Kalau sebelum ini di Malaysia terdapat syarikat TV berbayar seperti MITV, akhirnya telah “tutup buku” berkubur begitu sahaja. Kita juga pernah ada Mega TV pada tahun 1995 tetapi akhirnya mereka “pancit” di tengah jalan pada tahun 2001. Astro kemudian muncul menggunakan medium satelit, sehinggakan yang tinggal pedalaman pun dapat siaran Astro dan akhirnya Astro berjaya monopoliti siaran TV berbayar di Malaysia sehingga ke hari ini. Terbaru, ada sebuah syarikat yang dikatakan bakal menjadi pesaing kepada Astro….
Digital cable TV comingPETALING JAYA: Newcomer Nilamas Corp Sdn Bhd has secured all the requisite licences from the Government to offer digital cable TV in the country and it is targeting the launch of its offering in the second quarter of 2012. Nilamas will compete in the pay-TV space, which has Astro All Asia Networks plc’s (Astro) and several IPTV providers including Telekom Malaysia Bhd (TM).The set up cost for the cable network offering is expected to be more than RM2bil over a five-year period and Nilamas, according to sources is looking at a 40:60 equity-debt combination to fund its venture. It is not clear how much the company has secured thus far, however, it has invested in a building in Puchong which will house its broadcasting centre. According to Nilamas’ website, its directors are Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim and Datuk Nik Mohd Amin. They are also shareholders of the business. Sources said Nilamas planned to offer entertainment and educational programmes with an interactive focus.Sources added that a “branding launch” is slated sometime next month.Nilamas secured the requisite licences to offer subscription broadcasting in the country from the industry regulator, Malaysian Communication and Multimedia Commission on Aug 11 and with this licence, it is allowed to offer broadcasting services for a fee. The company also has network facilities licences that will allow it to build up a network and also a network service provider licence. The licences are valid for five years. Over the past two months the company has been hiring people.It had advertised for several top positions including that of chief operating officer, chief technology officer, chief content officer, chief financial officer, head of communications, head of strategy and head of marketing. Sources said the company has already hired about 20 people and is looking to have a workforce of around 200 people in three months. It aims to have a workforce of 800 by the time its services are launched. Sources also said the company was in talks with numerous content providers but added that it might find it difficult to secure content already sold to competitors such as Astro and TM.However an industry expert said: “There is plenty of content out there for the taking, it is up to the company to decide what it wants to offer and that would depend on the segment of the market it is targeting.”As for its network, sources said Nilamas would use fibre for its backhaul which will be leased from fibre operators such as TM, Time dotCom Bhd,Tenaga Nasional Bhd, Fiberail and Fibercom. Nilamas may also consider rolling out is own last mile fibre cables to reach homes, considering that most of the last mile connections in the country still use copper, which doesn’t carry as much bandwidth as fibre optic cables.“This will give rise to a lot of jobs for contractors that are involved in the laying of fibre. They could lay fibre in the ground or use existing electricity poles to pull the fibre to homes,” said a source familiar with Nilamas’ plans. It is unclear if customers would need to pay for the set top box for this service or whether that would be absorbed by the company. (Sumber : The Star)
Okey. Kami harap anda dah baca laporan berita yang telah disediakan oleh The Star di atas ini (Anda juga boleh gunakan kemudahan Google Translate yang ada bahagian sidebar laman Berita Semasa ini). Realitinya, mereka juga (Nilamas Corp Sdn Bhd ) menyedari kebanyakan rancangan dah “diangkut” sebahagian besarnya oleh Astro dan juga lebihan kepada Telekom Malaysia (TM).
Apa yang berlaku sekarang ini, kalau siapa yang melanggan Astro akan biasa mengalami masalah yang seperti di bawah ini:
- Cajnya memang mahal, kalau nak naik harga langganan pun mereka tidak kisa dan Astro takkan merasakan satu risiko besarkepada mereka berbuat demikian disebabkan tiada siaran TV berbayar lain yang mampu bersaing dengan mereka daripada segenap segi
- Tiap kali hujan sahaja, masa itu jugaklah siaran Astro akan “berehat”
- Siaran Astro melalui rancangan-rancangannya yang acapkali berulang-ulang
- Siaran Astro yang terlalu banyak memaparkan rancangan Indonesia mungkin Astro melihat lambakan berjuta-juta warga asing terutamnya warga Indonesia di Malaysia
Sifirnya mudah sahaja, apabila berlakunya persaingan dan tidak lagi adanya unsur monopoli, servis automatik akan menjadi bagus. Pengguna juga akan mendapat kebaikan.Apa yang kami lihat setakat ini, syarikat (Nilamas Corp Sdn Bhd) yang nak menjalankan siaran TV berbayar ini akan mempunyai :
- KELEBIHAN : Siaran yang tiada gangguan ketika hujan berbanding Astro kerana mereka menggunakan kabel fiber berbanding Astro yang menggunakan teknologi satelit. Tetapi……
- KELEMAHAN : Daripada segi liputan, mereka tidak mungkin boleh lepasi medium seperti Astro yang menggunakan satelit di mana yang tinggal di kawasan luar bandar mahupun pedalaman masih mampu mendapat siaran Astro. Hatta, projek super mega HSBB pun tidak akan gunakan fiber optik di kawasan luar bandardisebabkan tidak menguntungkan dan tidak berbaloi.. Tumpuan mereka hanya untuk bandar-bandar utama sahaja
- KELEMAHAN : Begitu juga, daripada kandungan rancangan kami masih belum nampak mana-mana pesaing boleh melawan Astro kerana Astro telah secured broadcasting rights untuk banyak rancangan yang popular dan digemari ramai. Selain daripada Astro juga mempunyai saluran sendiri Astro Ria di bawah Astro sendiri (Ini paling penting dalam instri siaran TV berbayar)
Kebanyakan saluran rancangan yang popular tidak boleh diganggu oleh syarikat TV berbayar yang lain, disebabkan ada perjanjian hak ekslusif dengan Astro. IPTV dapat bertahan pun disebabkan ianya adalah nilai tambah kepada Unifi. Jika IPTV berdiri dengan sendirinya, agak sukar mereka untuk bertahan. Kalau tengok iklan pun, TM lebih mempromosikan servis Internet mereka berbanding produk & perkhidmatan IPTV
Buat masa sekarang ini untuk siaran TV berbayar yang boleh menduduki tempat kedua dibelakang siaran Astro semestinya IPTV TM di bawah UniFi. Jadi harapan kami, diharap Nilamas Corp Sdn Bhd harus lebih agresif mencari rancangan yang digemari ramai terlebih dahulu dan dalam pada masa yang sama mungkin boleh menyediakan pakej belian rancangan yang lebih kompetitif sebagai pilihan kepada pengguna…
Dalam pada masa yang sama TM juga harus lebih fokus kepada saluran HD sebelum Astro menyambarnya kesemuanya nanti. Secara jujurnya konsep IPTV TM sudah bagus dan ada kelebihannya berbanding siaran Astro contohnya.
- Mutu penyiaran saluran SD Hypp TV lebih bagus daripada siaran Astro kerana mereka gunakan resolusi yang lebih jitu.
- Begitu juga saluran HD Hypp TV juga dikatakan mampu menandingi Astro Beyond
- Daripada segi interaktif melibatkan Hypp TV adalah lebih baik kita boleh pilih saluran mana yang ingin ditonton sehingga 7 hari mengikut jadual yang ditetapkan
- Untuk VOD pun kita boleh bookmark setakat mana yang kita tonton untuk disambung tontonan di lain masa
Seperti yang kami katakan sebelum ini, kebanyalan saluran dan rancangan yang digemari ramai telah dimonopoli oleh Astro termasuklah jumlah yang terpaksa dibayar oleh Astro berjumlah RM800 juta bagi mendapatkan hak ekslusif Liga Perdana Inggeris sejak 2009 untuk tempoh 3 tahun sehingga menyebabkan pelanggan lain “terkena tempiasnya” di atas kenaikan caj siaran Astro. Selain itu Astro telah memperolehi banyak hak penyiaran ekslusif seperti saluran ESPN, Super Sport, Discovery Channel dll di Malaysia. Yang mana hanya Astro sahaja yang ada lesen secara ekslusif untuk siarkan saluran tersebut di Malaysia. Astro pun sudah terokai & sediakan banyak saluran. Sehinggakan saluran pendidikan pun telah pun diterokai mereka.
Disebabkan perolehan hak penyiaran secara ekslusif di Malaysia dilakukan antara pihak Astro sendiri dengan penyedia / pembekal sesuatu rancangan, jadi harapan kami hanya ada satu jalan untuk pecahkan monopoli siaran Astro contohnya termasuk juga sektor-sektor lain, harus ada undang-undang anti monopoli di negara kita terlebih dahulu yang dapat menghalang rundingan yang sebegini rupa.
Sebab kalau di Amerika contohnya, perniagaan satelit/kabel TV seperti ini jangan haraplah akan dapat hak ekslusif daripada kebanyakan penyedia rancangan yang ada. Semuanya dibahagi sama rata dan dibuka ruang seluas-luasnya untuk sesiapa sahaja. Tetapi tidak di Malaysia.
Realitinya, bukan senang nak lawan dan bersaing dengan syarikat TV berbayar seperti Astro kerana mereka berada dalam zon yang cukup selesa membuatkan mereka terus kekal monopoli disebabkan tiada pesaing yang kompetitif. Walaubagaimanapun…..
“Selagi Tak Bermula, Kita Tidak Akan Tahu Pengakhirannya”
Keberanian syarikat Nilamas melabur sehingga berbilion ringgit untuk “masuk” dalam industri ini amat kami kagumi. Cuma, diarap pesaing baru ini “ada ketahanan” dan formula tersendiri untuk bersaing dengan ASTRO!
PANDANGAN OMAK:-
PANDANGAN OMAK:-
BILA DAH ADA SAINGAN NANTI BOLEHLAH PELANGGAN BUAT PILIHAN...MASALAHNYA SEKARANG IALAH..... KEDUA DUA PESAING AMAT RAPAT DENGAN KEPIMPINAN PARTI UMNO/BN?????...MAKNANYA SAINGAN YANG TIDAK MEMBAWA APA-APA MAKNA...AKHIRNYA YANG KENA IALAH RAKYAT MARHEAN JUGA...RAKYAT BENCI UMNO... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.
Kontrak astro akan tamat dengan komunikasi Malaysia,bulan 2 Tahun hadapan nanti,Saya percaya Chanel baru perlu dari astro,Yang sudah lama menyusah rakyat.
ReplyDelete