Saturday 17 March 2012

KES RASUAH PEMBELIAN KAPAL SELAM!!!!!... AKHIRNYA NAJIB AKAN DIHERET KEMUKA PENGADILAN DI MAHKAMAH PERANCHIS!!!!!!....KISAH PEMBUNUHAN ALTANTUYA BAKAL TERBURAI DAN TERUNGKAI????


Kes Scorpene akhirnya ke mahkamah Paris
Kes yang dibawa oleh NGO hak asasi manusia Malaysia, Suaram, terhadap syarikat gergasi pembuat kapal Perancis, DCNS,  akhirnya akan dibicarakan di mahkamah setelah tiga tahun menunggu.

NONEPengarah Suaram, Cynthia Gabriel mengesahkan kes itu akan didengar
Idi mahkamah Paris, tetapi hanya akan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dalam sidang akhbar esok.

"Masanya sudah tiba. Kes ini akan dibicarakan di Perancis. Kami amat teruja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ia telah tertangguh disebabkan oleh perkembangan politik di Perancis dan Malaysia kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi.

Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram.

NONEMelibatkan pembelian sebanyak RM7.3 bilion untuk dua kapal selam
kelas Scorpene pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia, skandal itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.

Cynthia (kiri) berkata kes itu terlewat sebelum ini kerana kedua-dua negara berdepan dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya, dan kesannya adalah tinggi terhadap ahli-ahli politik yang didakwa terlibat dalam pemerolehan itu.

JENG... JENG.... JENGGGGGG.......MARI KITA TENGOK.... SIAPA YANG BAKAL KENAAAAAA..

1 comment:

  1. Slm semua
    Renong &fikir2kan:
    Scorpene&Altantuya,tengok siapa yg dapat habuan ratusan juta,tetapi telah dicrasuk Syaitan tamak haloba maka berjaya si Syaitan menghasut pembunuhan Altantuya

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...