Friday 23 December 2011

DATUK DR HASAN ALI MASUK PERKASA???????



Dr Hasan dipelawa serta PERKASA
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) secara terbuka mempelawa anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan
Ali menyertai pertubuhan itu jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.
  
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya Hasan membuat keputusan menyertai NGO jika merasakan perjuangannya dalam PAS tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu.
  
"Beliau kini sudah dipinggirkan oleh PAS," kata Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di Kota Bharu hari ini.
  
Ibrahim, yang juga anggota parlimen Pasir Mas, berkata beliau telahpun menyatakan hasratnya itu kepada Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima apa-apa jawapan.
  
Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dilaporkan berkata parti itu telah menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan mengubah pendirian untuk membentuk sebuah "negara berkebajikan".

Kenyataan beliau itu mendapatkan kritikan bebarapa pemimpin atasan PAS.

- Bernama

ELOK BENARLAH... LAGI PUN IBRAHIM ALI PERNAH KATAKAN PERANAN MEMPERJUANGKAN ISLAM SUDAH DIAMBIL ALIH OLEH PERKASA DARI PAS...KINI TERIMALAH PELAWAAN MURSYIDUL AM PERKASA TU...LAGI PUN RAKAN POLITIK YANG SERASA DAN SEPENDAPAT BAB ISLAM,MELAYU DAN RAJA-RAJA MELAYU NI, ZULKIFLI NOORDIN SUDAH PUN MENJADI NAIB PRESIDEN PERKASA.... SUDAH ADA GENG INTIM...RAKAN KAMCHENG...APA TUNGGU LAGI... JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA NANTI PELAWAAN DITARIK BALIK..

4 comments:

  1. Masuk le.. takde yg melarang.. tiada paksaan dalam PAS.. tp tah betul ke tak berita bernama ni

    ReplyDelete
  2. perkasa: pertubuhan katak semalaysia

    ReplyDelete
  3. eloklaa tu, sorang berahim ali, sorang hassan ali, dah kenala dah tuh, adik beradik, satu nama bapak....

    ReplyDelete
  4. Tak jemput Hamidah Osman ke?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...