Thursday, 27 October 2011

MUNGKINKAH ORANG-ORANG YANG SUDAH MATI DIPANGGIL MENJADI SAKSI?????


Bukit Kepong: Kes Mat Sabu didengar akhir Dis

October 27, 2011
BUTTERWORTH, 27 Okt — Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menetapkan 19 hingga 23 Disember untuk mendengar kes terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh peristiwa Bukit Kepong pada Ogos lalu.
Tuduhan ke atas beliau dibawa akhir bulan lalu.
Mohamad (gambar) sebelum ini didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos lalu.
Menurut laporan Bernama Online, Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Disember ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan.
Pada 21 September lepas, Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.
Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.
Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.
Pertuduhan dibuat setelah aduan dibuat oleh daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serang pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.

PANDANGAN OMAK:-
PERTIKAIAN DAN PERBEZAAN PANDANGAN MENGENAI FAKTA SEJARAH SEPATUTNYA DISELESAIKAN SECARA ILMU DAN ILMIAH BUKAN DENGAN TERJAH...JIKA ADA RAKYAT YANG MENGATAKAN HANG JEBAT DAN BUKAN HANG TUAH SEBAGAI WIRA MELAYU ADAKAH ORANG ITU JUGA AKAN DIHERET KE MAHKAMAH?????.. APAKAH PIHAK PENDAKWA AKAN PANGGIL MEREKA YANG TERKORBAN DIBUKIT KEPONG SEBAGAI SAKSI??????APA PUN JUA SEMUA BEKAS ANGGOTA KESELAMATAN HARUS UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KAPADA MAT SABU.. DISEBABKAN BELIAULAH MEREKA DAPAT RM3,000 ONE OFF...KALAU NAK MARAH CUBA CUITKAN MINDA TANYA AKAL TERLEBIH DAHULU...JANGAN NANTI ANAK CUCU CICIT KITA KENCING KUBUR KITA KERANA TERLALU BANGANG TAKSUB MENYOKONG APA JUA BERITA YANG DIHIDANG OLEH UMNO DAN KITA TELAN MENTAH-MENTAH...RAKYAT BENCI UMNO/BN...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...