Tuesday 6 March 2012

BERITA HOT TERBAKAR!!!...PEMIMPIN UMNO AKAR UMBI GUA MUSANG SUDAH TOLAK KU LI SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA!!!.. KU LI DIANGGAP SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI KEPADA UMNO!!!!!

Pemimpin Umno Gua Musang desak Ku Li berundur
Enam belas pemimpin akar umbi Umno di kawasan Parlimen Gua Musang mendesak ahli parlimen mereka Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ketua bahagian di situ supaya berundur secara terhormat dan tidak mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Berita Harian dan Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa desakan itu dibuat pada mesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Umno Bandar Lama Ab Wahab Yunus dan dihadiri oleh tiga ketua bahagian, enam ketua cawangan dan wakil-wakil dari Kesedar serta Felda.

NONEAb Wahab mendakwa bahawa Tengku Razaleigh tidak lagi mempunyai pengaruh, sama ada di peringkat pusat tetapi juga di bahagian itu, dan bahawa bekas Menteri Kewangan itu seolah-olah telah hilang pendirian beliau mengenai Umno dan BN.

"Kita rasa kecewa dengan sikap kepemimpinan Tengku Razaleigh yang sejak kebelakangan ini bersuara tidak sehaluan dengan pucuk kepemimpinan parti seolah-olah sebelah kakinya sudah berada dalam pembangkang,” katanya dipetik Berita Harian.

Sinar pula memetiknya berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.

“Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar.

“Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia,” katanya dipetik akhbar itu.

Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Gua Musang, Ab Aziz Mohamad pula berkata ramai ahli parti dalam bahagian itu tidak sanggup lagi merestui Tengku Razaeligh sebagai pemimpin kerana banyak karenah serta mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

NONEMenurut Sinar lagi, Ab Aziz berkata pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.

“Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa,” katanya.

PETANDA KU LI AKAN BERTANDING ATAS TIKET PR PADA PRU 13 NANTI....INILAH PERANGAI JIJIK KOTOR PARA PEMIMPIN UMNO TAK KIRA APA PERINGKAT SEKALI PUN...MASA PRK GALAS BARU-BARU INI BELIAU DIANGKAT BUKAN MAIN LAGI.. TANPA BELIAU UMNO DAH TUMBANG SAMPAI DILANTIK SEBAGAI PENGARAH PILHANRAYA UMNO/BN .....KINI BILA UMNO MENANG KU LI DIKECAM DAN MAU DIHUMBAN....

BETULLAH KATA ORANG BIJAK PANDAI... KALAU DENGAN PEMIMPIN UMNO BOLEH DILETAKKAN KEPERCAYAAN.. LEMBU BOLEH PANJAT POKOK...

2 comments:

  1. aku suka Ku Li.....sikap/wajah amno bila mereka x perlukan seseorang mereka akan buang begitu sahaja,ini pengalaman semasa pas bersama amno masa amno nak mampus dulu,tp bila rasa kuat ckit bye2......

    ReplyDelete
  2. Orang putih juga kata keadaan di Malaysia 'babi boleh terbang'.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...