Thursday 8 December 2011

RAFIZI SANGGUP BERDEBAT DENGAN KJ DIPWTC SUPAYA DEBAT JADI DAN KJ RASA SERONOK DAN SELESA

Rafizi cadang PWTC medan debat NFC agar Khairy ‘selesa’


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mencadangkan debat skandal NFC diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno, kata
Cadangan itu katanya, bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang bersetuju berdebat mengenai isu itu.
“Jika setelah semua kelonggaran ini Khairy masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini,” kata Rafizi.
Jika sehingga 12 Disember ini tetap tiada respon dari Khairy, maka KEADILAN kata Rafizi, akan tetap terus membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011.
“Sebagai pemimpin Umno paling lantang mempertahan skandal NFC, wajarlah Khairy meluang masa menerang kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan NFC yang menimbul kemarahan rakyat, termasuklah penjelasannya bahawa pembelian dua kondominium mewah adalah pelaburan bijak NFC.
“Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat,” katanya lagi.
NFC ialah syarikat milik penuh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendapat pinjaman mudah RM250juta dari kerajaan pada 2007.
Selain kegagalan syarikat itu seperti yang didedah pertama kali dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 Oktober lalu, syarikat itu turut didedah menyelewengkan wang itu untuk kepentingan Shahrizat dan keluarganya.
Penyelewengan itu termasuklah membeli dua kondominium mewah seperti diakui suami Shahrizat sendiri berharga RM13.8 juta.
Terbaru, wang NFC turut diseleweng untuk membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara..
INI BARU ANAK JANTAN YANG BERGELAR PENDEKAR... BERANI BERTEMPUR DIGELANGGANG LAWAN...JANGAN ADANYA ALASAN YANG TAK MASUK AKAL WUJUD....MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.. LAWAN TETAP LAWAN.. ITU KATA-KATA YANG SEBATI DIJIWA SETIAP PEJUANG ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT.. PANTANG DICABAR...KALAU MENCABAT TERUS SAJA MENGEJAR SEHINGGA PIHAK LAWAN TERCALAR....BERANI KERANBA BENAR .. TAKUT KERANA DIRINYA BACUL DAN DAYUS SEBAB KHUATIR KEBENARAN AKAN TERBONGKAR...KEBENARAN ITU PAHIT... KEADILAN ITU PERIT.... PERJUNAGAN ITU SAKIT.. RAKYAT BENCI UMNO... ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMDA.. UMNO PARTI POYO... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

2 comments:

  1. en...

    kalau bolah tambah satu lagi kelonggaran...
    En KJ dibenarkan untuk membawa bapa mertua beliau.

    ...saranan dari hati yang ikhlas, Jongang Bangang

    ReplyDelete
  2. Kemana hala tuju Khairy dalam PRU-13? Kita saksikan. NFC Scandal bakal dijaja ke seluruh pelosok kampung orang Melayu oleh Pakatan. Mampukan UMNO menahan serangan bertali arus Pakatan????? UMNO/BN your day numbered!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...