Monday 12 March 2012

AKHIRNYA SUAMI SHAHRIZAT JALIL DIHERET KEMUKA PENGADILAN ATAS KESALAHAN JENAYAH PECAH AMANAH DAN MELANGGAR AKTA SYARIKAT BERNILAI RM49JUTA!!!!...



Suami Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Dua daripada pertuduhan itu adalah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.

Dua pertuduhan
 pertama itu adalah atas kesalahan menggunakanRM9,758,140 dana
 National Feedlot Corporation (
NFC) untuk membelidua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta danaNFC kepada
National Meat ands Livestock Corporation
gara, dari 5 Meihingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusanmesyuarat agung tahunan NFC.

Ini menjadi 
suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat1965.
Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berada  dikompleks mahkamah bagi memberikan sokongan.

Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.

Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Anak pasangan itu Wan Shahinur Izmir membayar wang ikat jamin.

Kes itu ditetapkan
 untuk sebutan pada 13 April
 ini.


1 comment:

  1. Slm
    NFC NFC NFC Kenape kau terjadi Muslim PRU13?
    Ini adalah Kerana nak menunjuk kepada raayat betapa rakus Nakuri manusia ingin menjadi kaya.
    Berape ramaikah pelajar dapat di biasiswakan,terutamanya yg di pendalaman

    Fikir2kan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...