Tuesday, 25 October 2011

AZIZ BARI RAMALKAN DIRINYA AKAN DIHERET KEMAHKAMAH TAK LAMA LAGI!!!



Peguam: Polis ambil gambar rumah, maklum selesai siasat Aziz Bari


October 25, 2011
 Polis telah melengkapkan siasatan ke atas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan mengambil gambar rumah beliau di Bandar Baru Selayang dekat sini petang ini.
Peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata pegawai penyiasat memaklumkan bahawa pihaknya telah melengkapkan siasatan, yang dijalankan di bawah Akta Hasutan sejak awal minggu lalu.
“Polis memberitahu kami bahawa mereka telah melengkapkan siasatan. Mereka meninggalkan rumah (Aziz) sekitar pukul 3 petang,” kata beliau hari ini.
Zulqarnain berkata pihak polis datang sekitar pukul 2.30 petang tadi untuk melengkapkan siasatan.
“Mereka ambil gambar di dalam dan di luar rumah. Pegawai penyiasat kelihatan ambil nota walaupun tiada apa yang diambil dari rumah Prof Aziz (gambar),” katanya.
Semalam pihak polis mengambil gambar pejabatnya di UIA selain komputer riba yang dibekalkan oleh pengurusan universiti.
Zulqarnain berkata beliau difahamkan pihak polis telah pun menyerahkan kertas siasatan kepada ketua Unit Pendakwaan Selangor tetapi telah dikembalikan bagi mendapatkan butiran lanjut.
Kata beliau, pihaknya merasa tidak senang dengan perkembangan terbaru memandangkan pihak polis sudah pun mengambil komputer riba dan gambar pejabat Aziz di UIA semalam.
“Prof (Aziz) berkata keseluruhan proses adalah sesuatu yang memalukan dan membuang duit rakyat memandangkan kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan hanya membawa denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.
“Beliau juga tidak faham mengapa polis datang ke rumah dan ambil gambar dalam dan luar rumah memandangkan ia tiada kaitan dengan kesalahan (yang disiasat),” katanya.
Sehubungan itu kata Zulqarnain, Aziz menjangkakan beliau  akan didakwa tidak lama lagi...

PANDANGAN OMAK:-
KERAJAAN BOBROK UMNO TIDAK PERNAH BELAJAR DAN SERIK DENGAN HUKUMAN SEJARAH....UNDANG-UNDANG RIMBA MASIH LAGI MENJADI AMALAN....PROF AZIZ BARI SEBAGAI PAKAR PERLEMBAGAAN MENTAFSIR PERLEMBAGAAN MENGIKUT ILMU YANG SEDIA ADA PADA DIRINYA...JIKA TAFSIRANNYA SALAH MAKA KERAJAAN UMNO SEBAGAI PENGUBAL PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG YANG DILULUSKAN OLEH PARLIMEN JUGA TURUT BERSALAH...ILMU LAWAN ILMU...HUJAH LAWAN HUJAH...KERAJAAN BOBROK UMNO SUDAH DIPERSEPSIKAN SEBAGAI KERAJAAN DIKTATOR KUKU BESI YANG ENGGAN MENERIMA HUJAH DAN TAFSIRAN YANG BERBEZA...KALAU BEGITU JIKA ADA PEGUAM YANG DIDAPATI SALAH BERHUJAH MENGENAI TAFSIRAN UNDANG-UNDANG DIMAHKAMAH MAKA PEGUAM TERSEBUT AKAN DIKENAKAN TINDAKAN "CONTEMPT OF COURT"...UMNO IS DEAD...PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...