perangai rakus mcm umnongok tu..tak kurang malahan lebih

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...