Monday, 6 October 2014

SUARA SONGSANG DALAM KEPIMPINAN UMNO ISU MINYAK NAIK 20 SEN SELITER ... TIADA KEDENGARAN PUN NAJIB RAZAK MAU AMBIL TINDAKAN KEATAS PEMIMPIN INI.



Walau pun Dato' Seri Najib Razak teruk dikritik dan di serang setiap kali kerajaan membuat keputusan untuk naikkan harga minyak namun tiada lagi ada sebarang tindakan disiplin diambil keatas mana-mana ahli UMNO kerana bersikap lantang secara terbuka.

Tidak pula lagi kedengaran Najib Razak ugut akan pecat mana-mana ahli UMNO hatta pemimpin yang kritik dan berlainan pandangan dan pendapat dengan beliau.

Bab ini walaupun Omak berlainan anutan dan kepercayaan parti, wajar memberikan tabik hormat kepada Najib Razak atas sifat berjiwa besar dan tenang menghadam segala kritikan tanpa melatah membalas dendam dengan cara ambil tindakan disiplin.

Tidak mengamalkan politik dendam kesumat .. berlapang dada berdingin kepala.

Meraikan perbezaan pendapat dan hormat pendirian ahli .. Sebab itu walaupun dikritik sehebat dan selantang mana kena akui juga Najib bukan semakin lemah dan goyah dalam kepimpinan UMNO, sebaliknya semakin teguh dan mantap.

Apakah ini wujud dalam parti yang melaungkan cekap, akauntabiliti, reformasi, ketelusan, keadilan, keterbukaan dan kebenaran?????

Diperturunkan suatu rencana yang ditulis oleh Ahli Parlimen Pulai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Hari ini umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban di Malaysia dan sudah pasti kemeriahan mengorbankan lembu dan kambing sedikit terjejas dengan pengurangan subsidi petrol RON95 serta diesel sebanyak RM0.20 sen berkuatkuasa tengah malam Khamis lalu, 2 Oktober.

Mungkin kerajaan cuba mengambil mood Hari Raya Korban untuk menurunkan subsidi bahan api berkenaan, sekaligus meningkatkan harganya di pasaran dengan memberi isyarat mahu rakyat turut ‘berkorban’ kesenangan mereka selepas sejak 1997 menikmati subsidi untuk bahan api berkenaan.

Langkah yang dianggap sementara untuk menangani krisis mata wang Asean pada ketika itu, diteruskan semata-mata untuk ‘membeli’ sokongan rakyat kepada kerajaan.

Kemarahan rakyat jelas terasa dan ia dapat dilihat dalam setiap komen yang saya baca di media sosial dan ada yang mengutuk serta mengecam rakan-rakan Kabinet saya dengan perkataan mencarut akibat kenaikan harga bahan api.

Yang jelas terasa adalah golongan masyarakat bandar serta separa bandar yang menggunakan kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja dan rasa sakit serta luka itu ditambah lagi dengan kenaikan harga barangan yang akan menerima kesan rantaian akibat pengurangan subsidi bahan api sebanyak RM0.20.

Rata-rata komen yang saya dapat adalah rakyat langsung tidak menyangka kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baru mendapat mandat memerintah Malaysia selama 17 bulan boleh bertindak mengurangkan subsidi bahan api berkenaan sebanyak dua kali selepas melakukannya pada 2 September 2013.

Kehairanan rakyat bertambah kerana kerajaan BN langsung tidak menghiraukan isyarat mereka bahawa parti Umno dan BN tidak lagi popular selepas PRU13 dengan hanya 48% undi popular dalam pilihan raya umum berkenaan.

Strategi jelas yang digunakan Putrajaya kini untuk menangani kemarahan rakyat akibat kenaikan harga RON95 serta diesel akibat pengurangan subsidi adalah pada 10 Oktober 2014 ini bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1435 Hijrah.

Tepat jam 1530 pada hari itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2015 yang sudah pasti cuba mengimbangkan kemarahan rakyat dengan memberikan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban rakyat yang semakin bertambah.

‘Umpan’ yang akan terus digunakan adalah meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai senjata paling ampuh kerajaan BN memenangi hati rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Sejak BR1M diperkenalkan, saya konsisten dengan kenyataan bantuan ini tidak boleh diteruskan kerana akan menjerat kewangan kerajaan seperti ‘pasir jerlus’ dan semua sedia maklum bantuan ini juga adalah satu subsidi daripada kerajaan.

Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed juga menentang pemberian BR1M  yang digambarkan beliau sebagai satu bentuk rasuah kepada rakyat untuk mengundi BN.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam reaksi segera selepas pengurangan subsidi bahan api berkenaan menyatakan subsidi kerajaan untuk bahan api berkenaan dinikmati golongan kaya serta berpendapatan sederhana manakala bakinya golongan miskin.

Jadi timbul persoalan: mengapa subsidi ini diteruskan begitu lama sebelum ini?

Dalam kata lain, adakah selama ini kerajaan BN mementingkan mereka yang kaya dan selepas PRU13, baru menyedari golongan ini kurang menyokong parti dan keistimewaan dalam bentuk subsidi juga perlu dikurangkan atau dihapuskan.

Sebaliknya, menjadikan BR1M sebagai satu inisiatif menarik 30% sokongan rakyat kurang berkemampuan membuktikan kerajaan benar-benar mengambil berat terhadap kehidupan serta kesejahteraan mereka.

Justeru saya berpendapat kerajaan perlu berhati-hati dalam meneruskan dasar BR1M ini, kerana pemberian tunai secara ‘one-off’ ini tidak memberikan banyak kesan dalam membantu kehidupan rakyat secara keseluruhannya yang terus terjejas dengan kenaikan harga barangan dan sara hidup akibat pengurangan subsidi bahan api.

Pada masa sama, pemberian BR1M yang sudah pasti dimasukkan dalam Bajet 2015, memerlukan penilaian teliti serta halus daripada kerajaan, terutama sekali daripada golongan profesional berkecuali yang dapat memberikan input sebenar sama ada bajet berkenaan benar-benar memberikan manfaat secara holistik kepada rakyat.

Atas sebab itu, saya beberapa kali menyatakan dalam media massa sebelum ini sudah sampai masanya Parlimen Malaysia sebagai badan tertinggi pembuat keputusan menubuhkan ‘Office of Budget Estimate’ (OBE).

Pejabat ini akan dianggotai golongan profesional serta berkecuali daripada pengaruh kerajaan akan dapat meneliti dengan segera bajet yang dibentangkan kerajaan selepas ia dibawa dalam pembentangan di Parlimen.

Melaluinya juga, Ahli Parlimen dan rakyat akan mendapat segala input yang berkecuali dan bebas dalam memastikan bajet yang disediakan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) benar-benar menepati apa yang dimahukan rakyat bukannya kerajaan menentukan apa yang hendak dilakukan dengan wang rakyat.

Ini sekaligus memudahkan Ahli Parlimen untuk membahaskan bajet berkenaan, tidak seperti amalan sebelum ini kerana selama ini wakil rakyat tidak mendapat input daripada pakar dan mencari maklumat sendiri.

Input daripada badan ini juga akan menjadikan bajet lebih telus dengan memberikan analisa bajet lebih terperinci kepada rakyat.

Langkah ini bukanlah tidak percaya kepada MoF dan EPU tetapi ia adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kerajaan, terutama sekali membabitkan peruntukan besar seperti BR1M selain projek mega seperi Perumahan Rakyat (PR1MA), MRT, HSR.

Dan input awal ini juga memberikan malumat lebih awal kepada kerajaan mengenai segala kemungkinan sesebuah cadangan kerajaan akan berjaya atau tidak.

Ini juga akan membolehkan kerajaan mengkaji semula projek-projek mega jika didapati mempunyai unsur pembaziran dan ketirisan.

Ia membolehkan kerajaan mengurangkan bajet tambahan yang menjadi satu kelaziman dalam pentadbiran kerajaan serta menjadi kritikan pembangkang yang menyatakan kerajaan tidak tahu membuat bajet tahunan.

OBE ini bukan satu perkara baru dan ia sudah lama dipraktikkan di negara maju seperti Amerika Syarikat serta Australia dan dengan pembabitan wakil rakyat pembangkang dalam jawatankuasa yang dibentuk bagi OBE ini membentangkan maklumbalas mereka, kerajaan benar-benar akan dapat menguasai segala maklumat yang diperlukan dalam menyediakan bajet.

Ketika ini banyak dasar yang cuba dilaksanakan dalam bajet kerajaan dilihat sebagai tidak menepati apa yang dimahukan rakyat dan lebih teruk lagi, menjadi modal pembangkang membelasah kerajaan kerana digambarkan sebagai membelakangkan kemahuan rakyat.

Selain itu, ada juga insiatif dalam bajet yang menjadi bahan lawak kerana ia dilihat sebagai tidak masuk akal untuk dilaksanakan berikutan senario politik serta kewangan kerajaan yang kurang kukuh.

Contoh terbaik adalah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagaimana hasrat murni kerajaan membina sejuta rumah dalam tempoh lima tahun seperti mana dalam manifesto BN ketika PRU13 dan peruntukannya dimasukkan dalam bajet kerajaan.

Saya sendiri pernah menyatakan dalam wacana Sinar Harian sebelum ini, adalah mustahil untuk kerajaan membina rumah sebanyak sejuta unit memandangkan pembinaan rumah oleh syarikat pembinaan swasta hanya pada kadar 300,000 hingga 400,000 unit lima tahun dan ‘track record’ agensi kerajaan seperti Jabatan Perumahan, Syarikat Perumahan Negara termasuk UDA yang pernah saya pimpin dulu hanya menyumbang kira-kira 20,000 unit rumah di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

Namun, hingga hari ini, impian berkenaan dilihat amat sukar dilaksanakan, terutama sekali dalam kekangan kewangan kerajaan dan mereka yang layak untuk mendapat rumah PR1MA ini.

Ini kerana kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk membeli tapak rumah PR1MA selain kos pembinaan rumah terpaksa disubsidi oleh kerajaan.

Di pihak pembeli pula kerajaan terpaksa ‘menjamin’ mereka tetapi apa yang akan berlaku jika pemiliknya meninggal dunia atau pasangan itu bercerai, bagaimanakah mekanisme untuk rumah PR1MA ini dan segala persoalan masih lagi kabur di kalangan rakyat.

Atas sebab itu ingin saya tegaskan ketika inilah peranan OBE amat kritikal untuk meneliti segala implikasi kos dalam kerajaan melaksanakan projek PR1MA yang membabitkan masa bertahun-tahun.

Alangkah baik jika segala kos dapat dijangka sekarang dan sekiranya program PR1MA tidak lagi berkemampuan daripada segi kewangan untuk dilaksanakan, lebih baik kerajaan mengkaji semula tetapi maklumat seperti ini, berharga untuk Ahli Parlimen membahaskan bajet mengenai baik buruk PR1MA ini.

Saya rasa perkara ini wajar dipertimbangkan memandangkan dalam pilihan raya umum lepas dan akan datang, sokongan rakyat kepada BN berada pada paras 50-50.

Rakyat kini semakin celik mendapat pelbagai maklumat adakah betul atau tidak dan pengiktirafan daripada OBE yang berkecuali dapat memberikan maklumat lebih tepat daripada rakyat mendapat maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya.

Dengan pengundi terdiri daripada golongan muda dan tinggal di kawasan bandar serta separa bandar, mereka akan menuntut perubahan dalam kerajaan dilakukan dengan segera.

Inisiatif yang dilakukan dalam pentadbiran kerajaan BN di bawah pimpinan Najib melalui transformasi GTP, ETP dan PTP yang pertama kali dibuat, tetapi terus terang dilihat langsung tidak sampai kepada golongan ini.

Apa yang mereka mahukan satu bentuk perubahan yang lebih cepat, dan penubuhan OBE di Parlimen sebagai satu badan bebas mengawasi perbelanjaan kerajaan adalah inisiatif yang sudah pasti memberikan kesan positif kepada kerajaan.

Sudah pasti ‘political will’ amat perlu dalam hal ini, terutama sekali dalam menenangkan ‘warlord’ Umno dan BN yang selama ini digambarkan sebagai golongan elitis dengan mendapat segala bentuk ‘kemudahan’ daripada kerajaan dalam bentuk projek.

Persepsi seperti inilah yang seharusnya dikikis kerajaan Najib kerana rakyat mempunyai kuasa satu undi dalam PRU untuk menentukan parti mana yang benar-benar dapat membela nasib mereka
.

24 comments:

  1. Kalau dalam pkr dan pas dah lama dia kena tendang . Walaupun dap parti demokratik tapi kalau tak setuju dgn guan eng dah lama dia kena tendang keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ditendang juga dlam UMNO sapalah yg tinggal. Sbab nape UMNO tak tendang tak ada sape yg tinggal dlm UMNO dan tak ada sape muka2 baru nak masuk UMNO. Sesapa menentang arus dlm UMNO terpaksa dikekalkan. PKR dan DAP lain dari UMNO sbab ahli baru dan bijak pandai semua cenderung dan berlumba2 nak jadi ahli. Klau ada kepincangan atau melawan arus memang patut pun ditendang. Kesian UMNO kan tak ada lagi manusia waras yg tinggal dan nak masuk UMNO.

      Delete
    2. UMNO buat dlm diam
      Praya nanti bye bye lah utk beri peluang kpd muka baru dan pemimpin muda Dan mereka yg berani bersuara pun sbb dah tahu masa depan karier politik mrk dlm UMNO dah tak ada

      Delete
    3. dah lama aljubo ada kes menjubo tapi tak juga kena tendang oleh pr.heee

      Delete
  2. pemberian BR1M adalah satu pendekatan yg sgt bodoh yg d lakukan oleh gov . rakyat semakin terseksa di bawahbpemerintahan najib razak .

    ReplyDelete
  3. Wahai pemimpin umno kritik lah kamu polisi najib. Kamu tak akan ditendang keluar kerana tidak ada orang utk diganti. Tidak ada orang baru dalam umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata apa lg cai...hahaha alasan bodoh dari pencacai @ rba demi utk selamatkn pemimpin pr..klu tiada yg kelansungan dlm umno..lama dah umno tnggl sejarah je cai...hnya dlm pr saja wajib anak ganti bapak dan isteri ganti suami...

      Delete
  4. kpd macai umno lu fikrlh sndri syu thn dua kli hrga myk nik ad.ptut.ke? jgnlh buat alsn mebodohkn rkyt sb hrga nik.di alm mya ni smua mklumt dhujg jri rkyt bolh bfikr. tpi bgs jga ad hikmhnya utk snjta pru akn dtg.

    ReplyDelete
  5. babi siamang beruk ungka biawak semua sedia jadi ahli umno kahkah kah....

    ReplyDelete
  6. hanya hj hadi bangang kebangaan omak kau dan ostad2 mangkuk shj tak boleh disentuh sbb dia adalah meksom...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11:03 marah? kalau marah nnti kena jual...kah kah kah

      Delete
  7. Salam 1rasuah,

    Memang benar, najib jua lah yang melacurkan degree, dulu degree direspect kerana hanya orang pandai boleh ambil tapi selepas najib jadi menteri pelajaran maruah degree tercemar pabila najib membenarkan degree diambil oleh orang bodo, spm serendah 2A sudah boleh ambil. Najib tidak pernah menghabiskan pengajiannya justeru dia tidak tahu betapa susahnya belajar untuk skor spm untuk ambil degree. Undi PR selamatkan degree daripada tangan2 kotor orang yang tak skor spm.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo

    ReplyDelete
  8. Ini semuanye tanda2 umno/bn dh nk kiok ...

    ReplyDelete
  9. yg jawab kritikan dan pandangan bukan najib sendiri tp ahmad maslan hasan malik dan puteri umno Nur Jazlan pun hny menyampaikan keluhan rakyat Kritkan mcm ni tak membawa apa apa kesan Kritik lah keputusan najib naik minyak Komen ustad kazim lg menyengat dr komen Nur Jazlan Bukan Nur Jazlan tak tahu najib janji dlm pru yg lepas minyak tak akan naik

    ReplyDelete
  10. FUCK RBA

    FUCK CINA RASIST

    ReplyDelete
  11. CIna Celaka..

    Hapuskan ajer Sekolah Jenis Cina.. Jenis India Kekal Tak apa

    ReplyDelete
  12. tak payah bising.buang air liur saja. Tunggu pilihanraya ke-14, kita ramai2 pilih Pakatan Rakyat. Kerajaan yg degil ni itu saja cara mengajarnya. Ditegur tak boleh...dia ingat jawatan pemimpin tu dtg sendiri ke? Rakyat yg pilih kamu. Rakyat adalah tuan kamu bkn sebaliknya. Bersiap sedia lah kamu BN... seluruh rakyat sedang memerhatikan tingkah laku kamu, jgn ingat kami bodoh dan boleh digula-gulakan dgn BR1M dsbnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada macai PR....nak jadi PM mesti dari golongan bangsawan macam najib.buruk2 najib kamu kutuk, sampai kiamat pun bang juburi dan keturunan tidak akan jadi PM mahupun sekadar jadi MB.Sekarang najib PM...lepas ni mungkin sepupu dia hishamudin..yang lain hanya pelapik saja sekadar diberi imbuhan dunia sahaja .yang akan naik ikut urutan ialah anak kutty.mereka ini kaya raya dari kuasa politik dan mustahil juga kalau kuasa politik tidak mampu mengekalkan mereka memperlembukan ahli umngok be end

      Delete
    2. jangan takbur!!! masih ada kuasa yg lebih berkuasa menentukan...

      Delete
  13. Pelapik mana boleh tendang dari parti umngok...kan ada pelapis sedang menunggu.

    ReplyDelete
  14. Hanya yang bodoh dan pembodek tegar ada dalam umngok... yang ada otak akan dijatuhkan cara halus dalam pru akan datang... sapa kata najib dan umno boleh menerima pengkritik

    ReplyDelete
  15. Suara sonsang dlm kepimpinan umno pasai harga minyak naik? ... Laung kuat2 lagu mana sekali lah aihh ... dia mana dengaq pun, pekak badak ... kah kah kah

    ReplyDelete
  16. Pale buto lu lah..HASIL DARI PEMERINTAH BANGSAT..!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...