Wednesday, 26 October 2011

FORUM KEBEBASAN AKADEMIK


Penggantungan Aziz Bari: Kebebasan akademik atau kebebasan politik?




Kenyataan Profesor Abdul Aziz Bari yang mengheret beliau sehingga digantung tugas seketika mungkin "tidak cukup radikal" dari kaca mata sesetengah pihak.  Malah, ramai lagi ahli akademik  pernah melontarkan pandangan-pandangan yang jauh lebih kritikal, berbanding dengan apa yang dikemukakan Abdul Aziz Bari, tetapi tidak dikenakan tindakan sehingga kini.  Persoalannya, mengapa pula pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menjadi sasaran?

"Kerajaan melihat Abdul Aziz Bari sebagai jurucakap (spokeperson) untuk Pakatan Rakyat," demikianlah pandangan yang dilontarkan Latheefa Koya (gambar kiri), Pengarah Biro Guaman KeADILan, cuba membangkitkan soal "kebebasan politik", ketika isu penggantungan Abdul Aziz Bari dibincangkan dalam konteks kebebasan akademik.

Secara terus-terang, Latheefa Koya berkata ahli akademik yang pernah membuat kenyataan yang lebih "radikal" berbanding Abdul Aziz tidak diambil tindakan kerana mereka tidak dilihat bersekutu (aligned) dengan parti politik.  Sebaliknya, Abdul Aziz dilihat bersekutu dengan Pakatan Rakyat dari kaca mata Barisan Nasional, biarpun beliau boleh mendakwa bahawa dirinya berkecuali.

Namun, penggantungan tugas Abdul Aziz tetap salah, tegas Latheefa Koya.  Beliau mengingatkan bahawa isu penggantungan Abdul Aziz lebih kepada persoalan kebebasan politik, daripada kebebasan akademik; malah kita perlu sedar dengan realiti bahawa kita tidak memiliki kebebasan politik di sini.

Latheefa Koya berkata demikian dalam sesi soal-jawab satu forum Kebebasan Akademik anjuran bersama Akademi Pak Sako dan Gen-S, di Shah Village Hotel, Petaling Jaya, semalam.  Antara panelis forum termasuklah Azmi Sharom (Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM), Hasmi Hashim (penulis bebas), Fadiah Nadwa Fitri (Lawyers For Liberty) dan Fahmi Reza (Pengarah Filem), dengan Afif Bahardin (Akademi Pak Sako) sebagai moderator.  Kira-kira 40 orang hadir dalam forum, namun Profesor Abdul Aziz Bari yang dijadualkan sebagai panelis, akhirnya gagal menghadirkan diri.

Apa salahnya pelajar berkempen dalam pilihan raya?

Meskipun bersikap sinikal terhadap parti politik, sama ada pemerintah mahupun pembangkang, namun Fahmi Reza bersetuju dengan Latheefa Koya dalam isu ini.  Beliau mengambil contoh kes UKM 4, yang diambil tindakan kerana dituduh berkempen dalam pilihan raya kecil.  Fahmi menganggap keempat-empat siswa UKM tersebut seharusnya secara berani mengaku bahawa diri mereka pergi berkempen, dan tidak harus berselindung di sebalik alasan "kita di situ untuk membuat kajian kerana kita dari jurusan Sains Politik".

"Apa salahnya kalau orang ni pergi berkempen dalam pilihan raya?" pertikai Fahmi (gambar kiri),  sebelum meneruskan, "Tuntut hak anda untuk terlibat dalam politik!  Sebab sebagai warga negara, anda harus memiliki hak tersebut... Mereka ada hak untuk berada di sana, walapun mereka adalah pelajar, sebab mereka adalah warga negara!"

Fahmi berkata, "'Ya, saya sokong parti (politik) itu, dan saya kempen untuk mereka'.  itu seharusnya cara kita mengolah isu ini, apa salahnya?"

Pengarah filem "10 tahun Sebelum Merdeka" ini berkata, sebenarnya pencabulan kebebasan akademik dalam kampus sudah lama berlaku, sebelum berlakunya kes Abdul Aziz Bari.  Fahmi Reza mengambil dirinya sebagai contoh, mengisahkan pengalaman bagaimana dirinya pernah dihalang daripada memberi kuliah kepada siswa dalam universiti, tentang pergerakan siswa tempatan pada zaman 1960-an.

Di samping itu, beliau turut berkongsi sejarah bagaimana AUKU digubal pada tahun 1971, selepas siswa terlibat untuk berkempen dalam pilihan raya umum pada tahun 1969, di mana mereka yang tidak berkepentingan ini, tampil dengan manisfesto untuk menolak politik perkauman.

Kebebasan akademik tidak harus disekat undang-undang

Sementara itu, Azmi Sharom menganggap bahawa tidak perlu ada sekatan untuk kebebasan akademik, ketika menjawab soalan moderator.  "Kebebasan akademik bermaksud pandangan anda dicabar dengan penjelasan yang setaraf, ataupun lebih baik.  Displin akademik adalah limitasi kebebasan akademik, bukan undang-undang," tegasnya.

Beliau menjelaskan, seandainya dirinya menyatakan sesuatu atas kapasiti sebagai seorang pensyarah, maka beliau mestilah bersedia untuk menerima apa-apa kritikan.  Dan kalau dirinya dibuktikan salah, maka itu limitasi beliau.  Dan kerja-kerjanya boleh dikritik, sekiranya tiada data, tiada rujukan atau memplagiat kertas orang lain, dan itu adalah limitasi dirinya.

"Bukan undang-undang, atau canselor universiti untuk memberitahu di mana limitasi  saya.  Limitasi saya ialah integriti saya," kata Azmi Sharom (gambar kiri).

Hasmi: Hujah benar lazim cabar status quo

Selain itu, Hasmi Hashim cuba mengaitkan nasib pemikir Socratas, pada zaman silam di kota Athens, di mana beliau dihukum atas tuduhan menghasut orang muda.  "Hujah yang benar lazimnya akan mencabarstatus quo, sama ada status quo itu kita pindah dalam institusi dengan nama universiti, atau status quo tu kita pindah dalam institusi yang namanya pemerintah, kerajaan, tak kisahlah..." kata Hasmi Hashim.

Beliau berkata, isunya bermula dengan kritikan Abdul Aziz Bari terhadap titah Sultan Selangor, yang disiarkan dalam Malaysiakini.  Kemudian berita ini dipindahkan Utusan Malaysia, dan dinyatakan Aziz Bari derhaka, ataupun cuba untuk derhaka.

"Macam mana kita nak tahu orang tu cuba atau tak cuba untuk derhaka ni?  Kalau kita tak bincang?  Bincanglah dia cuba macam mana.  Belum lagi bincang, tindakan dah dikenakan, iaitu gantung Aziz Bari..."  pertikai Hasmi (gambar kanan), yang menyifatkan tindakan ini sebagai tindakan yang tidak bertamadun.

Fadiah: Saya salahkan UIA


Fadiah Nadwa yang merupakan bekas pelajar Aziz Bari di UIAM berkata, "Dalam kes ini, saya salahkan UIA.  Kalau kerajaan gunakan polis, kerajaan gunakan MCMC, kerajaan gunakan undang-undang draconian untuk menyekat kebebasan bersuara Aziz Bari, UIA sepatutnya membela Aziz Bari, membela prinsip ilmu, membela maruah dan budaya ilmu, dan bukannya bersekongkol dengan menggunakan taktik-taktik kotor, menyekat dan menyenyapkan Profesor Aziz Bari."

Malah, beliau mengeluh dengan suasana kampus sekarang, "Saya graduan UIA.  Saya belajar dengan Profesor Aziz Bari.  Tapi kalau ditanya balik empat tahun saya buat ijazah saya di UIA, saya tak ingat nama lecturer-lecturer lain yang ajar saya, yang berkesan kepada saya untuk saya berada di sini pada hari ini, untuk bercakap tentang hak asasi manusia, untuk bercakap tentang kebebasan, keadilan..."

Peguam muda yang aktif dalam gerakan sosial ini berkata, "Saya belajar undang-undang, saya sepatutnya belajar tentang keadilan, belajar tentang kebebasan.  Tetapi, tak ada environment yang memberikan saya peluang untuk ...saya rasa, Oh My God, I have to do something for my country.  I have to fight the system, if the system is so wrong."

Fadiah Nadwa (gambar atas) sempat mengungkit masalah yang wujud dalam sistem pendidikan, sehingga siswa-siswi asyik untuk bekerja mencari wang, tanpa ingin mengambil tahu isu-isu yang penting.  "Kerana mereka telah diletakkan dalam sistem yang menyebabkan kita menyerah kepada sistem yang sedia ada.  Kita tidak mencabar, kita tidak bertanya, kita tidak berdialog kerana tiada platform di universiti."

Beliau bersambung, "Maknanya, sistem pendidikan dalam negara kita ini telah berjaya menjauhkan mahasiswa dan juga para ilmuan dari realiti sebenar negara dan dunia!"

PANDANGAN OMAK:-

DALAM DUNIA AKADEMIK DINEGARA KITA KALAU MAU SELAMAT DAN PANGKAT KENA ANGKAT NAMA UMNO.. KENA AMPU BODEK.. KENA PUJI MELANTUN...KENA ADA JIWA SEBAGAI PROFESOR KANGKONG.. KALAU BOLEH KENA BERLAGAK LEBIH SUDU DARI KUAH MACAM APA YANG DILAKUKAN MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN) KELUARKAN STATEMENT YANG MALAYSIA TAK PERNAH DIJAJAH....KATA DAP ANTI ISLAM DAN MELAYU....TUDUH VIDEO SEKS DATUK "T" SEMEMANGNYA TULEN DAN PELAKUNYA IALAH DSAI...MEMANG BENAR ANAK LGE CABUL DENGAN RABA PAYU DARA PEMAIN CHESS ENGLAND DAN SETEL LUAR RM200,000...KUTUK DAN HINA TGNA DAN TGHA....BRENGSEK PUNYA KERAJAAN...UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...