Thursday 27 October 2011

NAJIB UPAH PAKAR MEDIA LUAR UNTUK MEMENANGKAN UMNO/BN DALAM PRU 13 NANTI!!!


'Bekas ketua PR Tony Blair bantu Najib menang PRU'
Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British, Tony Blair -  Alastair Campbell dikatakan sedang bekerjasama dengan BN untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurut portal Sarawak Report, Campbell baru-baru ini telah dilihat di Astana, ibu negeri Kazakhstan dan juga di Kuala Lumpur bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.

"Berdasarkan sumber-sumber eksklusif, kami difahamkan Campbell sedang memberi nasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai cara memenangi pilihan raya akan datang.

"Menurut sumber kami, Campbell mengadakan pertemuan dengan Najib di KL baru-baru ini dan adalah orang di sebalik yang menasihatkan perdana menteri sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool',” kata laporan itu.

NONECampbell (kiri) pernah menerajui kempen ‘Cool Britannia’ untuk Blair pada sekitar 1990an.

Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq.

Menurut Sarawak Report, Najib mengupah Campbell bagi mendapatkan kepakaran strateginya bagi memenangi pilihan raya akan datang.

"Ia adalah mengenai cara untuk berhadapan dengan pembangkang, bagaimana untuk memaparkan imej Najib dan apa yang perlu dilakukan untuk menang, berdasarkan kejayaan Tony Blair.

"Kerjasama ini mencetuskan kebimbangan di kalangan pembangkang kerana Campbell menggunakan hubungan antarabangsa dan pengaruh beliau melalui Blair untuk meningkatkan imej Najib dan BN, di sebalik rekod parti itu yang terbukti mengamalkan rasuah, penindasan dan penafian hak-hak asasi manusia serta kegagalan mengadakan pilihan raya yang bersih di Malaysia," petik laporan itu.

PANDANGAN OMAK:-

MEMBUKTIKAN NAJIB RAZAK SUDAH HILANG KEYAKINAN KAPADA KEMAMPUAN MEDIA-MEDIA ARUS PERDANA MILIK DAN KAWALAN UMNO TERMASUK TV3/4, UTUSAN MELOYA,BERITA HAIRAN DAN RTM....NAJIB SUDAH SEDAR YANG RAKYAT KINI DAH TAK PERCAYAKAN LAGI APA SAJA YANG DIHIDANGKAN OLEH MEDIA-MEDIA BERTARAF BANGKAI BERNYAWA INI.... DENGAN ITU TERPAKSA MINTA NYAWA DENGAN PAKAR KOMUNIKASI ASING...CARA BLAIR MEMENANGI PILIHANRAYA BRITAIN CUBA DIAPLIKASIKAN DISINI NANTI...TAPI SATU YANG NAJIB LUPA... RAKYAT KINI BUKAN LAGI BANGANG.. MEREKA SUDAH ADA ILMU DAN MUDAH MENDAPATKAN MAKLUMAT...MEMENANGI HATI RAKYAT BUKAN SEKADAR TEMPELAN DENGAN IKLAN YANG MENGELIRUKAN...MEREKA MAU LIHAT KEMAMPUAN MENTADBIR DAN MELUNASKAN SEGALA JANJI-JANJI YANG DITABURKAN...URUS TADBIR YANG CEKAP DAN BERSIH DAN TATA KELOLA YANG TELUS DAN ADIL MENJADI PILIHAN RAKYAT KINI...SLOGAN DENGAN MENJERIT SAMBIL MENUNJUKAN JARI HANTU KELANGIT BUKAN LAGI MEMPUNYAI DAYA TARIKAN DAN "MAGNET" UNTUK MENAMBAT HATI PENGUNDI TERUTAMANYA PENGUNDI ANAKIANAK MUDA DAN ATAS PAGAR...MEREKA AKAN MEMBUAT PERBANDINGAN MANIFESTO KEDUA PARTI YANG BERTEMPUR...MANA YANG LEBIH MENYAKINKAN DAN MEMBELA RAKYAT...RAKYAT BENCI UMNO... UMNO IS DEAD...PR GANTI BN.

1 comment:

  1. SUDAH JELAS KELIHATAN TERHADAP IDEA PEMIKIRAN NAJIB RAZAK SUDAH HAMPIR NAZAK UNTUK MENDAPAT SLOGAN KEPENTINGAN DI DALAM PARTINYA ITU....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...