KDN Minta Bukti PKR Kerjasama Dengan Dua Badan Berkaitan Yahudi
KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Sabtu meminta Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim supaya mengemukakan bukti mengenai wujudnya kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dilakukan.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut tetapi iaa perlu bersandarkan pada bukti yang didakwa ada pada Anggota Parlimen itu.
"Kalau ada bukti, panjangkan kepada saya. Kalau ada kaitan dengan agensi lain seperti transaksi kewangan, kita (KDN) kena serahkan kepada Bank Negara kerana kita tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat," katanya kepada pemberita.
Hishammuddin berkata demikian selepas majlis mesra rakyat bersama usahawan Tekun dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini, Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Zahrain pada persidangan Dewan Rakyat dua hari lepas yang berharap KDN tidak mengambil mudah mengenai dakwaan kononnya wujud kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi bagi membentuk gerak kerja pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam masa yang sama juga meminta KDN supaya memandang serius isu itu kerana melibatkan soal keselamatan negara.
Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata semua pihak perlu berganding bahu dengan pihak antarabangsa bagi mendapatkan bukti yang benar-benar kukuh sebelum pendakwaan dapat dilakukan.
"Apa jua tindakan mesti bersandarkan bukti. Ia bukan berkisar pada tanggungjawab polis sahaja.
"Perkara melibatkan wang kena ada agensi lain seperti Bank Negara dan Kastam. Saya hendak ingatkan Musa (Datuk Musa Sheikh Fadzir) juga, hal ini bukan perkara baru tetapi perlu disandarkan dengan hujah dan bukti yang kukuh," tegasnya.
HISHAMUDDIN SEKARANG SUDAH SEDAR YANG RAKYAT KINI SUDAH CERDIK TERUTAMANYA ANAK-ANAK MUDA... KALAU CAKAP PAKAI AIR LIUR TANPA BUKTI MEREKA TIDAK AKAN PERCAYA....YANG MASIH BEBAL DAN BENGAP IALAH YANG MENYOKONG MEMBABI BUTA UMNO TANPA USUL PERIKSA ......SIAPA YANG TAK BENGANG... HISHAMUDDIN SEBAGAI MENTERI DALAM NEGERI DIMANA CAWANGAN KHAS (SB) DIBAWAH KAWAL SELIA DIA TAK ADA MAKLUMAT KARUT SEDEMIKIAN... TIBA TIBA MELAON DUA EKOR INI ADA MAKLUMAT.....SIKIT PUNYA KARUT KE....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
eh eh YB ni tak dapat apa apa lagi kut...tolong lah dia...jadi pengarah mana mana company...dulu dia ada syarikat RM2 saja...tak dapat kontrak dengan kerajaan negeri PP...cakap ikut dan je...salah makan ubat kut...
ReplyDeleteBukan Ubat!! Minum air ketum!!!
DeleteMereka kedua-dua ekor ni,sebnarnya bakal di tong sampahkan olih BN,selepas PRU 13,so dia carilah apa2 isu yg dia pikir bolih melonjakan namanya ,agar dpat brtahan,dan di kenang budunya.pulanglah kpd PR,pr MASIH SAYANG PADAMU.tanpa mu PR tntu skali takkan brjaya spai ke putrajaya.kesian.
ReplyDeleteAsyik siasat orang PKR, orang PAs dan orang DAP sampai dekat balai polis pun boleh kena tembak, kena ragut dan rompak. Itulah Malaysia dimana babi boleh terbang!!
ReplyDelete