Wednesday, 8 October 2014

KALAULAH TGHA ATAU TSKI YANG BERKATA SEBIJI MACAM INI ... AGAK-AGAK APAKAH TONY PUA AKAN CAKAP?????


"langkah kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dengan diikuti program rasionalisasi subsidi yang diamalkan kerajaan adalah tepat dari segi dasarnya".


Yang mengeluarkan kenyataan ialah TGHA atau TSKI .. cuba pejamkan mata dan bayangkan .. apakah kata-kata yang terhambur keluar dari Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua?

TGHA sudah nyanyuk????  .. TSKI sudah dibeli dan dibawa lari UMNO?????

Sebab itu kena terima hakikat bukan semuanya yang datang dari UMNO/BN itu buruk-buruk belaka bukan semua yang datang dari DAP itu Cekap, Akautabiliti dan Telus belaka.

Yang salah kena kritik dan tegur secara membina tidak kira siapa pelakunya ... yang benar wajar diberikan pujian dan penghormatan.

Jangan bersifat benci merata kasih bertompok-tompok.


Panel dalam forum "Rasionalisasi Subsidi: Membantu Rakyat atau Tidak" anjuran kumpulan Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya (UM) berpendapat, langkah kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dengan diikuti program rasionalisasi subsidi yang diamalkan kerajaan adalah tepat dari segi dasarnya.

Mereka berpendapat dengan langkah itu, kerajaan dapat mensasarkan pemberian bantuan secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah, berbanding subsidi bahan api yang dinikmati semua golongan tanpa mengira taraf kedudukan sosial mereka.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berpendapat, langkah rasionalisasi subsidi perlu dilaksanakan dalam jangka masa panjang bagi mengelakkan rakyat merasa kesan langsung peningkatan harga barangan secara mengejut.

"Saya setuju cara subsidi diberikan perlu dirombak, tetapi ini tidak bermakna subsidi petrol perlu dimansuhkan secara langsung kerana ada pihak yang memerlukan subsidi," katanya yang merupakan salah seorang ahli panel dalam forum yang dianjurkan di Anjung Amjal, Kuala Lumpur malam tadi.

"Cara BR1M lebih baik. Memang BR1M boleh disalah guna untuk politik, betul... tetapi terus dapat diterima oleh penerima yang layak," katanya.

"BR1M dari segi dasar lebih baik daripada subsidi, adakah subsidi minyak adil bagi semua pihak? Tidak,” kata setiausaha publisiti DAP itu.

Beliau turut berkata, subsidi juga bukan masalah pertama yang perlu dikurangkan perbelanjaannya oleh kerajaan.

"Memang perlu kurangkan subsidi beransur-ansur dalam jangka panjang," katanya.

Beliau bagaimanapun melihat keperluan untuk pengangkutan awam dan tahap pentadbiran kerajaan yang lebih efisyen menangani ketirisan serta rasuah seharusnya diperbaiki sebelum rasionalisasi subsidi dilakukan.

"Kalau hendak naikkan harga petrol, perlu ada alternatif untuk rakyat.

"Kita perlu ada sistem pengangkutan awam yang efisyen untuk rakyat sebelum menaikkan harga minyak," katanya.

3 comments:

  1. mamat ni gila..klau dia ckp smua ok..klau parti lain,terpekik terlolong

    ReplyDelete
  2. Kih.kih.kih.simata sepet nie giler aper ker.lancau ler tony phua aqua.bodoh giler punya statement.

    ReplyDelete
  3. Aku pun dah naik muak dgn tony phua ni....hampesssss

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...