Thursday 15 March 2012

PANASSSSS... RUPA-RUPANYA UMNO DAN LAIN-LAIN PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL SUDAH LAMA GUNA PAKAI BUKU PANDUAN PILIHANRAYA ILHAM DAN KARYA ZIONIS YAHUDI LAKNATULLAH!!!!!!!...

Merdeka Center: Buku NDI 'bukan bahaya'


ndi - umno
SHAH ALAM - Buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang didakwa digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara  yang tidak demokratik bukan sesuatu yang 'membahayakan keselamatan" sehingga perlu dirisaukan oleh pihak-pihak tertentu.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahiam Suffian berkata, buku panduan itu digunakan di kebanyakan negara dan beberapa parti komponen BN juga menggunakannya untuk menghadapi pilihan raya.

"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya, buku panduan itu pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Rusia oleh NDI dan kemudian diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, PKR menafikan dakwaan Umno bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu hanya menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan itu tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno.
Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan ‘kempen kebencian’ terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan.

KATA DULANG PAKU SERPIH.. KATA KEPADA ORANG TETAPI DIRI SENDIRI ITU RUPA-RUPANYA PENDAKAP TEGAR AJARAN ZIONIS......JENIS MANUSIA YANG GAGAL SULUH AIR MUKA DILONGKANG SEBELUM MEMBUKA MULUT....DAN LAGI SATU KINI SAHLAH YANG MERDEKA CENTER ADALAH AGENSI KAJI SELIDIK MESRA KETAT UMNO....DIAKUI SENDIRI OLEH DIA PUNYA PENGASAS.....KAJIANNYA KENA DIBERI PERTIMBANGAN YANG MEMIHAK BUKANNYA NEUTRAL TANPA BIAS...PATUTLAH NAJIB DAN RAKAN-RAKAN YANG SEWAKTU DENGANNYA LANGSUNG TIDAK GEMBIRA APA JUA LAPORAN DAN KAJIAN DARI MERDEKA CENTER...

1 comment:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...