Warga Merlimau sudah menunggu lebih 8 bulan untuk melihat taman mereka dibina di Merlimau. Ini kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah berjanji pada kempen Pilihanraya Kecil Merlimau bahawa satu taman untuk mereka akan dibina di Jeti Merlimau.
Mohd Ali dalam kenyataannya pada 10 Februari lalu memberitahu bahawa kerajaan negeri bercadang mewujudkan taman rekreasi yang mengandungi habitat binatang ternakan berhampiran Jeti Muara Sungai Merlimau di pada masa depan.
Beliau berkata, rancangan tersebut termasuk dalam projek menaik taraf jeti berkenaan yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM5.6 juta.
Menurutnya, peruntukkan itu disediakan di bawah kerajaan Pusat selepas perlaksanaanya diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan lawatan ke jeti tersebut tahun lalu.
”Jeti Muara Sungai Merlimau ini akan menjadi salah sebuah taman rekreasi di negeri ini malah di situ bukan sahaja ada jeti tetapi ada taman hidupan monyet dan kucing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan nelayan Jeti Muara Sungai Merlimau di Merlimau semasa berkempen untuk memancing undi pengundi Merlimau...
PANDANGAN OMAK:-
OMAK INGAT KALAU BERUK,SIAMANG,MONYET DAN MAWAS BOLEH BERCAKAP DAN MENULIS SUDAH PASTI SATU MEMORENDUM SUDAH DIHANTAR KEPEJABAT KETUA MENTERI MELAKA MENUNTUT JANJI MANIS YANG DITABURKAN SEMASA PRK MERLIMAU YANG LALU...AKHIRNYA WARGA MERLIMAU LAGI SEKALI KENA KENCING DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO...SAMPAI BILA ASYIK NAK KENA KENCING DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO?????...TAK SERIK-SERIK LAGI KAH?????....JANGAN SAMPAI ANAK CUCU KITA KENCING KUBUR KITA KERANA BANGANG CIPAN ASYIK KENA KENCING DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO....RAKYAT BENCI UMNO/BN...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN
No comments:
Post a Comment