Tuesday, 25 October 2011

NOH OMAR ZALIM DAN KEJAM!!!!!!



Kementerian Noh Omar gantung lesen perniagaan ibu tunggal


PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN Selangor memberi tempoh tujuh hari  kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani agar menarik balik penggantungan lesen perniagaan pasar tani beberapa individu, termasuk seorang ibu tunggal.
Tindakan  kementerian diketuai Datuk Seri Noh Omar  itu disifatkan sebagai zalim, hanya kerana individu berkenaan tidak menghadiri program anjuran kementerian tersebut.
“Sangat tidak wajar pihak kementerian Industri Asas Tani yang diterajui Noh Omar menggantung lesen perniagaan ibu tunggal ini hanya kerana tidak dapat hadir ke program yang turut dihadiri beliau.
“Jika Noh enggan menarik balik penggantungan itu, ternyata beliau seorang politikus samseng yang sanggup menzalimi ibu tunggal semata-mata memenuhi kepentingan politik sempitnya,” kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Suhaimi Shafiei dalam sidang media di pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.
Salinan surat penggantungan lesen pasar tani itu turut diedar kepada media yang antaranya menyatakan ibu kepada tiga anak itu digantung lesen perniagaannya kerana tidak menghadiri program kementerian pada 19 September 2011 yang turut dihadiri Noh Omar.
Mengulas lanjut, Suhaimi menjelaskan, penggantungan pada 16, 23, 30 Oktober dan 6 November itu menyebabkan ibu tunggal berkenaan kehilangan punca pendapatan lebih sebulan.
“Kami difahamkan, pendapatan ibu tunggal itu selama seminggu mampu menampung perbelanjaan mereka anak-beranak untuk 10 hari dan penggantungan selama empat minggu itu menyebabkan beliau kehilangan punca pendapatan selama 40 hari atau lebih sebulan.
“Baru jadi pembangkang negeri sudah bersikap zalim terhadap ibu tunggal, pemimpin seperti inikah yang kononnya bercita-cita mahu menjadi menteri besar,” soalnya.
Noh ialah Timbalan Perhubungan Umno Selangor dan antara yang disebut-sebut akan dilantik menjadi MB Selangor jika Umno berjaya merampas negeri itu yang kini diperintah Pakatan Rakyat.
Beliau turut menasihatkan Noh agar insaf dengan perbuatannya itu.
“Kesimpulannnya, kembalikanlah semula hak peniaga kecil ini atau Noh Omar bakal dikenang sebagai pemimpin zalim dalam sejarah Selangor seperti tragedi hadiah penyapu di era pemerintahan Umno BN sebelum ini yang meranapkan mereka pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

PANDANGAN OMAK:-

APALAH PUNYA ZALIM NOH OMAR NI....DENGAN IBU TUNGGAL PUN TERGAMAK DIA BERLAKU KEJAM HANYA DISEBABKAN BERLAINAN IDEALOGI POLITIK...DAHLAH IBU TUNGGAL MISKIN PULAK...DIMANA SIFAT PERIKEMANUSIAN NOH OMAR...MUNGKIN TAK DE LANGSUNG SEBAB DIA HAIWAN SERUPA BERUANG...TAK LAYAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN...JANGAN NAK MIMPI NAK RAMPAS SEMULA SELANGOR DARI TANGAN PAKATAN RAKYAT... RAKYAT BENCIKAN UMNO... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...