KUALA LUMPUR - Ahli-ahli politik di negara ini diminta melaporkan kepada pihak polis sekiranya merasakan diri mereka terancam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kegagalan ahli politik berbuat demikian menyebabkan pihak polis sukar menjamin keselamatan mereka terutamanya ketika menghadiri ceramah umum di seluruh negara.

"Polis adil memastikan keselamatan mereka (ahli politik).. ketua pembangkang, anak kepada ketua pembangkang sekalipun, jika rasa tidak selamat mereka boleh memohon sendiri kepada polis, saya sendiri memberi jaminan.

 "Tetapi jika tidak dimaklumkan dan sesuatu berlaku, ini tidak boleh salahkan pihak polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Mengenai kejadian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong 'diserang' di perhimpunan pendidikan Cina di Kajang semalam, Hishammuddin berkata sekiranya polis dimaklumkan terlebih dahulu kehadiran Wee di perhimpunan itu, beliau yakin kejadian itu dapat dielakkan.

"Kita akan buat apa yang sepatutnya selepas ini bagi memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang. Kita sedia maklum perkara ini akan berlaku dalam konteks ceramah masing-masing (kerajaan dan pembangkang)," katanya.

Beliau menasihatkan Wee membuat laporan polis sekiranya merasakan diri beliau terancam selain membolehkan polis membuat siasatan...


Sungguh tidak disangka yang Hishamuddin ni pandai buat lawak bangang!!!!...


Woit Hisham.....sudah berapa banyak laporan polis dibuat terhadp keselamatan para pemimpin PR diancam....siap bagi gambar dan nama lagi sebagai bukti....adakah mereka ditangkap dan diheret ke Mahkamah?.....

Yang kena ancam nyawa adalah para pemimpin Pakatan Rakyat... pemimpin PR juga yang kena marah....penyerang samseng-samseng UMNO bebas tanpa diambil sebarang tindakan..

Contoh terbaik serangan keatas YB Nurul Izzah...siap beri bukti bergambar lagi...malahan anggota polis menjadi saksi serangan bacul samseng UMNO...apa sudah jadi dengan laporan polis yang dibuat YB Nurul Izzah?....

Kes serangan keatas YAB Lim Guan Eng adalah contoh terbaik lagi satu...punyalah sial... mereka yang menyerang dilabelkan sebagi saksi bukan suspek...

Begitu juga serangan nyawa dan kereta DSAI semasa ceramah di Semberong Johor...jawapan yang diterima dari kamu Hisham terhadap laporan polis ialah berlaku bukan dikawasan Parlimen Semberong... punyalah bangang!!!... kalau berlaku diluar kawasan Parlimen Semberong kira bukan kes jenayahlah ya?....otak bangkai punya jawapan dan alasan...

YANG SEBENARNYA KAMU NAK MINTA MANA-MANA PEMIMPIN UMNO/BN BILA TERASA KEDUDUKKAN KERUSI MEREKA TERANCAM DENGAN CERAMAH-CERAMAH PAKATAN RAKYAT,  SILA LAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS... ITU JER...