Thursday, 27 October 2011

SAMY VELLU TIDAK PERNAH BERUBAH.. MENIPU DAN TERUS MENIPU!!!


Rundingan RM10 bilion: Satu lagi kerja menipu Samy Vellu


Rundingan RM10 bilion: Satu lagi kerja menipu Samy Vellu
Dengan pencapaian yang tidak boleh dibuktikan di dalam kapasitinya sebagai ‘Wakil Khas ke Asia Selatan’, Samy Vellu sedang memikirkan tipu muslihat yang boleh meyakinkan rakyat Malaysia. Selepas mengumumkan sebuah ‘perjanjian’ bernilai RM10 billion dengan syarikat dari Bangladesh, kini dia mengumumkan pula yang Malaysia akan memberikan pinjaman RM9 billion kepada Bangladesh untuk projek Padma Bridge, yang mana Bank Dunia telah menolak untuk memberi bantuan kerana dugaan rasuah.
Projek yang sepatutnya diterima oleh syarikat Malaysia perlu ada Memorandum Persefahaman. Memorandum Persefahaman tidak bernilai di atas kertas kerana ianya bukan satu dokumen sah. Ahli politik Malaysia sering berbangga dengan majlis menandatangani sesuatu, kononnya Memorandum Persefahaman bermakna satu persetujuan kerja yang sah.
Tujuannya hanyalah untuk satu tajuk utama akhbar yang akan membuatkan anda merasa yang mereka benar-benar bekerja dan menghasilkan sesuatu. Najib juga suka menggunakan helah ini. Dia sering dilihat menandatangani Memorandum Persefahaman ketika lawatan kerjanya di luar. Selepas itu, anda tidak lagi mendengar apa-apa tentang Memorandum Persefahaman ini. Ini kerana ia memang tidak pernah berlaku.
Duit mengalir keluar
Dana yang akan kita berikan kepada Bangladesh itu duit betul dan kita perlu memberikannya sesegera mungkin. Pada akhirnya nanti, tiada satupun projek diberikan kepada syarikat Malaysia. Mungkin juga tiada jambatan yang dibina dan Malaysia akan hilang RM 9 billion dalam apa yang akan ditulis sebagai pinjaman buruk.
Ia seperti satu permainan judi, cara Samy Vellu. Namun apalah sangat RM9 bilion bila Malaysia menanggung hutang sebanyak RM400 bilion? Samy mana mempedulikan hal ini, Najib tidak dan semua orang di dalam pentadbiran BN tidak menghiraukan langsung.
Pada mulanya, memang tiada jawatan ‘Wakil Khas ke Asia Selatan’. Malaysia tidak memerlukan wakil khas seperti itu. Samy Vellu diberikan tugas itu oleh Najib supaya dia bersara dari menjadi ketua MIC. Najib tidak tahu cara lain menyingkir Samy.
Samy Vellu kini memegang jawatan menteri dengan gaji dan keistimewaan seseorang menteri, yang dibayar oleh rakyat Malaysia pembayar cukai iaitu anda dan saya. Dia akan ke Asia Selatan sekerap mungkin kerana dia perlu dilihat sebagai sedang bekerja. Kemungkinan lain, dia suka makanan di sana. Ukur lilit pinggangnya mungkin semakin membesar. Sekali lagi, pembayar cukai terpaksa melangsaikan bil-bil itu.
Orang Bangladesh juga tahu siapa Samy Vellu
Bangladesh ialah antara negara termiskin di dunia. Mana mungkin Bangladesh mempunyai duit sebanyak RM 10 bilion untuk sesebuah projek. Samy Vellu memang beriya-iya membuktikan cerita Bangladesh yang tidak wujud ini. Menakjubkan! Dia yakin berjaya memukau penonton dengan rekaan fiksyennya. Ceritanya seperti juga sebuah adegan filem Tamil; boleh diramal dan banyak kebocoran. Dan kita sudah pastilah tidak mahu menonton nyanyian dan tarian Samy ini.
Rakyat Bangladesh datang ke Malaysia sebagai pekerja binaan, pelayan restoran, tukang cuci dan kerja-kerja kelas rendah yang tiada rakyat Malaysia mahu lakukan. Mereka tinggal beramai-ramai di dalam rumah yang kecil dan kotor. Mereka dibayar dengan gaji yang murah dan sering dipandang rendah oleh masyarakat. Namun mereka tetap juga datang ke sini kerana tiada peluang pekerjaan di Bangladesh. Ini kerana ekonomi negara Bangladesh sangat teruk dan rasuahnya seperti wabak penyakit.
Saya terfikir apakah yang akan mereka katakana bila membaca berita yang Bangladesh memberikan pinjaman RM10 bilion untuk projek kepada Samy Vellu.
Jika mereka mempunyai deria yang kuat, mereka tidak akan mempercayainya.
Begitu juga anda....
PANDANGAN OMAK:-
HANYA SPESIS BANGANG YANG SANGGUP BERI KEPERCAYAAN KAPADA SAMY VELLU DAN MEMPERCAYAI DIRINYA...SIAPA YANG BERIKAN JAWATAN WAKIL KHAS NEGARA KE ASIA SELATAN DENGAN BERTARAF MENTERI KALAU BUKAN NAJIB RAZAK....HANYA SIPENIPU AKAN BERIKAN JAWATAN KAPADA SIPENIPU...HANYA SIPENIPU SAJA YANG PERCAYAKAN AKAN KATA-KATA SIPENIPU...BURUNG SEBULU AKAN TERBANG SEKUTU....RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...