Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas UMNO/BN di atas tuduhan seks terkini, kali ini ke atas anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menggesa rakyat untuk menolak kerajaan Perdana Menteri Najib Razak di atas penggunaan politik kotor yang berterusan.
Beliau berkata komplot itu mencerminkan tahap rendahnya pemikiran ahli-ahli politik UMNO/BN, yang telah sering menimbulkan konspirasi berdasarkan seks untuk mengenakan musuhnya.
“Adalah sangat berbahaya sekiranya UMNO/BN diberi peluang untuk memerintah sekali lagi kerana apa yang kita lihat hari ini menunjukkan mereka tidak dapat membezakan perkara yang secara moralya betul atau salah dalam politik,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Liwat I, Liwat II, Video Sekd Datuk T – apa lagi, UMNO?
Ketua de-facto Pakatan Rakyat yang berumur 64 tahun itu sendiri telah menjadi mangsa beberapa dakwaan seks, bermula pada tahun 1998 dengan tuduhan liwat oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. DS Anwar Ibrahim dicampakkan ke dalam penjara, di mana beliau ditahan selama 6 tahun sebelum Mahkamah Persekutuan akhirnya berani membalikkan tuduhan palsu itu pada tahun 2004, sejurus selepas persaraan Tun Mahathir.
Pada tahun 2008, sejurus selepas DS Anwar Ibrahim mengumumkan kembalinya beliau ke dunia politik, DS Anwar Ibrahim sekali lagi dikenakan tuduhan liwat baru – kali ini daripada Perdana Menteri DS Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. DS Anwar Ibrahim telah menafikan tuduhan terkini itu dan menuduh kedua-dua mereka mengulang kembali skrip Tun Mahathir untuk menjatuhkan kerjata politiknya. Disebalik dipanggil untuk menjadi saksi, pasangan itu yang pernah berjumpa si penuduh Saiful Bukhari Azlan sebelum membuat laporan polis, telah ketakutan – takut menghadapi DS Anwar Ibrahim diMahkamah undang-undang.
Pada awal tahun ini, UMNO/BN dan media arus perdana yang dikawalnya mengenakan satu lagi skandal seks baru untuk memburukkan lagi Anwar di ambang pilihanraya Sarawak pada 16 April. Skandal itu, yang digelar video seks Datuk T, memperlihatkan pakatan sulit terang-terangan oleh semua institusi-institusi kerajaan UMNO/BN, daripada Peguam Negara hinggalah ke-kehakiman dan pihak polis.
Digalakkan oleh Muhyiddin
Tetapi di sebalik kemarahan rakyat, blog-blog UMNO tidak berhenti berpolitik kotor longkang mereka kerana digalakkan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin tidak mengendahkan penafian oleh juara catur UK Anya Corke, yang didakwa blog-blog UMNO dicabul oleh anak lelaki Lim Guan Eng, pengetua sekolah yang diduduki anak lelaki Lim Guan Eng dan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang.
Kedua-dua Muhyiddin dan Najib tidak mempunyai ‘class’ untuk meminta maaf bagi pihak blog-blog itu. Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai telah mencuba untuk mempertahankan mereka, mempersoalkan kenapa Pakatan terlalu gemar menyalahkan UMNO/BN. Tetapi, salah satu daripada blog itu adalah kepunyaan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan.
“UMNO juga tidak mempunyai ‘class’ untuk meminta maaf. Mereka memanggil konco-konco mereka untuk bercakap bagi pihak mereka. Liow mesti sedang pening kepala. Adakah dia ingin mengatakan Novandri itu bukan UMNO atau UMNO itu bukan BN. Penipuan yang berani dikatakan oleh UMNO/BN sekarang melalui media adalah di luar kawalan..
PANDANGAN OMAK:-
PANDANGAN OMAK:-
POLITIK LONGKANG INI KALAU NAK BERHENTI SECARA MUTLAK TERPAKSA RAKYAT TUMBANGKAN UMNO DAN HUMBANKAN DIKOLAM KUMBAHAN IWK....RAKYAT MESTI BERANI UNTUK BERUBAH...MESTI TEKAD UNTUK PEMBAHARUAN...PAHATKAN DALAM MINDA DAN HATI JIKA TIDAK BERUBAH RAKYAT AKAN TERUS HIDUP SUSAH...MARI SAMA-SAMA BERUBAH...BERUBAH DEMI MENYELAMATKAN MALAYSIA...RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.
No comments:
Post a Comment