Tuesday, 25 October 2011

UMNO PARTI PRIMITIF LAPOK PUPUS ZAMAN!!!



UMNO BAKAL DIJADIKAN BAHAN SEJARAH
Tanda-tanda jelas untuk Umno terus mencengkam kuasa yang semakin terlucut, pelbagai kaedah usang dan lapok dipergunakan. Apabila UMNO mula mengeluarkan skandal seks terhadap pembangkang, malahan anak pemimpin di bawah umur yang tidak bersalah dan berdosa menjadi bahan sasaran politik, ia hanya menunggu masa sebelum parti itu dibuang ke dalam longkang oleh pengundi yang sudah  jijik dan loya dengan permainan kotor dalam sejarah.

UMNO seolah-olah wujud, bergantung kepada cara dan kaedah yang ketinggalan zaman dan tidak lagi hasil dari kerja yang ditunjukan. Sementara itu,rakyat telah menjadi lebih berpendidikan, lebih matang, lebih dihubungkan melalui media sosial dan lebih terdedah kepada masyarakat dunia dan maklumat. Mereka lebih mencabar tadbir urus yang baik, tatakelola kewangan yang cekap dan telus, kurang toleran penyelewengan dan  tidak menghina mereka dengan bercakap kononnya Kerajaan UMNO lebih mengetahui.

Terdapat banyak contoh untuk menunjukkan mentaliti UMNO yang masih terperangkap dizaman purba,  tetapi sekadar memberi contoh sedikit sudah pun  mencukupi. Yang paling jelas ialah penggunaan berterusan isu bangsa dan agama untuk pecah dan perintah yang UMNO telah dicangkan secara yang amat halus. Terdapat fakta dalam beberapa insiden  yang UMNO cuba mengadu dombakan rakyat dengan palukan  isu bangsa atau agama dalam usaha untuk melahirkan rasa tegang dan resah. Perhimpunan Himpunan Sejuta Umat baru-baru ini adalah satu lagi cubaan menerbitkan rasa kebencian umat Islam kapada Kristian secara tidak langsung meningkatkan ketegangan etnik. Disebabkan rakyat kini sudah jauh lebih bijak dalam sepak terajang politik kotor UMNO maka nawaitunya tidak mencapai sepertimana yang diharap-harapkan.
Dengan menjajakan isu-isu usang seperti  undang-undang Hudud dan 13 Mei, UMNO dan BN masih tidak pernah berkembang walaupun persekitaran berubah sosio-ekonomi dan politik. MCA terus menerus tanpa jemu mempalukan isu negara Islam manakala UMNO pula dengan isu perkauman sempit dengan provakasi murahan dan khayalan dengan Melayu akan kehilangan kuasa tanpa UMNO menjadi parti pemerintah. Komentar para pemimpin UMNO/BN  seperti "Kita tidak mahu 13 Mei lagi berlaku lagi" adalah ancaman halus yang dicintai oleh pemimpin-pemimpin Umno seperti Tun Mahathir.
Fitnah, penipuan dan propaganda murahan yang amat jijik dan keji dengan menggunakan  media arus perdana kepunyaan dan kawalan UMNO/BN adalah satu lagi taktik yang sudah  ketinggalan zaman tetapi masih lagi diamalkan secara aktif oleh UMNO. Walaupun pada hakikatnya bahawa tiada negera dalam dunia alaf baru ini yang monopoli  aliran maklumat dan penembusan dunia online telah menumbuk lubang dalam keupayaan UMNO untuk memanipulasi kebenaran ikut nafsu serakah sesuka hati mereka. Utusan Malaysia milik UMNO terus menerus tanpa henti dan jemu memuntahkan serangan kata-kata rasis yang mampu mencetuskan ketegangan kaum jika emosi gagal dikawal. Malangnya cara lapok ini gagal menyegat untuk memikat sebahgian besar rakyat kita yang sedia meluat akan telatah gelagat politik yang dimainkan UMNO.. Mereka enggan menerima dan menelannya bulat-bulat.
Sudah tentu, penggunaan politik longkang dan bukannya persaingan demokrasi yang sihat dan lebih adil adalah bukanlah budaya dan lambang UMNOSkandal seks yang direka adalah senjata paling ampuh yang terlintas difikiran mereka dipergunakan secara  oleh rejim yang korup untuk menyerang pemimpin-pemimpin oposisi seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi apabila anak remaja Lim Guan Eng difitnah dengan kejam dengan skandal  palsu, politik longkang UMNO telah tenggelam dan terjerumus ke paras terendah dalam sejarah kewujudan parti itu.
Masyarakat awam rata-rata amat  kecewa dan marah bila kebijakasanaan mereka diperlecehkan. Telatah gelagat dan penipuan pemimpin UMNO/BN, rasuah tanpa berkesudahan, penyalahgunaan perkhidmatan awam, penindasan polis dan menggunakan  secara berterusan isu bangsa dan agama untuk pecah dan perintah telah menyebabkan rakyat kebanyakan hilang kepercayaan di institusi awam dan keyakinan terhadap pemimpin-pemimpin kita. Masyarakat sivil yang matang mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara mengamalkan tadbir urus yang lebih baik, cekap  dan telus, tetapi realitinya tidak pernah pun wujud semenjak UMNO/BN memerintah negara kita 54 tahun yang lalu.
UMNO masih terperangkap dalam cara lama, yang berakar umbi kepada budaya lama naungan feudal, tidak dapat mereformasikan  atau meremajakan diri sendiri. Batu hampar kuasa UMNO adalah cara amalan  yang tidak seimbang antara kaum walaupun Malaysia Moden dialaf baru ini menuntut satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni bergerak ke hadapan dan bukannya terperangkap dan dihimpit dengan  ketegangan kaum dan agama. Malah keseluruhan sistem politik perkauman amalan  UMNO adalah sebahagian daripada kriteria yang menyebabkan ketinggalan zaman yang tidak lagi sesuai dengan Malaysia.
UMNO  bakal dijadikan artifak sejarah, dinosaur kapada perjuangan yang berpaksikan nasionalisme Melayu. Ia adalah seperti haiwan yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan iklim yang berubah-ubah dan sebagainya mesti pupus untuk selama-lamanya. Dalam dunia di mana orang ramai kian rapat dengan pendedahan maklumat melalui internet akan mempercepatkan UMNO menjadi bahan sejarah jika masih terus dan degil serta liat untuk berubah. UMNO IS DEAD... PR GANTI BN


2 comments:

  1. Bila nak buat TAHLIL PERDANA!!!!!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah dengan izinNya kita akan buat. Ikut cara Melayu UMNOlah. Ada hari pertama, ketiga, ke tujuh, ke 44 dan setahun. Lepas tu lupa terus. Nak best lagi panggil kumpulan Yaasiin pompuan umno. Bila ketua dia berdoa dengan kuat orang jantan kena aminkan. Tapi siapa nak sponsor door gift? Kan ini dah jadi adat umno?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...