Monday 31 October 2011

TERIMA KASIH KAPADA PERKASA,PEKIDA DAN PEMUDA UMNO KERANA MEMBERI PROMOSI DAN PUBLISITI PERCUMA KAPADA NAMEWEE!!!



Media: ‘Orang filem patut ambil elemen jernih Nasi Lemak 2.0 Namewee’


Poster mempromosikan filem ‘Nasi Lemak 2.0’.
Ketika beberapa pihak mengecam “Nasi Lemak 2.0” arahan pembikin filem dan artis kontroversi Namewee, pandangan terbaru menyebut karya itu turut membawa aspek positif untuk diikuti rakyat demi kebaikan dan kepentingan industri filem negara ini.
Ruangan mingguan Berita Harian hari ini berkata, filem itu yang telah mengutip lebih RM7 juta mendapat sambutan rakyat pelbagai kaum dan ia seharusnya dianggap sebagai perkembangan positif bagi dunia hiburan di Malaysia.
Penulis itu menambah, walaupun ada pihak yang kurang suka apabila Namewee menghasilkan filem ini, berikutan beberapa kontroversi membabitkan dirinya sebelum ini, namun mungkin orang filem sendiri dapat belajar sesuatu daripada arahan sulungnya itu.
“Kata orang, ambil saja yang jernih,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataan akhbar akhir bulan lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bimbang “Nasi Lemak 2.0” mungkin diharamkan ekoran demonstrasi membantah filem tersebut di Perak.
Katanya, dia kesal dengan protes tersebut dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan.
“Mungkin pemuda itu (Namewee) mempunyai formula tersendiri, yang berjaya menarik orang ramai ke panggung. Bukan saja penonton Cina, tetapi peminat filem daripada bangsa lain juga khabarnya berebut-rebut menonton ‘Nasil Lemak 2.0’.
“Tidak salah kalau kita belajar untuk kebaikan dan kepentingan industri filem kita sendiri?” kata penulis kolum Dengarnya Normah Becok.
Filem itu diterbitkan oleh Fred Chong dari Prodigee Media Entertainment dan diarah dan dilakonkan oleh Namewee sendiri.
Namewee juga merupakan pelakon utama. Ia mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 September lalu merupakan filem sulung mereka.
Normah berkata dalam keadaan pasaran filem tempatan yang tidak menentu, tiba-tiba “Nasi Lemak 2.0” mendapat sambutan cukup hebat daripada peminat.
“Ada sesetengah filem tempatan, hendak capai RM1 juta kutipan tiket pun susah bukan main lagi.
“‘Nasi Lemak 2.0’ pula, walaupun tidak pernah menduduki carta pertama filem pecah panggung, tetap memungut laba yang tinggi,” katanya sambil menambah, “jadi, pasti ada sesuatu yang menarik mengenai filem Cina yang turut memuatkan dialog dalam bahasa Melayu dan Tamil ini.”
Menurut Normah, “Nasi Lemak 2.0” ada kekuatannya yang banyak terletak kepada gabungan karakter dan elemen budaya pelbagai kaum di negara ini.
“Walaupun ia filem berbahasa Cina, namun ada watak Melayu dan India juga di dalamnya. Jadi, semua orang boleh berasa dekat dengan paparan yang diberi,” kata penulis itu lagi.
Selain Namewee, Karen Kong, Dennis Lau, Ho Yuhang, Pete Teo dan Kenny & Chee, filem ini turut mengundang pelakon Melayu dan India seperti Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Datuk David Arumugam, Reshmonu dan Nadine Ann Thomas.
“Memang 1 Malaysia sangat bentuknya,” katanya lagi.
Filem “Nasi Lemak 2.0” tidak memperoleh status Wajib Tayang daripada Finas, yang mewajibkan operator pawagam menayangkan selama dua minggu.
Ekoran satu artikel Utusan Malaysia memperlekehkan filemnya, Namewee mengecam akhbar milik Umno itu melalui video klip selama 2 minit 43 saat.
Artikel tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1 Malaysia melalui filem “Nasi Lemak 2.0” sedangkan didakwa telah beberapa kali mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.
Awal bulan ini, Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Namewee itu, didakwa lucah terhadap syarikat berkenaan dan wartawannya Fauziah Arof.
Kumpulan itu mendakwa Namewee menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel “Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan bulan lalu
PANDANGAN OMAK:-
MANA-MANA PERTUBUHAN ATAU INDIVIDU YANG DIKECAM.DICACI,DIHINA DAN DIMAKI OLEH PERKASA,PEKIDA,PEMUDA UMNO DAN NGO-NGO MESRA UMNO SUDAH PASTI PERTUBUHAN ATAU INDIVIDU BERKENAAN  AKAN MENDAPAT SAMBUTAN DAN SOKONGAN ORANG RAMAI...LAGI DI HINA KECAM LAGI HEBAT SAMBUTAN DAN SOKONGAN YANG AKAN DIPEROLEHI...KINI WATAK DAN PERANAN PERKASA,PEKIDA DAN PEMUDA UMNO LEBIH KAPADA TUKANG PROMOSI DAN PUBLISITI SECARA PERCUMA YANG NUMBER ONE DIMALAYSIA....LEPAS INI JIKA MANA-MAMA  PENERBIT FILEM MAU FILEMNYA MENDAPAT SAMBUTAN BOX OFFICE... BERPAKATLAH DENGAN PERKASA,PEKIDA DAN PEMUDA UMNO MEMBUAT MAKI HAMUN DAN KECAMAN...BOLEH TENGOK TINDAK BALAS DAN REAKSI RAKYAT....KUTIPAN BERJUTA RINGGIT DALAM  GENGGAMAN...BETAPA RAKYAT AMAT  BENCIKAN UMNO/BN... UMNO IS DEAD.. PERKASA IS GONE...PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...