Monday 19 March 2012

NAJIB RAZAK DALAM KEPANASAN!!!!.....SUARAM DIBERI AKSES KERTAS SIASATAN JUAL BELI KAPAL SELAM SCORPENE!!!.. LUNYAI LUMAT KALI INI NAJIB RAZAK....

Suaram akan diberi akses kertas siasatan Scorpene
Kumpulan hak asasi manusia Suaram, yang memfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia, akan diberi akses kepada kertas siasatan pendakwaraya dalam dua minggu lagi.

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielPengarah Suaram Cynthia Gabriel (kiri) berkata meskipun NGO itu tidak menaruh banyak harapan, namun akhirnya selepas "menunggu dengan penuh debaran" selama dua tahun sistem kehakiman di Perancis akan mendengar kes itu.

"Kami saksikan dengan tidak percaya, bagaimana pejabat pendakwa mula membongkar maklumat lanjut mengenai komisen yang dibayar itu, invois perjalanan dan bayaran lain yang dibuat," katanya pada sidang akhbar semalam.

"Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, walaupun tidak secara langsung berkaitan dengan aduan yang difailkan, namun ia ada hubungan rapat dengan sogokan dan dakwaan yang dibuat," tambah beliau.

Dua kapal selam jenis Scorpene dibeli pada tahun 2002 dengan kos sebanyak RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Pertahanan.

altantuya razak baginda mongolian murder 250607 happyPerimekar, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan rapat Najib dan bekas kekasih penterjemah Mongolia Altantuya - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah’ dalam urus niaga yang penuh kontroversi itu.

Walau bagaimanapun, kerajaan mendakwa bahawa pembayaran besar yang dibuat kepada Perimekar adalah untuk perkhidmatan “koordinasi dan sokongan’.

Abdul Razak (atas, kanan) dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa membunuh Altantuya pada tahun 2006, tetapi selepas dibicarakan beliau kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain itu  didapati bersalah dan dihukum mati.

Cynthia berkata dua hakim telah dilantik untuk membicarakan kes di Perancis itu  - Hakim Roger Le Loire dan Hakim Tournaire Serge.

"Ini berita baik. Lazimnya, hanya seorang hakim akan dilantik. Ini bermakna kes itu dilihat sebagai kes yang sangat penting," kata Cynthia lagi.

HABISLAH KALI INI NAJIB RAZAK.....MANA MAU LARI....MANA LAGI MAU TIPU DAN PEDAYA RAKYAT... SEMUA KEBENARAN AKHIRNYA TERBONGKAR TERBARAI JUGA...SELAMAT DIMAHKAMAH MALAYSIA NAMUN DIMAHKAMAH ANTARABANGSA KENA JUGA....KAMU BOLEH LARI TAPI TAK MAMPU MENYOROK DAN KEADILAN..

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...