Sunday, 30 October 2011

ZUL NORDIN BANTU RAKYAT KUBURKAN PERKASA



Zul Nordin mempercepatkan kepupusan PERKASA

Zul Noordin penyambung hayat atau mempercepatkan kepupusan Perkasa?
Pembelot parti PKR, Zulkifli Nordin yang baru-baru ini diangkat sebagai orang penting di dalam pertubuhan pro-Melayu, Perkasa boleh disimpulkan sebagai bersesuaian. Seperti pepatah yang mengatakan, “anda ialah apa yang anda makan atau sesebuah pertubuhan itu hanya sebagus pekerjanya sahaja.”
Yang sebenarnya, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali Perkasa, pertubuhan sayap kanan orang Melayu yang riuh-rendah dan kasar menghamburkan kemarahan terhadap kaum lain.  Samalah dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin itu. Sebab itu mereka sangat bersesuaian. Umpamanya, Perkasa boleh menelan Zulkifli tanpa keracunan makanan dan, Zul juga boleh membantu menggilap imej ekstrem dan perkauman Perkasa.
Ditendang keluar dari PKR hampir dua tahun yang lalu kerana masalah disiplin, ramai sumber dalaman menyatakan yang dia sudah lama tersepit kerana UMNO sudah menjeratnya atas sebab dokumen pilihanrayanya. Beliau digertak untuk mengosongkan kerusinya sekrianya dia tidak mahu meletak jawatan dalam PKR dan bekerja untuk UMNO. Akhirnya dia pun pergi selepas melakukan pelbagai masalah.
Bila beliau ditendang keluar bersama Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim, Perdana Menteri Najib Razak sangat gembira lalu mengundang mereka naik pesawat khas kerajaan pergi ke Amerika, berjalan di atas karpet merah dengan segala keistimewaan yang diberikan.

Sejak itu, karier politik dan kredibiliti mereka berdua terus jatuh. Kerana tidak berjaya untuk menyertai UMNO secara langsung atau hilang kredibiliti yang menipis, Zul akhirnya dilantik oleh Perkasa. Parti Gerakan yang terdesak pun tahu gerakan terdesaknya.
Di dalam Perkasa, Ibrahim Ali bersentuh bahu dengan Zul. Seperti burung yang terbang dengan burung sejenisnya, semakin jelas ketua Perkasa itu percaya yang dia akhirnya berjumpa dengan seorang leftenan yang boleh dipercayai setelah lama mencari.
Perkasa boleh sahaja menyatakan yang mereka bukan jentera politik, namun faktanya ia adalah sejenis binatang politik. Gerak-gerinya semua berkisar di sekeliling bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan melakukan apa yang diperintahkan, dan sesiapapun sahaja yang didukung atau mahu disokong oleh diktator berusia 85 tahun itu.
Kini, Perkasa yang berada dibelakang Zul boleh memulakan tugas baru dalam politik Melayu. Bagi orang bukan-Melayu yang sudah pastilah menjadi papan sasarannya boleh mengagak pelbagai kegemparan dan kebodohan yang ditujukan kepada mereka. Sudah arif dan bosan dengan keriuhan Ibrahim Ali, segelintir orang bukan-Melayu akan mengambil pusing pasal mereka, mungkin kecuali ada nilai-nilai hiburan dan jenaka di dalam ucapan-ucapan mereka seterusnya.
Tapi, apakah Zul mampu mengembalikan keinginan yang diimpikan Ibrahim Ali dengan membawa Perkasa ke satu tahap yang tinggi? Membantunya terhindar dari kepupusan mungkin satu yang agak sukar kerana Zul mungkin akan mempercepatkan kematian Perkasa pula!

Sebagai seorang peguam Syarie, Zul sering menonjolkan diri sebagai seorang Muslim yang warak.
Beliau pertama sekali telah menyerang PAS. Dengan semua kepandaiannya tentang Islam, Zul agak bebal bila menuduh pemimpin PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu supa mereka boleh menghalalkan liwat dengan isteri mereka.  Bagaimana beliau sampai kepada pemikiran yang berbelit itu tidak diketahui tetapi beliau dikatakan memetik enakmen hudud negeri Terengganu sebagai asas dakwaannya. Pemimpin-pemimpin PAS, sudah pastilah, mahukan darahnya dan merancang menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk tindakan lanjut.
Jadi secara asasnya, permainan Perkasa telah dibogelkan untuk dilihat semua. Ia akan terus bergerak atas dua platform iaitu sikap perkauman dan benci agama lain guna mengembleng tenaga dan menciptakan jurang antara kaum supaya UMNO dan Mahathir boleh terus berkuasa.
Ibrahim Ali yang mengasaskan Perkasa itu, mungkin tidak akan diambil serius lagi selepas ini tetapi sepertinya dia dan Perkasa sudah menjumpai sosok yang sesuai di dalam Zul Nordin. Apatah lagi reputasi Zul agak baik sedikit dari Ibrahim Ali.
Dari perspektif kaum, kedua-dua mereka adalah bermasalah. Di dalam ruang lingkup agama pula, Ibrahim tidaklah begitu warak. Sedih hendak dikatakan yang Zul adalah sedikit baik walaupun Perkasa sangat mengharapkan yang dia boleh memimpin mereka ke ‘jalan’ Islam yang benar. Seperti kebiasaannya, ramai pemimpin Islam yang akan menghindari beliau atau duduk berdekatan dengannya kerana takur imej mereka akan turut tercalar.
Dan untuk orang Melayu, pastilah ianya satu hari yang diselubungi kegelapan sekiranya negara ini diperintah oleh orang seperti Zul Nordin dan Ibrahim Ali walaupun sebenarnya dibelakang mereka ialah Mahathir!
PANDANGAN OMAK:-
PERKASA IS DEAD..KARIER POLITIK ZUL NORDIN IS DEAD...RAKYAT BENCI UMNO DAN PERKASA...UMNO IS DEAD...PR GANTI BN.

2 comments:

  1. Slm
    Semua,
    Zul nordin, Ibrahim ali, sangat mengelirukan matlamat politik mereka. Tapi Ada jg pemimpin BN yg termakan dgn aksi mereka.....?

    ReplyDelete
  2. Slm semua,
    Matlamat PKR mesti d sokong 100 %
    tk

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...