Monday 6 October 2014

MANA-MANA KETUA KAUM DAN KETUA MASYARAKAT BAWANG ASSAN TIDAK SOKONG KERAJAAN BN SARAWAK AKAN DIPECAT.



SIBU: Ketua kaum dan ketua masyarakat kawasan N.47 Bawang Assan yang didapati tidak menyokong kerajaan mungkin akan ditamat perkhidmatan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit berkata, ini kerana pelantikan semula ketua kaum seperti tuai rumah terpulang kepada budi bicara wakil rakyat atau menteri terbabit.

“Justeru, di Bawang Assan ini, pelantikan semula ketua kaum atau tuai rumah bergantung kepada wakil rakyat di sini, Dato Sri Wong Soon Koh,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Ketua Kaum N.47 Bawang Assan, kelmarin.

Majlis dihadiri ADUN Bawang Assan merangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pau Kiew Chuan, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Datuk Andrew Wong serta yang lain.

Menurut Andrew, 93 tuai rumah dari N.47 Bawang Assan telah menyuarakan sokongan kepada wakil rakyat mereka sementara enam menolak sokongan terhadap Wong.

Beliau juga menyuarakan rasa kesal dengan keenam-enam tuai rumah itu yang membelakangi wakil rakyat tersebut meskipun sebelum ini mereka dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN).

Andrew turut mengingatkan semua ketua kaum di Bawang Assan agar tidak ragu-ragu dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP) serta wakil rakyat yang dilantik.

Ini kerana katanya, UPP secara dasarnya diterima masuk ke dalam keluarga BN serta menjadi BN Plus.

“Jangan mendengar khabar angin pihak tertentu yang mengatakan UPP bukan dalam BN,” katanya sambil menggesa rakyat di Bawang Assan supaya menyokong wakil rakyat mereka.


5 comments:

  1. Kah kah kan dah betul semua parti politik pentingkan diri sendiri. Kalau tak sokong dan sehaluankena halau keluar.
    Contoh dalam pas dah ada. Mana ustaz yang tak sehaluan akan sipecat. Tanpa pembelaan.
    Dalam pkr pun dah ramai kena pecat.
    Dalam dap pun ramai ahli kena pecat.
    Sampai iszuree ahli pas pun guan eng pecat sebab tak boleh ditegur.
    Jadi ini tak heran . Ini memang mainan orang politik.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Malaysia tak ada malah belum demokrasi walaupun dilaung demokrasi sebab hanya utk kenyakinan kepentingan party. Bila memerintah mrk ingin nak jadi raja buat sesuka mrk lagi mengaut kekayaan bila mrk bela rakyat??? Hanya rakyat bodoh kurang pendidikan sj sokong membabibuta kerana wang maruah entah kemana. Kalau betul negara ini demokrasi biar rakyat pilih siapa pemerintah mrk mahu malah kuasa bersuara di buka seadilnya. Malaysia masih ketinggalan malah akan dikejar negara membangun yg sebelum ini mundur dari malaysia. Kenapa???? Apa???? Sebab??? Masih tak mengaku lagi diri tak mampu malah tiada buah fikiran yg bernas utk memerintah negara yg punya kekayaan minyak namun masih gagal.

    ReplyDelete
  3. Dah pesan lama dah-Sabah dan Sarawak keluar je dari Malaysia-Dahlaa selalu kene rompak dgn org UMNO/BN tapi masih tak belajar lagi-kalau dikutkan kekayaan minyak Sarawak dan Sabah bole buat lebuhraya satu Borneo-Tlg jgn bgi kekayaan anda pada puak2 UMNO/BN-Sabah for Sabahan and Sarawak for Sarawakian-

    ReplyDelete
  4. Sedey aku tngok rumah panjang ni miskin betol kat afrika ke ni?

    ReplyDelete
  5. Depa ni semedang kena tipu dek umno/bn sbb kedaifan hidup, 57 tahun memerintah, pru bersilih ganti depa hidup kt tahap tu jugak, ada yg dh pandai sikit nk bersuara kena pecat, zalim sungguh umno/bn, depa hanya digunakan utk menang pru saja, celakalh hendaknya umno/bn ....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...